RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, July 5, 2010

Emas Cotek dan Paru-Paru Berair

Orang selalu cakap penyakit paru-paru berair (pneumonia) ni berpunca daripada tabiat selalu mandi malam. Tapi, apa kena-mengenanya pula emas cotek dengan paru-paru berair? Adakah ia mampu merawat penyakit ini?


Untuk makluman anda, emas cotek ini banyak khasiatnya. Bukan hanya setakat paru-paru berair. Malah ia juga dikatakan mampu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin serta mengembalikannya ke kedudukan asal.


Emas Cotek_Ficus Deltoides
Emas Cotek - besitai@Flickr.com



Kalau anda berhasrat untuk memanfaatkan khasiat emas cotek ini, gunakan daunnya. Sila ikuti langkah-langkah berikut ya;


1. Ambil beberapa helai daun emas cotek.

2. Bersihkan daun tersebut dan kemudian keringkannya.

3. Rebus daun yang dah dikeringkan tadi sampai mendidih.

4. Bila air rebusan tu dah mendidih, tuangkan ke dalam gelas dan biarkan ia suam sebelum meminumnya.


Minum air rebusan ini secara perlahan-lahan. Jadikan ia sebagai amalan harian. Daun emas cotek yang sama boleh digunakan semula sampailah air rebusan tu bertukar menjadi tawar.

Bila air tu dah rasa tawar, anda tukarkanlah dengan merebus daun emas cotek yang baru dengan mengulangi langkah 1 hingga 4.


Selamat Mencuba!

Friday, July 2, 2010

FAKTA KELUARGA (Menarik 2010)

Fakta-fakta ini hanya valid untuk tahun 2010 sahaja:

Aku dilahirkan pada tahun 1977 dan suami pulak tahun 1966 dan mak mertua aku pulak 1933. Umur aku pada tahun ini cukup 33 tahun, then suami pulak 44 tahun. Perbezaan umur kami adalah 11 tahun. Umur mak mertua aku tahun ini cukup 77 tahun dan perbezaan umur kami berdua pula adalah 33 tahun.
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker