RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, July 5, 2010

Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Selain jerawat, bintik hitam di wajah turut menjadi musuh utama anda yang sering menjaga kecantikan muka. Adakalanya, ia lebih degil berbanding jerawat. Hal ini tentu menggusarkan anda, kan?

Terutamanya pada yang dah cuba pelbagai macam produk tapi tak membuahkan hasil. Huhh... mesti kecewa yang amatgiler.


Sebagai jalan keluar, apakata anda beralih kembali kepada cara tradisional. Gunakan khasiat yang ada pada pegaga. Anda nak tahu apa khasiat pegaga? Boleh imbas kembali entri bertajuk "Pelbagai Khasiat Daun Pegaga".


Ya, kalau anda perasan; ada dinyatakan kat situ ia boleh menghilangkan bintik hitam di wajah. Tapi masa tu, saya tak pula sertakan sekali cara nak membuatnya. Hmmm...


Sekarang, barulah saya dapat kongsikannya. Anda ikutilah langkah berikut;


1. Ambil 10 helai daun pegaga.


Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya
Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya - lexup@flikr.com



2. Basuh dulu kesemua daun tadi dengan air garam.

3. Setelah dicuci, tumbuklah ia sampai halus.

4. Lepas dah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Sama ada yang ketul mahupun cecair. Dua-dua boleh. Takder hal. :)

Tapi kalau anda guna bedak sejuk yang ketul, jangan lupa campurkannya dengan sedikit air suam ya. Supaya ia lebih mudah sebati.

5. Gaul kesemua bahan sampai sebati. Sapukan pada kawasan yang mengalami masalah bintik hitam. Kiranya anda pakai masker muka lah nie.

Pastikan anda sapu sebelum tidur malam tau.


6. Esok pagi, barulah cuci muka anda tu sebersih-bersihnya.


Petua ini boleh diamalkan secara terus-menerus setiap malam sehinggalah tujuan anda untuk menghilangkan bintik hitam di wajah tercapai.


Selamat Mencuba!

Cara Mudah Menyegarkan Wajah

Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?

Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.


Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.


Bahan-bahan untuk membuatnya pun ag kmudah untuk dicari. Iaitu;


1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu.

3. Beberapa sudu makan susu.



Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.


Sebelum - Ramuan Masker Wajah
Sebelum - Ramuan Masker Wajah



Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;


1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.


Selepas - Ramuan Masker Wajah
Selepas - Ramuan Masker Wajah



3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.


Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.


Selamat Mencuba!
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker