RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Tuesday, November 29, 2011

Salah ke aku menangis bila kali pertama....

Salah ke kalau aku menangis pada hari pertama aku tinggalkan anak sulong aku dalam jagaan pengasuh (6 tahun yang lalu)?
 Salah ke aku menangis jika kali pertama aku lihat anak aku mendapat injection?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku melangkahkan kakinya ke tadika?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku menyertai aktiviti pembarisan di sekolahnya?
Salah ke aku menangis sebak semasa pertama kali melihat anak aku melangkah kaki ke pentas menerima sijil tamat sekolah tadikanya pada majlis convocationnya yang lalu?
Salah ke aku menangis melihat persembahan pentas anak aku buat pertama kalinya.. ?
Salahkah aku menangis masa pertama kali anak sulong aku tercabut gigi susunya (28.11.2011) ..
Salah ke aku menangis sebagai seorang ibu yang sebak melihat anaknya membesar di depan matanya sendiri..
Dan Salahkah aku menangis ketika menulis nota ini...?

Kini ku faham bagaimana sebak seorang ibu yang melihat seorang anak yang dikandungkan dan dilahirkan membesar di depan mata..

Buat anak ibu, Intan Nurliyana Binti Badri..
Membesarlah dengan sihat dan ceria
Ibu relakan kedewasaan mu menjelma dan ibu doakan semoga perjalanan hidupmu dilimpahi rahmat dan dipenuhi keberkatan.

Friday, November 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO WANI (11.11.11)

Hari ni 11.11.11 adalah hari ulang tahun kelahiran  ke-3 anak perempuan aku, anak ketiga dalam adik beradik iaitu INTAN NURSYAZWANI BINTI BADRI (WANI).. Hari ni dan  detik ni adalah detik yang paling bermakna buat wani  walau pun dia tak mengerti apa-apa pun tentang tarikh keramat yang menjadi tarikh bersejarah dalam hidupnya..

SELAMAT HARI ULANG TAHUN WANI...

Telatah wani yang manja dan kdang2 mengada-mengada menjadi ingatan pada ibu dan abah sehingga akhir hayat kami..
Bagaimana agaknya sikap dan telatah wani pada 2-3 tahun yang akan datang?? rasanya, ibu akan merindui sikap dan telatah wani waktu usia wani seperti sekarang ni.. walaupun kadang2 sikap wani yang kadang2 membuat ibu dan abah naik angin, tapi sikap itu lah yang PASTINYA akan kami rindui 3-4 tahun yang akan datang..

Sungguh manis sekali wajahmu pada pandangan ibu dan abah.. Kau la ratu kedua kami selepas kakakmu intan..

Ibu terbayang-bayang cara wani  mengungkapkan ucapan 'good nite' dan ' i love u' pada kami berdua sebelum wani melangkah keluar dari bilik kami menuju ketempat pembaringan mu, di depan tv, diruang tamu rumah kita tu... Pastikan TV sentisa di'on'kan bila wani tidak melelapkan mata. TV itu la yang menjadi peneman wani setiap malam, dan juga peneman wani di kala siang .. pendek kata selagi wani tidak tidur, jangan sekali-kali ditutupkan tv tu.. dan setiap kali wani celik mata, setiap kali itu la tv mesti sentiasa terpasang..




Wani tak banyak meyusahkan ibu dan abah.. Wani boleh bergantung pada diri sendiri. Ibu percaya wani akan menjadi seorang yang lebih independent apabila besar nanti.. Wani tak kisah pun tidur sorang2 di ruang tamu rumah kita tu.. asalkan TV sentisa terpasang.. Ibu harapkan dan doakan semoga wani menjadi seorang wanita yang tabah dan boleh berdiri atas kaki sendiri untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat nanti.. insayallah.

Satu lagi yang menjadi identiti diri wani pada kami ketika ini ialah perkataan 'dua'.. dalam pelat wani ianya berbunyi 'uwaee'... ok la tu.. kakak intan dulu kalau meyebut 'dua' mesti bunyinya akan jadi 'araee'.. jauh benor bunyinya......





Bila wani minta makan.. mesti nak dua, nasi mesti disenduk 2 kali ke pinggan wani, ikan mesti di cubit dua untuk wani.. pendek kata semua dua la.. Bila beraksi nak bergambar pun  mesti nak tunjuk dua jari..  bukannya bermaksud 'peace' mcm orang lain buat.. tapi apa yang wani faham ialah bergambar sambil menunjuk simbol 'dua'..













Kadang2 je bagi simbol 'satu'.. agaknya dia faham yang dia sekarang hidup dalam dunia penuh dengan istilah 'satu'.. Satu bangsa, Satu negara dan Satu malaysia..  dan tak lupa juga Kiblat yang satu..

Tahun lepas bersempena ulang tahun kelahiran wani yang kedua pun, ibu ada menulis tentang wani.. Cuba try tengok kat sini KLIK DI SNI.. Tekan jer
Akhir kata, seperti tujuan blog ini ibu cipta untuk tatapan keluarga kita terutamanya anak-anak ibu, ibu harapkan apa yang ibu tidak mampu sampaikan kepada kalian dapat kalian tatap suatu hari nanti disini.  Dan seperti anak-anak ibu yang lain juga, ibu doakan semoga perjalanan hidup wani di permudahkan oleh-Nya, di murahkan rezki, di beri kecerdikan dan kesihatan yang baik. Semoga wani akan menjadi anak yang solehah, seorang muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.. mungkin ibu tak mampu menjadi seorang ibu yang baik mahupun seorang pendidik yang berjaya tapi apa yang ibu harapkan adalah semoga wani dan anak-anak ibu yang lain mampu menjaga diri sendiri dan pandai membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Doa ibu sentiasa bersama kalian.

Friday, September 9, 2011

Cukup ke 4???

Fuyooo... dah lama benor rasanya aku tinggalkan saat2 menconteng arang di blog aku ni...  so hari ni bersempena bulan syawal ni.. (ada kaitan ke???) aku nak buat contengan tentang isu2 yang selalu dibangkitkan pada aku oleh kekawan , rerakan dan kekeluarga... Ianya berkisahkan tentang zuriat/cahayamata/anak/permata aku yang 4 orang tu.. 2 anak dara dan 2 orang anak teruna aku tu.

aku ni kerap ditanya anak dah berapa org? cukup ke? bila lagi nak tambah? bila lagi nak beranak kecik? dan yang paling best tu.. "akak  tak nak anak kerajaan ke? Rugi kalau tak nak.. akak ada quato 5 lagi.." . Mentang2 la 4 orang anak aku tu, aku beranak masa aku kerja di swasta dan skrg aku dah kerja goment, soalan mcm tu pun depa bleh tanya kan? kan? kan?

Sbnarnya soalan tentang projek mega tentang penambahan anak ni mmg soalan favorite org2 kita terutamanya geng2 pompuan. Dan aku plak mmg kerap ditanya sejak dari beranak satu lagi.. tapi yang nak di storykan kat sini ialah, setiap kali aku ditanya begitu.. aku mesti jawab "dah tak nak" atau ' tgk je la 5-6 tahun lagi"..  Tapi setiap kali tu la aku mesti mengandung lagi... Dah rezki tuhan nak bagi... yang sebenornya aku planning nak sepasang je.. so setiap kali termengandung aku mesti macam ala2 kecewa gitu... tapi sekarang tidak lagi!!!!! Allah itu Maha Kaya... Subhanallah..

Nak dijadikan cerita.. (Entah la aku pun tak berapa reti nak cerita sebenarnya...) Tak pe la.. aku cuma nak pesan pada sapa2 yang ada anak tu dan yang termengandung anak HALAL bersyukurlah dan terima dengan redha rezki anak yang Allah bagi kat kita tu.. Sebab aku sendri dah melaluinya... 4 tahun berturut-turut beranak non-stop dan cuma anak yang ke 5 tu aje tingkat  1 tahun , itupun sebab anak yg ke 4 tu beranak akhir tahun...

Disini juga aku nak kongsi cerita sedih aku pada tahun 2006 : http://ruangankeluargakita.blogspot.com/2010/03/sebenarnya-coretan-ni-aku-tulis-selepas.html

so now, bila sapa2 tanya aku, cukup ke 4? Aku akan tukar jawapan aku yang dah aku rekod sejak tahun 2005 tu kepada jawapan yang baru.. aku akan jawab.. Insayyalah jika tuhan izinkan.. aku akan terima dengan redha sebab aku percaya dan yakin Allah akan berikan yang terbaik pada kami dan anak-anak.
Tapi dalam masa yg sama PRECAUTION tetap ada.. heheheehe...

Tuesday, September 6, 2011

Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Reff:

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a... a... aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan ai... ai... aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus

Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang Reff

Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup tanpa ghairah
Ou... o

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tauku ni itemo
Ki no omoi ga tsunagaru kara
Shinjteruyo,
Shinjiteruyo...

Ulang reff




Lyrics

Zivilia lyrics - Aishiteru lyrics

Friday, May 20, 2011

Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis

Limau nipis bukan saja bagus untuk mencantikkan kulit muka anda. Jika dulu, saya pernah memuatkan artikel mengenai Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis. Di mana penggunaan limau nipis hanya tertumpu pada kulit muka.


Limau nipis

Kini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana memanfaatkan khasiat limau nipis ke seluruh kulit anda. Ia mampu melembapkan kulit anda yang kering ataupun bersisik.

Nak tahu caranya?

Oke, begini....

1) Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.
2) Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.
3) Kemudian, gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda.
4) Pastikan ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki, betis ataupun muka.
5) Akhir sekali, bilas semula badan anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala bersih.
6) Bagi kepuasan yang lebih, anda boleh sapukan losyen badan ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang kulit yang kering atau bersisik.
Sekarang, anda sudah tahu cara mudah untuk melembutkan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik, kan? Amalkannya dan usah lokek kongsikannya dengan rakan yang lain tau. :)

Selamat Mencuba!

Thursday, April 28, 2011

Nak Tahu x Kenapa perempuan mudah menangis?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.


Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti¦"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Thursday, March 17, 2011

Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi

Anda pernah dengar tak tentang tumbuhan yang namanya Pokok Lembiaga? Buat makluman, daun lembiaga ni boleh digunakan bagi mengubati telinga bernanah. Saya pernah kongsi mengenainya melalui artikel "Apa Ubat Telinga Bernanah?".
Pokok Lembiaga - philipt.smugmug.com
Pokok ini biasanya tumbuh di meliar di kawasan berhampiran pantai. Terutamanya di hutan paya bakau. Selain telinga bernanah ia didapati boleh merawat kembung perut, leka ehh...silap luka, resdung dan sakit gigi.


Caranya akan saya nyatakan satu persatu di bawah.......


A. Kembung perut

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

2. Layurkan kesemua daun tersebut.

3. Tampalkan daun yang telah dilayurkan tadi ke atas perut yang sakit.

4. Ulangi semula langkah 1 hingga 3 beberapa kali sehinggalah masalah kembung perut yang anda hadapi benar-benar sembuh.


B. Luka dan sakit gigi

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

2. Titikkan getah yang ada pada gigi atau tempat yang terluka.

Itu saja kaedahnya. Mudah, kan?


C. Resdung

1. Dapatkan sedikit kulit kayu pokok lembiaga.

2. Jemurkan ia beberapa hari untuk tujuan pengeringan.

3. Setelah ia benar-benar kering, bakar kulit kayu tu dan hidu asapnya.

4. Pastikan anda hidu sampai ada lendir yang keluar dari hidung.

5. Kaedah ini boleh diulangi setiap kali anda mengalami resdung.


Ingin saya ingatkan kepada anda yang baru pertama kali mencuba kaedah ini, lakukannya sekali saja dulu. Jika serasi, barulah diteruskan secara konsisten. Okey. =)

Selamat Mencuba!

Tuesday, February 22, 2011

Aku Kebosanan

salam...
Dah lama aku x update blog, nak wat blog walking lagi la xde mood.. sejak dapat kerja baru, suasana baru, kawan2 baru aku dah xde masa nk jenguk blog..kalau dulu pepagi je smpai opis mesti jenguk blog sendri dulu.. la ni..xde byk masa..keje..keje..dan keje lagi..
 nanti aku sambung lagi la.... Bye..tata..titi..tutu

Tuesday, January 11, 2011

Usahlah Terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci

Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi ,buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, memyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya…..





Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker