RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Wednesday, February 10, 2010

Anak-anak Aku Pembuli Kereta


Teringat post kawan aku Shima kat wall Facebook minggu lepas pasal kereta dia kena calar atau tercalar masa parking kat kolej .. dia sumpah pencalar tu jadi peti sejuk.
Tiba2 aku terbayang anak sulong aku intan dan adiknya Nasrul.. Kalaulah sumpahan aku sama macam Shima , tak dapat aku bayangkan kedua-dua anak aku tu jadi peti sejuk bergerak... hee....tergedi-gedik mereka berjalan dua beradik tu... nak tergelak aku....

Bukannya apa sejak semenjak mereka berdua tu dah pandai berdikari di laman depan rumah aku tu..mereka dah jadi makin kreatif.. Berdikari di sini bermaksud mereka dah terlampau pandai bermain-main sorang2 kat luar tu tapi masih didalam pagar rumah tanpa permerhatian kami dan yang jadi mangsa adalah kereta aku tu.. dah lah kereta tu dah tak terurus penampilannya he.. he... maklumlah aku kan ibu yang berkerjaya , mana ada masa nak make up2 kereta tu, nak buang sampah kat dalam kereta tu pun aku tak sempat.. hee... (alasan.....). kereta aku tu jadi mangsa penderaan physical budak2 dua orang tu especially anak jantan aku tu.. habis calar balar kereta tu dihimpitnya basikal kakaknya dan sengaja di gesel2 kan ke body kereta aku sampai tertanggal cat kereta aku dibuatnya.. isk geram jugak ni!!!!
Dah tu suka sangat angkut pasir diletaknya atas cermin kereta, atas viper, kat celah2 getah cermin tingkap kereta tu isk...isk... so bayangkan lah bila aku turunkan cermin tingkap tu ataupun tetiba aku ON kan viper cermin depan tu.. isk...isk... tak ke jadi penderaan physical tu...???
kadang2 di ambiknya pasir tu digosok2 ke body kereta macam main2 lap kereta dgn kain buruk.. isk tak sanggup aku nak cerita lagi kisah penderaan ni..
Bab keadaan dalam kereta aku tu jgn duk cakap la, korang tgk la sendiri kalau berpeluang. Samaah sarap, debu2, tapak kasut atas kusyen, belakang kusyen depan dan macam2 lagi..yang bab patahkan barang dan rosak2 kan benda tak payah nak cakap la..

Aku tak habis tersengih lagi bila duk teringat anak2 aku tu jadi peti sejuk bergerak.. macam mana la gamaknya rupa diorang.. sorang tinggi, sorang rendah sikit pastu duduk sebelah2, jalan terkangkang-kangkang … heee…hee
Kesian diorang.. nasib baik la aku ni bukan seorang ibu yg kejam sampai nak sumpah2 anak jadi benda lain… he… wat penat je aku ngandungkan diorang …

Percutian Keluarga Di The Lost World of Tambun


Aku betul2 marah ni.. ada ke patut aku ter delete pasal cerita tentang percutian kami sekeluarga ke The lost World of Tambun tadi.. Cerita tu aku dah tulis kira2 sebulan yg lalu dengan penuh semangat dan keseronokan yg masih terserlah di muka aku ni.. siap gelak2 dan tersengih-sengih mcm kerang busuk je masa menaip ketika tu..... Nak tulis semula cerita tu..?? isk.. isk... tak reti aku!! aku bukannya seorg penulis, dah tu bahasa yg aku gunakan pun ntah apa2 ntah....
Geram betul...!!!

Apa yg aku ingat ialah kami sekuarga ke the lost world of tambun tu pada 25hb December 2009 baru2 ni bersama adik aku Ariati berserta suami dan juga sepasang suami isteri iaitu kawan mereka. Kebetulan mereka mmg ke Perak ni untuk bercuti. pada mulanya mereka bermalam selama 2 malam di Cameron highland  sebelum bermalam ke rumah kami.

Isk2.. keseronokan nak bercerita ni pun dah hilang.. dah tak seronok langsung nak menulis kali ni...

Mmg seronok tgk anak2 aku dapat berhibur pada hari tu.. the best part is ialah bila kami dapat meyusuri terusan berombak sebanyak 2 pusingan dgn keadaan kami yg aku kira agak kelakar dan adventure pada waktu tu.. dengan keadaan aku yg mengandung hampir 4 bulan dan dgn keadaan anak perempuan kecik aku wani dan dengan2 lagi anak berserta suami dia atas pelampung 2 lubang tu.... bersesak macam sardin.. heee
yg tak seronoknya kami takde gambar mcm mana keadaan kami pada waktu tu... pada masa pusingan ke2, kami ternampak adik aku dan suami sibuk bergambar di tepi terusan tu... sakit tekat aku menjerit memanggil dia tu.. cadang nak suruh dia snap gambar kami ler.. Intan pun turut sama jerit2 panggil mok teh nye.... hampeh betul yati ni.... heeee

apa aku nak tulis lagi ni yer... eeee... bosan betul bila menulis bila feeling takde ni.. aku attached gambar2 je la kat sini.. malas dah aku nak menaip ni...

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker