RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, December 6, 2012

Hari Pertama Persekolahan Tahun 1 Intan

Kenangan hampir setahun yang lalu semasa hari pertama persekolahan Intan Nurliyana di Sekolah Kebangsaan Juru, Pulau Pinang. Gambar ni diambil ketika hendak menaiki kereta dari rumah ke sekolah.

Gembira bercampur sedih melihat anak sulong ibu ni sorang sudah melangkah ke alam persekolahan. Rasanya ibu yang terlalu risau takut anak ibu ni tak dapat sesuaikan diri di alam yang baru ini. Sepatutnya ibu memberi kepercayaan kepada anak ibu ini untuk terus berdikari dan terus melangkah ke alam kedewasaan Intan.
Gambar ni diambil ketika sesi perhimpunan ... menunggu nama di panggil untuk pembahagian kelas.




 Pertama kali Intan melangkah ke kelas di tahun 1. Kelas 1 Abidin... Takut dan sayang nak biarkan Intan berada di kelas, sedangkan ibu terpaksa menghadiri sesi taklimat untuk ibu bapa di kantin sekolah.


 Sesi ujian menentukan kelayakan kelas tahun 1. Ibu bimbang jika Intan tak dapat menjawab soalan ujian. Ibu tak kisah Intan berada di kelas mana dan tahap mana pun asalkan Intan mahu belajar dan jadi pelajar yang baik di sekolah.




Itulah kenangan hari pertama Intan berada di Sekolah Kebangsaan Juru. Ibu doakan semoga Intan menjadi anak yang baik dan cerdik disamping sentiasa menghormati guru dan rakan-rakan. Insayallah...

Tuesday, November 29, 2011

Salah ke aku menangis bila kali pertama....

Salah ke kalau aku menangis pada hari pertama aku tinggalkan anak sulong aku dalam jagaan pengasuh (6 tahun yang lalu)?
 Salah ke aku menangis jika kali pertama aku lihat anak aku mendapat injection?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku melangkahkan kakinya ke tadika?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku menyertai aktiviti pembarisan di sekolahnya?
Salah ke aku menangis sebak semasa pertama kali melihat anak aku melangkah kaki ke pentas menerima sijil tamat sekolah tadikanya pada majlis convocationnya yang lalu?
Salah ke aku menangis melihat persembahan pentas anak aku buat pertama kalinya.. ?
Salahkah aku menangis masa pertama kali anak sulong aku tercabut gigi susunya (28.11.2011) ..
Salah ke aku menangis sebagai seorang ibu yang sebak melihat anaknya membesar di depan matanya sendiri..
Dan Salahkah aku menangis ketika menulis nota ini...?

Kini ku faham bagaimana sebak seorang ibu yang melihat seorang anak yang dikandungkan dan dilahirkan membesar di depan mata..

Buat anak ibu, Intan Nurliyana Binti Badri..
Membesarlah dengan sihat dan ceria
Ibu relakan kedewasaan mu menjelma dan ibu doakan semoga perjalanan hidupmu dilimpahi rahmat dan dipenuhi keberkatan.
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker