RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Saturday, October 30, 2010

Blackout kejap!!!



Issskkk... !! Fed up betul la...!!!! Tensennya !! Boringnya!! benci je rasanya bila jadi camni.. Ada ke patut perkara camni boleh terjadi kat aku yang penyayang dan murah hati ni.. ada ke patut????







Aku benci bila aku tgh berkobar-kobar nak update blog aku ni tapi takde idea pulak yg nak terbang masuk dalam kepala otak aku ni...
.






Black out kejap otak aku ni!!!!!!










Friday, October 29, 2010

Not In the Mood..


Hari ni aku betul2 xde mood..
Pasal apa??
Keta aku wat hal lagi ler..
Bosan.. bosan... dan bosan lagi..
Sebelum ni aku pernah gak MEMBEBEL DI PAGI HARI pasal keta aku ni jugak..
Hari ni pun sama tapi masalah yang berbeza

aarrrrrrrggggg... aku rasa cam nak menganas je....

Monday, October 25, 2010

Tips Ringankan Blog Anda

Tutorial ni aku ciplak dari blog once.i.talk.Tentunya semua pembaca atau pengunjung menginginkan masa capaian yang pantas untuk load ke blog-blog yang ingin dilawati. Lebih mudah jika kita kata, blog yang ringan. Blog yang baik tidak terlalu bergantung kepada paparan yang cantik atau entri yang menarik saja. Di sini si blogger ni ada membuat sedikit penyelidikan terhadap masa yang diambil untuk load ke sesebuah blog tersebut. Sebenarnya, banyak cara untuk kamu semua mengurangkan saiz blog kamu. Seeloknya bawah 100KB.

Memang menakjubkan! Kamu semua boleh cuba.

1. Paparkan 2 atau 3 entri sahaja untuk satu page.
2. Jangan paparkan logo blogspot atau logo-logo rasmi blog kamu semua pada ruangan bloglist.

Buktinya : 

Sebelum
bloglist dengan logo blogspot
Saiz blog dengan logo blogspot


Selepas
Tiada logo blogspot
Saiz blog apabila tiada logo blogspot
Kamu semua boleh cuba meringankan blog kamu semua dengan guna cara yang dicadangkan.Semoga berjaya.Sekiranya kamu semua ingin mengukur sejauh mana kebenarannya, kamu semua boleh guna tools Website Speed Test.

Friday, October 22, 2010

4 Petua Kecantikan dengan Mayonis

Mayonis kurang baik bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya yang tinggi tentu merosakkan program anda nanti. Tapi tak semestinya harus terus ketepikan mayonis. Anda boleh gunakannya untuk tujuan lain seperti kecantikan diri.


1. Melembapkan kulit


Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, ia kaya dengan bahan pelembap. Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukannya pada bahagian permukaan kulit, siku, lutut ataupun kaki.

- Sapu dan urutlah dengan lembut dan biarkannya serap dalam kulit kira-kira dalam 10 minit.

- Kemudian, bilas bahagian tadi dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala secara perlahan-lahan.

Amalan ini boleh membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit anda.



2. Rawatan rambut


Mayonis boleh merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit.

Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.



3. Merawat kuku


Rawatan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat juga boleh dilakukan sendiri dengan mayonis. Syaratnya, anda perlulah amalkan selalu petua di bawah ni.


Caranya;

- Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada kuku anda.

- Kemudian, biarkan dalam 10 minit.

- Bilas kuku anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala.



4. Pelindung kulit


Bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari, gunakan mayonis sebagai bahan pelindung. Cuma sapukan mayonis pada kulit bagi menyejukkan serta melegakan kulit.


Begitulah 4 petua kecantikan yang mudah untuk dicuba bagi melindungi dan melembapkan kulit anda.


Selamat Mencuba!

Thursday, October 21, 2010

Merawat Kulit Muka Tak Sekata

Adakah anda mengalami pigmentasi kulit? Sama ada berlakunya perubahan pada warna kulit muka, muka berjeragat mahupun timbulnya bintik-bintik hitam. Sekiranya ada, bolehlah anda mencuba satu petua menggunakan khasiat lobak merah.

Cara-caranya;


1. Anda ambil sebatang lobak merah.

2. Kisarkan lobak merah tersebut dengan menambah sedikit air.

3. Kemudian, tapis dan tuangkan jus lobak merah tadi ke dalam cawan.

4. Apa yang anda perlukan ialah ekstrak lobak merah.

5. Seterusnya, ambil ekstrak lobak tadi dan sapukan pada kulit muka.

6. Biarkannya dalam 20 - 30 minit dan bilas dengan air bersih.


Amalkan langkah ini setiap hari bagi menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah anda.


Selamat Mencuba!

Wednesday, October 20, 2010

7 Langkah Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata anda masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.


Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;


1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.


Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.


Selamat Mencuba!

Tuesday, October 19, 2010

Khasiat 5 Kacang untuk Anda

Sebut pasal kacang, tetiba teringat pula pada satu dialog dalam filem Ali Setan. Nak ngorat awek punya pasal, kacang pun boleh jadi umpan. Biasanya sesetengah wanita memang takut nak makan kacang. Nanti naik jerawat katanya.

Tapi, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?



Ini kerana kekacang sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. Selain sebagai sumber protein, ia boleh;

- Menstabilkan paras glukos dalam darah

- Menyeimbangkan tindakbalas elektrolit dalam tubuh

- Meningkatkan kadar metabolisme

- Membantu otak dan tubuh anda berfungsi dengan lebih baik



Wow! Tak sangka pula banyak betul khasiat kacang ni, kan?



Berikut adalah 5 jenis kekacang yang sememangnya baik untuk tubuh anda dan sedikit fakta mengenainya;


1. Kacang Dhal


- Kandungan protein sebanyak 26%.

- Meningkatkan metabolisme buah pinggang.

- Mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah pinggang.

- Melancarkan perjalanan darah ke jantung.



2. Kacang Hijau


- Mengandungi fiber, karbohidrat, mineral terhidrat, protein dan vitamin.

- Menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu.

- Meneutralkan toksin dalam tubuh.

- Melegakan jangkitan salur kencing.

- Mengurangkan radang, pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik, masalah jantung dan darah.



3. Kacang Kuda


- Sumber terbaik bagi fiber, folat, karbohidtrat, protein dan zink.

- Rendah lemak.

- Membantu mengekalkan tahap kesihatan organ tertentu seperti jantung, pankreas dan usus kecil.

- Menyeimbangkan sistem hormon tubuh anda.



4. Kacang Soya


- Sumber protein yang terbaik.

- Mengandungi asid amino.

- Membantu banyakkan air susu badan.

- Mengekalkan tahap kesihatan hempedu dan pankreas.

- Melancarkan peredaran darah.

- Mencerahkan penglihatan.

- Menyingkirkan toksin dalam tubuh dan keracunan makanan.

- Bertindak sebagai diuretik.

- Mengelakkan rasa loya dan masalah sembelit.

- Baik untuk kulit anda.



5. Kacang Soya Hitam


- Menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan anda.

- Melancarkan peredaran darah.

- Bertindak sebagai diuretik.

- Melindungi organ dalaman seperti limpa dan pankreas.

- Mengelakkan batu karang, kejang, osteoporosis, radang pada saluran kencing dan sakit lutut.

- Mengurangkan rasa sakit belakang badan.



Sekarang anda dah tahu akan khasiat kacang untuk tubuh. Jangan lupa jadikan kekacang ini sebagai sebahagian diet harian anda ya. :)


Monday, October 18, 2010

Nah... Ini Dia Ubat Lemah Syahwat

Setelah sekian lama tak sentuh mengenai petua suami isteri, ini dia satu lagi petua mengatasi dilema lemah syahwat. Tentu sekali ia ditujukan khas buat para suami yang bermasalah untuk bertahan lebih lama ketika bersama isteri.

Jadi, apakah petua untuk tahan lama tu?
Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


Bahan untuk amalan petua tahan lama

i. 3 biji telur ayam kampung

ii. 5 ulas bawang merah

iii. 5 ulas bawang putih

Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;


1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.

2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.

6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.

7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.


Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama. Paling penting, anda dapat membahagiakan isteri tersayang.




Alternatif Jika Lemah Tenaga Batin 1

Sekiranya ramuan yang diperlukan agak sukar untuk dicari, anda tak perlulah risau. Ini kerana ia hanyalah salah satu daripada beberapa petua yang bakal anda ketahui kelak.


Buat permulaan, terimalah petua pertama bagi mengatasi masalah lemah syahwat berikut;


1. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah madu lebah asli dan susu unta.

2. Kemudian, campurkan madu asli dan susu unta tadi.

3. Kacau hingga sebati.

4. Amalkan meminumnya selama beberapa hari.


Jika diizinkan-Nya, prestasi anda pasti lebih bertenaga daripada biasa.


Selamat Mencuba!

Sunday, October 17, 2010

Gaya Pemakanan Sihat Agar Tetap Langsing

Pernah tak anda jumpa segelintir individu yang sering memakan makanan berkalori tinggi tapi badan mereka tetap langsing? Mereka ni kalau diperhatikan, selalu menjadikan kek coklat atau keju dan aiskrim sebagai pencuci mulut. Namun yang peliknya, mereka tak gemuk pulak.

Gambar hiasan - secretrecipe.com.my 

 Apalah rahsia langsing diorang ni agaknya yer?

Hahh, kalau anda nak tahu, saya akan dedahkan sekarang. Menurut kajian, ianya disebabkan oleh gaya pemakanan mereka. Di mana mereka memakan makanan berkalori tinggi tu secara perlahan-lahan. Kunyah dan hadamkan makanan tu satu persatu. Dengan cara ini, mereka akan berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding jika makan secara terburu-buru.


Gaya pemakanan sihat - wellsphere.com


Sebab kalau anda suka makan dengan gelojoh cepat, jumlah kalori yang masuk dalam badan adalah tinggi. Lepas tu, proses penghadaman akan menjadi semakin berat kerana gigi anda tidak sempat menghancurkan makanan yang masuk dengan sempurna.

Lagi satu kajian daripada Jurnal Kesihatan Inggeris pula mengatakan; apabila anda makan dengan cepat ia menimbulkan kesan kecanduan terhadap kegemukan. Ditambah pula dengan faktor terdapatnya pelbagai jenis makanan segera di pasaran.


Jadi, kalau anda ingin kekal langsing walaupun suka makan kek coklat dan makanan lain berkalori tinggi; amalkanlah gaya pemakanan sihat berikut:


1. Kunyah makanan hingga benar-benar halus (40-50 kali) sebelum menelannya.

2. Setelah mulut kosong, barulah anda suapkan makanan seterusnya.

3. Elakkan daripada makan sambil buat kerja lain. Contohnya makan sambil menghadap tv, pc atau laptop (dah banyak kali pesan nie). Tabiat ini membuatkan anda lebih suka mengunyah tanpa menyedari yang anda sebenarnya dah banyak sangat mengunyah. Betul tak?

4. Mainkan alunan muzik yang berirama lembut semasa menikmati hidangan. Secara tak langsung ia membantu anda makan secara perlahan-lahan.



Jadi, sekarang anda dah tahu caranya, kan? Selamat Mengamalkannya. :)

Petua Tegangkan Payudara 2

Petua ini khusus buat kaum wanita ya. Pastinya setiap kaum hawa mendambakan payudara atau buah dada yang tegang, kan? Terutamanya bagi anda yang telah melahirkan anak. Tentu teringin mengembalikan keanjalan aset anda tu. Si suami pula akan berterima kasih dan gembira jika anda pandai jaga "body".


Bagi merealisasikan impian tersebut, apakata anda cuba petua tegangkan payudara ini;


1. Anda perlukan minyak vitamin E, sesudu yogurt dan sebiji telur ayam.


Minyak Vitamin E - reviews.pinkelle.com



Sekarang, Dah ada ketiga-tiga bahan diatas, kan?



2. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga rata.

3. Sapu dan urutkannya pada payudara anda.

4. Kemudian, anda pakailah baju dalam (bra) kira-kira selama 20 minit.

5. Setelah itu, basuh basuh dan bilas payudara anda dengan air bersih.


Amalkan petua ini selalu bagi mendapatkan buah dada yang tegang ataupun untuk menegangkannya kembali. Ini kerana dengan mengamalkan cara di atas, kulit di sekeliling buah dada anda akan tegang dan padat.


Selamat Mencuba!

Alternatif lain untuk tujuan yang sama boleh refer DI SINI

Saturday, October 16, 2010

Cara insert gambar pada shoutmix box

Langkah Pertama : 
Ok bagi yang dah ada akaun shoutmix terus jer login. Yang belum ada akaun kena daftar terlebih dahulu...


Langkah kedua : 
Apablia keluar paparan seperti gambar dibawah ini cari Display > klik Smileys seperti  kotak bertanda merah....

Langkah ketiga : 
Paparan Smileys di pamerkan.... Tengok kotak dibawah yang bertanda merah....so apa perlu buat ialah anda insert ler url link gambar yang anda copy dari mana2 dan paste ke dalam kotak Smileys image url... next tulis perkataan yang sesuai  dalam kotak Code > Optional > klik butang Add. Dah siap klik butang save setting . 

p/s : kalau nak cari pelbagai gambar menarik cuba search dalam google atau mana2 web taip kata kunci Animation Gif...... pastu pilih ler mana web yang kuar nanti... Dan satu lagi untuk memudahkan anda ambil gambar2 tu... caranya pada gambar pilihan klik atas gambar > mouse klik belah kanan > klik copy image URL dan insert dalam kotak Smiley image url disediakan.....

Friday, October 15, 2010

Tips Memelihara Kesegaran Wajah

Jika nampak wajah seseorang tu sentiasa kelihatan segar dan bermaya, pernah tak anda rasa hairan? Apa rahsia dia? Rutin harian dia memang sibuk memanjang. Tentu takde masa nak jaga muka. Dia bukannya muda lagi. Kahwin pun dah lama. Anak-anak pun dah besar panjang. Tapi muka tetap "maintain". Tak berkedut pulak tu.


Haishhh... macam-macam persoalan yang mungkin bermain di kepala anda. Buntu dibuatnya. Sedangkan anda yang lebih muda daripadanya pun dah mula timbul kedutan sana sini. Bila penat bekerja dan melayan anak-anak, muka pun nampak letih jer.


Hahh! Kalau anda nak tahu rahsianya, cubalah petua yang menggunakan pisang masak ni sebagai bahan utama.

Cara-caranya;

1. Ambil beberapa biji pisang yang telah masak.

2. Kisar pisang tersebut sehingga ia menjadi seakan-akan krim.

3. Bila pisang tadi dah jadi krim, gunakanlah krim pisang tu sebagai bahan sapuan.

4. Sapukan pada keseluruhan kulit muka anda hingga rata.

5. Biarkannya dalam 20 minit.

6. Setelah 20 minit berlalu, bilas muka anda dengan air suam.

7. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air sejuk pula.

8. Akhir sekali, lap muka anda perlahan-lahan dengan tuala bersih.


Amalkan selalu untuk mengekalkan kesegaran wajah anda dan mengelakkan daripada kulit muka daripada lekas berkedut.


Selamat Mencuba!

Thursday, October 14, 2010

Corat Coret aku dan Blogspot

Untuk en3 terbaru kali ni aku nak menjawab beberapa pertanyaan beberapa rakan blogger dan sorang dua 'je' rakan yg bukan blogger aku tentang bgaimana, bila, kenapa dan bagaimana aku boleh terlibat dlm kancah ke'blogger'ang ni.. aku ni bukan lah bloger tegar apatah lagi ketegaq.. aku masih baru dah masih memerlukan banyak tunjuk ajar dari blogger2 otai..(Tolong tunjuk ajar ku sifu).. yg aku rasa puas hati ialah aku start dari bawah and do the exploracing alone!!!!


Aku mula bertatih buat blog ni (tapi aku bukannya blogger lagi yer...) dah lama sebenar nya sejak tahun 2006.. Disebabkan aku ni minat sgt duk melayari internet sejak zaman student lagi tak kira untuk apa skali pun, sampai aku dah takde benda lain yang nak digodek last2 aku pun mula lah terfikir nak wat blog pulak. Buat permulaan aku meggunakan frienster dan wordpress sebagai landasan untuk blog aku kemudian barulah aku beralih kepada blogspot tapi sorry to say that bagi aku wordpress ni tak menarik as compare as to blogspot..(mintak maaf banyak2 pada blogger yg mengunakan khidmat wordpress yer..).. Aku tgk blog org lain ada shoutbox, aku pun letak, aku tgk blog org lain ada macam2 widgeo, aku pun nak jugak.. hee... aku tengok blog org lain ada banner sendiri, aku pun nak jugak satu, aku tgk blog org lain ada gambar2 menarik , aku pun nak tampal gambar jugak dan macam2 lagi la.. then sampai satu tahap aku dan bosan tahap cipan dan dah tak tahu nak buat apa dah dgn blog aku ni, aku pun give up.. dan aku berenti


Sejak 2 tahun lps baru aku berjinak2 dgn blogspot , itupun atas galakkan suami aku.. Dari situ aku blajar tukar template , edit HTML dan mcm2 lagi..Pada masa tu nak daftar blog tu senang je tapi nak meng'edit tu yang payah sebab nak dapatkan info pasal hal ni limited dan kebanyakkanya dlm bahasa inggeris dan Indon. Aku nak type keyword dan surfe seluruh internet pun tak tahu nak taip apa.. Lagipun masa tu mana ada template yg complete dan ada pelbagai-bagai aplikasi.. Nak bertanya pada kekawan pun serba salah.. maklum la derang susah2 buat, takkan kita senang2 nak mintak derang ajarkan satu persatu. Sumer tu aku godek2 sendiri je,... Mungkin pada org lain kacang je nak buat benda ni tapi bagi aku yg 0% pengatahuan ni susah bebenor rasanya.. alhamdullilah... byk benda yg aku blajar..


Pada mulanya aku buat blog kononya nak try ceburkan diri dgn online business.. banyak benda yg aku blajar, dari nak sediakan dan men'aplikasi'kan order form, how to communicate dgn customer through YM dan yahoo ping kat blog aku, mcm mana nak buat banner iklan dan macam2 lagi ,.. sumer benda tu aku dah siap dan complete cuma satu benda je yg tinggal... iaitu " Aku nak jual apa sebenarnya ni..??????"hii... last2 aku give up la jugak..Maybe sebab aku tak bersungguh-sunguh nak jadi bisnes woman kut..


Dalam masa yg sama, aku juga buat beberapa blog lain sebagai rujukan dan bahan koleksi artikel2 yg aku suka. Antara blog yg paling aku sayangggg nya ialah blog RUANGAN WANITA DAN KELUARGA dan ada beberapa blog lain lagi... Masa aku buat blog rujukan aku ni, aku berminat pada affiliat program.. rasanya-rasanya dah lebih 30 affiliat program yg aku join tapi satupun tak mendatangkan hasil.. dan tak lupa aku nak mention, sifu aku dalam hal ni adalah suami aku sendiri.. byk2 tips2 yg dia ajar aku untuk berjaya dlm bidang affiliate ni TAPI memandangkan aku ni jenis keras kepala, sombong, eksen, suka melawan cakap dan ego, satupun aku tak ikut!!!! Last2 aku give up.. malas aku nak layan..


Dalam masa yg sama aku jugak sediakan blog peribadi bersifat kekeluargaan.. pada asalnya ianya untuk tatapan kami sekeluarga dan malas aku nak publishkan untuk tatapan blogger2 yg lain.. Iaitu blog aku yang INI la... hi... Sebenarnya aku buat blog ni pun saja2 dan suka2 nak menghabiskan masa kat tempat keje... aku tak pernak terlintas nak invite sesapa jadi follower kecuali 2 org kawan aku je .. Sejak hampir 2 tahun ni jugak aku daftar kat nuffnang dan letak banner kat blog aku ni tanpa ada apa2 makna dlm hidup aku  sebab aku tak kisah pun pasal earning dari nuffnang ni.. suami aku merangkap sifu aku ada terangkan serba sedikit tentang nuffnang ni tapi aku tak amik serious.. siap bagi info tentang the hotest blogger kat malaysia skrg ni iaitu ci kak MERAH kita.. sumer blogger dah tahu pasal dia kan .. income dia RM100k setahun.. aku takleh la jadi cam dia.. aku membloggering ni pun suka2 je.. Masa tu aku jarang2 je tgk blog aku pun ..apatah lagi masa aku cuti bersalin lagi aku tak peduli pasal blog aku ni..berbulan-bulan aku tak buka tgk pun takpe...


Tapi skrg bila aku dah amik kisah (blom tahap serious..) pada nuffnang ni baru aku dapatkan info mcm mana nak up traffik ke blog aku, mcm mana nak kekalkan member status glitterati aku kat nuffnang dan mcm2 lagi.. Byk jugak la yang aku blajar dan masih byk yang aku kena blajar pasal nuffnang ni.. Pasal BE la, ME la.. dan macam2 lagi.. aku tgk blogger yang baru dari aku pun dah boleh buat cashout, tapi aku ni.. setakat hari ni masih RM0.65, itupun baru start earning sejak 2 bulan yg lepas ... he.... Aku pun sebenarnya masih baru bermula... insayallah dengan kerajinan aku buat walking ke blog2 rakan blogger yg lain mintak2 boleh la aku beli spentok(spender) baru nanti.. aku nak yg ada renda2, reben, bunga2 dan yg penting mesti colour merah. aku taknak pakai tapi aku nak frame kan ke dinding sebagai kenangan hadiah dari nuffnang.. he.


Kesimpulannya, aku memblogging ni sebab suka2, saja nak buang masa, saja nak buat diari untuk tatapan keluarga aku terutamanya anak2 aku satu hari kelak dan nak hilangkan kebosanan aku kat tempat keje, wat koleksi artikel2 kegemaran serta rujukan dan satu lagi aku malas nak layan kerenah org2 diluar dan buat dosa tak pasai2 ,baik aku tgk dan layan kerenah blogger2 yang ada bermacam-macam ragam dan yang penting derang ni takde kena mengena ngan hidup aku dan last skali maybe aku akan dapat earning dari nuffnang banyak2 (ntah bila la tu...) dan kalau aku boleh buat cashout walaupun sekali, aku dah berpuas hati..


p/s: Banyak benor perkataan 'dan' yang aku guna.. mesti cikgu BM aku marah ni..



Monday, October 11, 2010

Ulasan: 21 Pesanan Isteri Untuk Suami (Bahagian satu)




Ulasan: 21 Pesanan Isteri Untuk Suami





Hari ni memandangkan aku takde keje dan gatal nak menulis, aku nak buat beberapa ulasan serta komen2 yg menarik tentang hal ni.  The original artikel yang berkenaan iaitu 21 Pesanan Isteri Untuk Suami ni aku amik dari PakarHowTo.Com. yang aku rasa perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu kerna aku tahu kita ni insan biasa dan bukannya 100% perfect seperti jugak diri aku sendiri!!

Perlu dingatkan komen aku disini tiada kaitannya dgn sesapa.. so don’t take it seriously sebab setiap mahkluk dijadikan berbeza cara dan tingkah laku. Buat permulaan aku akan siarkan 10 ulasan yg terfikir oleh aku untuk dikomen, selebihnyanya nanti aku sambung di entry yg berikutnya.

1.   Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
Komen aku: Betul!!.. betul..!!! bukannya aku sorang yg buat hutang tu!!!! Untuk para isteri kalau boleh kita sama2 amalkan "hutangmu, hutangmu sorang ,tapi hutangku hutangmu jua..." wakaka..wakaka.. Tapi sebenarnya dalam realiti of life ni kita sebagai suami isteri kena sama2 membantu.. itu aku tak nafikan.. kalau aku pentingkan diri sendiri, dah lama aku kaya,slim dan comel dan kiut miut...haa..... haaa.. haaa(ada kaitan ke????)

2.    Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Komen aku: aku setuju sgt2.. kadang2 dah penat bercakap dan ingatkan  benda yg sama, masalahnya tak pernah ada improvement.. so, bila dah jadi macam tu mula la kata kita ni kaum bini suka membebel.,


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Komen aku: Mesti la terasa hati bila suami wat macam tu…..

4.  Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
Komen aku: Secara peribadinya aku boleh katakan no komen.. as far as I know we' re still enjoying our s** life and still having fun with it.. tak tahu la org lain yer.. tapi aku setuju sgt2 bab ni sebab kebanyakkan wanita di Malaysia sekarang sumernya berkerjaya dan sikap moody serta penat tu dah jadi lumrah.. so kaum suami kena la bertimbang rasa.

5.  Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada  suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Komen aku: Bab ni aku mmg tabik spring kat suami aku… ayang mmg bertimbang rasa dan mmg seorang suami yg bertanggung jawab dalam hal bab menjaga anak2 kita.. thank Q sayang…. Mmmuuuuaaaahhhhhhh!!..(Cuma ika nak katakan kat sini, ika bukannya ambil kesempatan yer…)

6.  Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
Komen aku: Alhamdullilah suami aku mmg bertoleransi, kalau aku buat keje kat dapur, dia mmg tak duk diam.. ada je keje yg dia buat, sapu sampah ke, melayan kerenah anak ke, atau kemas mana2 bahagian dlm rumah yang patut.. Cuma sekali sekala bila ada rancangan TV yg menarik perhatian dia, terpaku la sekejap depan tv tu.. tapi tak pe..  small matter je….

7.  Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
Komen aku: Nasib baik suami aku tak kuat makan dan aku sebaliknya.. hiiii.... kalau bab ni, macam aku je yg tak boleh dipecayai.. hiiii… hiii
Kalau bersantap dirumah, normally kami makan bersama satu keluarga.. tapi semenjak dua menjak ni, kecerdikkan  anak bongsu aku yg umur 5 bulan ni dah semakin bertambah, so kadang2 kami terpaksa makan berasingan.. biasanya suami akan makan dulu bersama anak2 yg lain .. tapi lauk untuk aku mesti ada punyer.. siap aku boleh makan untuk 2 org sekali gus..hiii… haaaaaa..huuuu

8.  Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
Komen aku: Bab ni aku suka sebab aku laki bini mmg sehati sejiwa.. kami mmg amalkan ‘Family first” dan suami aku ni mmg jenis family man.. kemana-mana pegi pun mesti nak satu famili begitu jugak tentang bila nak ajak tetamu datang.. mmg kami bersiap sedia dari segi mental dan physical.. tetapi biasanya tetamu yg datang tu ahli keluarga sendiri dan sebenarnya rumah kami amat jarang sekali tetamu datang berkunjung!!!! Sebabnya… maybe kami jarang jemput org datang kerumah, maklumla anak2 masih kecil…(alasan biasa…)


9.   Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Komen aku: Dalam hal ni, kami tak boleh sakat meyakat.. kalau dia kata aku gemuk, aku boleh kutuk dia tu lidi!!! Haaaa…… tapi setakat ni, suami aku tak pernah komen tentang size body aku.. dia tahu aku berkorban nyawa untuk mengandungkan dan  lahirkan zuriat kami..  dan ini adalah hasilnya!!!! Cuma aku je yg slalu mengeluh tak puas hati berada dalam SAIZ ni…

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
Komen aku: hiiiii… aku nak cakap No komen.. 
p/s: ayang .. kalau ayang terbaca artikel ni, ayang faham2 sendiri la ye….  Tapi bab ayat “masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?” tu ika muskil…. Rasanya kadang2 kentut tu boleh buat bahan gurauan dan ketawa.. betul ke?? Satu lagi ika sentiasa teringat dan terbayang cara ayang seronok2 nak test kekuatan volume dan bunyi kentut tu..hiiiii.. Siap cari dinding dan lantai simen.. kah…kah.. kah… Kenangan indah kita tu!!!!

Saturday, October 9, 2010

Resepi laksam

Dah lama aku tak makan makanan ni, so aku nak kongsi resepi ni yg aku copy paste dari blog blogger lain.. Bila aku nak try buat pun, aku tak tahu..

Bahan-bahan:

Bahan Laksam:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air suam(tambah air kalau pekat sgt)
sedikit garam

Bahan kuah:

4 ekor ikan sardin- aku guna king saiz-huhuhu
1 cwn santan
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai- ketuk
1 sudu kerisik
Sedikit lada hitam (aku guna yg serbuk, dlm 1/4 sudu teh je)
2 asam keping
1 inci lengkuas-
Gram dan gula secukup rasa

Bahan tambahan (jika suka):

Timun – potong halus
bunga kantan- hiris halus
Taugeh
Sambal belacan- tumbuk cili merah + belacan + garam + perahan limau nipis
Kacang panjang – potong kecil-kecil
limau kasturi


Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
masukkan semua bahan dlm blender, kisar sampai sebati
Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau tudung periuk, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, (nampak jd melembung2 skit)
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak- asingkan isi ikan dr tulang.
kisar isi ikan . masukkan dlm periuk bersama air rebusan ikan yg telah ditapis.
tulang ikan pun kisar gak- tapis ambik air, masukkan dlm periuk

Kisar halus bawang besar, bawang putih, dan serai .- masukkan dlm periuk ikan

Pastu masuk asam keping, kerisik, lengkuas, lada hitamh, dan garam secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.

Thursday, October 7, 2010

Pulang Beraya Dari Terengganu

Kalau post yang sebelum ni aku ceritakan tentang Pulang Beraya ke Terengganu kali ni aku nak ceritakan pulak kisah perjalanan balik dari Terengganu ke Ipoh pada hari raya ke-empat..

Aku ni dah la balik kg setahun skali, so bila dah terpaksa balik dr kg mmg berat la skit kaki nak melangkah.. bab2 sedih2 yg aku malas nak tulis ni.. (so kita skip bahagian yg sedih tu..)


Kami bertolak kuar dari rumah mak ayah dlm kul 12 tgh hari dan sampai dirumah kami di Ipoh dalam kul 11.45 malam.. kira2 12 jam la jugak.. siap berenti makan tgh hari kat R&R Gambang di Kuantan. Seperti biasa bila nak makan di luar bersama anak2 tersayangggggg ni, kami terpaksa amik turn.. bila aku dah siap order makan dan minum.. baby kecik tu pas kat aku ler.. then suami dan anak2 akan makan dulu... suasana kat R&R hari tu mmg sibuk dan ramaiiiiiiiii sgt org.. kira2 cam berserabut la dan ditambah pulak dengan kerenah 'askar-askar' kami 3 org tu (tak termasuk bby aku) lagi la haru biru.. Start dari nak makan sampai la aktiviti menukar diapers budak2 tu... Dah la masa tgh makan tu depa bergaduh pastu asyik makan bersulam air, smpai kesian aku tgk laki aku duk melayan kerenah budak 3 org tu.. aku masa tu sibuk ribakan baby aku tu kat meja bersebelahan dengan depa berempat.. aku perati je la... Masa anak2 aku buat hal, dengan menjeritnya, dgn kelibat dan gaya yg susah aku nak explain.. aku rasa malas aku nak gi dekat dgn derang ni.. biar org ingat aku ni bukan datang sekali ngan depa.. hiiii..(nasib baik aku duk kat meja lain... hiii)


Dah tu bila turn aku bawak budak2 ni gi tandas pun depa wat hal jugak.. berlari sini, berlari sana.. risau gak aku, takut depa hilang.,. dah la tgh ramai sgt org.. crowded giler, cuaca panas terik lak tu..

Dah selesai sumer, baru kami teruskan perjalanan.. hentian seterusnya ialah di R&R Genting Sempah. Normally kami akan sampai kat sana hampir kul 7 malam, so kami berenti disitu untuk berehat dan buang apa2 yang patut...(faham2 je la..) Selepas waktu maghrib baru kami mula mendaki Genting Highland untuk sampai ke Batang Kali.. kira2nya Genting Highlan ni jambatan untuk kami seberang dari Timur ke Barat dan Barat ke Timur..


Sampai di Tanjung Malim, kami decide taknak kuar ikut highway lagi, kami nak teruskan perjalanan sampai ke bandar Tanjung Malim untuk singgah makan di sebuah restoran yg jual pau terkenal tu..(the famous pau in town), aku rasa ramai yag tahu pasal restoran cina ni... So tak payah la aku promote lagi..

Sampai kat situ dah kul 9+++ malam.. restoran pun dah nak tutup, aku beli tapau je la.. hasrat hati suami aku nak makan pau kaya tapi dah habis.. aku pulak nak makan mee kari tapi memandangkan macam dah lewat, so abaikan lah dulu..( maybe next time kut..).. akhirnya kami dapat makan pau kacang dan minum kopi ais... fuhhh.. mmg kaw-kaw kopi dia tapi sorry have to condence about that pau kacang!!! hu.huuu..


Kemudian kami teruskan perjalanan dengan keluar dari Tol Behrang dan ikut South east highway sampai ke tol Simpang Pulai sebelum sampai ke rumah kami.. rega tol dia RM15.80.. Masa tu sumer anak2 aku dah tido cuma aku dan suami je yg berjaga.. ye la, aku jadi co-pilot temankan suami dan suami aku pulak kan supir.. kalau dia pun tido.. faham2 je la!!!


Ni gambar anak2 kami dalam keta.. kesian depa.. maklum la keta dah jadi kecik dan sempit.. anak dah ramai!!!








Pulang Beraya ke Terengganu

Hari ni jadual kelas aku takde la padat sgt so adalah peluang untuk aku update kan blog aku dan buat post baru.. entri aku kali ni agak ketinggalan zaman dan dah basi, maklum la org dah nak habis mood beraya aku baru nak ceritakan tentang perjalanan balik beraya aku di kampong aku di rumah mak ayah aku di Dungun Terengganu.. Apa yg aku nak kisahkan kat sini bukannya pasal suasana berhari raya tapi aku nak kongsi kisah aku sekeluarga ketika pulang ke Terengganu dan balik semula ke Ipoh pada musim perayaan baru-baru ni..

Kami memulakan perjalan pulang ke Terengganu dari Ipoh sehari sebelum raya.. kami bertolak dlm pukul 11.30 pagi dan alhamdullilah selamat sampai di rumah mak aku di Gong Pasir yg berada didlm daerah Bandar kecik Dungun dlm pukul 9 malam.. begitu jauh rasanya nak sampai..

Kami kelaur dari tol Simpang Pulai melalui lebuhraya utara selatan menuju ke arah KL dan masuk ke tol Tanjung Malim dan melalui jalan lama sehingga ke Batang Kali sebelum mendaki Genting Highland dan keluar ke Lebuh Raya Karat dan kemudiannya meyusuri Lebuh Raya Pantai Timur  sehingga ke Sg. Ular di Kuantan dan melalui jalan biasa sehingga la sampai di Dungun.. Tol dari Ipoh ke Tangjung Malim kira2 RM15.80 dan tol di Lebuh Raya Karat RM3 dan seterusnya tol di  Lebuh Raya Pantai Timur ialah RM21. Suasana di lebuh raya utara selatan ketika kami menghala ke KL agak lenggang tapi sebaliknya di arah bertentangan.. sumer org faham sebab apa kan?? So tak payah la aku terangkan, korang boleh imagine sendiri.. so dgn lalalala.. nya kami meneruskan perjalanan.

Sampai di rumah mak aku, dah lepas waktu berbuka puasa so sumer org dah kenyang kecuali keluarga kami.. kami terus ke dapur dan soru… sebenarnya kami malas nak berenti singgah dimana-mana untuk makan lagipun dengan kerenah anak2 kami, aku malas nak handle derang… lagipun aku ada bby kecik atas riba.. (banyaknya alasan aku …)Tapi tak pe bila aku bukak kuali kat dapur, aku tgk dah ada rendang ayam.. fuhhhh.. meleleh air liur aku.. terus makan je la… Untuk raya besoknya , mak aku masak rendang daging pulak… fuhhhh best….

So seperti yang aku katakana aku taknak ceritakan suasana kami beraya.. cerita dah basi.. aku cuma nak ringkaskan aje.. Hari raya mcm, biasa ahhh.. selepas sembahyang raya kami bersalam-salaman, kuar duit bagi duit raya kat anak2 buah… anak aku pun dapat duit raya jugak so adil dan saksama la kiranya.. lps tu seperti biasa selepas makan beramai-ramai kami akan konvoi 5-7 bijik keta aktiviti meyerang rumah sedara mara.. Tahun ni kakak aku yg paling tua dan abang aku tak join sama sbb depa balik rumah mertua masing2.. opps lupa nak mention yg ahli keluarga aku besar.. aku anak ke-4 dari 8 org adik beradik, 2 lelaki dan 6 pompuan, sumer dah kahwin kecuali yg bongsu, cucu mak aku dah ada 19 org dah , lagi dua on the way, insayallah, sorang hujung tahun ni dan sorang lagi awal tahun depan. Biasanya hari raya pertama kami mmg tak lekat dirumah.. kami serang rumah sedara mara dulu.. tu yg biasanya makanan kat rumah tak habis2 ( mak bising kata mak dah malas nak masak bila raya sbb kitaorg makan dirumah org lain dulu.. so makanan selalu tak habis…). Apa2 hal pun masakan mak kitaorg ni tetap yang the best!!!!!!

Satu lagi yg aku nak kongsi ialah aku berasa kecewa skitt sebab aktiviti bergambar kami tahun ni tak sesempurna seperti tahun lepas dan lagi satu masa nak amik gambar aku, suami dan anak2, anak bongsu aku Akhil, 4 bulan dah tak pakai baju melayu sebabnya masa pagi tu sebelum bergambar tu baju dia basah sebab kencing dalam buaian kerana baringannya senget!!!..

Ini la gambar keluarga masa raya baru2 ni.. (Informal je..)
 
Yang ni pulak masa hari raya kedua di rumah adik kedua aku,. dia wat rumah terbuka utk ahli keluarga je.. makan nasi minyak.. best !!!!!

 
Ni gambar aku tgh mengumpul awok-awok kapal untuk di amik gambar:













Photographer tahun ni adalah adik bongsu aku (Azreen bin Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Neerza Gates di facebook.. hhiiiiii)  bersama kamera digital barunya. 
Ni lagi gambar family aku
 Ni gambar mak aku dan adik aku (tuan rumah) dan jgn lupa yang meyelit kat blakang tu adalah wani anak dara kedua aku..

 Ni gaya wani persis ala2 supermodel terkenal.. yg duk tgh pening kat belakang hujung sebelah kanan tu ayah aku.. the handsome man in town satu ketika dulu.. yg duk kat depan ayah aku tu adalah besan dia..dan yang duk sebelah kiri yg berbaju hitam tu adalah the latest adik ipar aku yg baru join the group akhir tahun lepas. Yang duk mencangkung kat belakang nunnn, adik no.1 aku bersama suami dan anak2 tgh duk tenung ikan dalam kolam..( sampai ikan pun hilang selera nak makan..)


 Yang ni pulak gaya anak bongsu aku.. tgh neneng!!
 


 Lagi gaya anak dara aku: si wani



 Anak lelaki aku : nasrul



 Anak sulong aku: Intan

Dan ini pulak gabungan 2 orang anak dara aku

Next, kisah kami Pulang Beraya Dari Terengganu pulak!!!


Wednesday, October 6, 2010

CeRPeNG edisi Ganu Kite

Dok pahang setarang...

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu,
“Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah. Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh. Mamat pong ketok pitu masok.

Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.
“I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir. Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat.
“Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?”
löyar tu tanye Mamat. Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang! Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh!
Pecöh bo! Orang jamang lenim tkata “kantoi”! Hua hua...

Tuesday, October 5, 2010

mengenal kelemahan lelaki -Dr.HM Tuah

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Endless Love - Lionel Richie & Diana Ross

Wat koleksi lagu evergreen la plak!!
KLIK DISINI
Lionel Richie & Diana Ross - Endless Love.mp3

ENDLESS LOVE (Diana Ross and Lionel Ritchie)

My love, there's only you in my life,
The only thing that's right.
My first love, you're every breath that I take,
You're every step I make.
And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.

Two hearts, two hearts that beat as one.
Our lives have just begun.
Forever, I'll hold you close in my arms,
I can't resist your charm.
My love, I'll be a fool, for you I'm sure,
You know I don't mind.
Cause you, you mean the world to me.
Oh, I know I've found in you, my endless love.

And love, I'll be that fool, for you, I'm sure.
You know I don't mind.
And yes, you'll be the only one.
Cause no one can deny,
This love I have its fine.
I'll give it all to you,
My love, my love, my endless love.


Adam Lambert: Whataya Want From Me

Lagu pilihan aku pada petang yang membosankan ketika ini..
KLIK DIBAWAH UNTUK MENDENGAR!!!

03 Whataya Want From Me.mp3




Adam Lambert: Whataya Want From Me Lyrics

Hey, slow it down whataya want from me
Whataya want from me
Yeah I'm afraid whataya want from me
Whataya want from me

There might have been a time
When I would give myself away
Oooh once upon a time I didn't give a damn
But now, here we are so whataya want from me
Whataya want from me

Just don't give up I'm workin it out
Please don't give in, I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me
Whataya want from me

Yeah, it's plain to see (plain to see)
that baby you're beautiful
And there's nothing wrong with you
(nothing wrong with you)
It's me, I'm a freak (yeah)
but thanks for lovin' me
Cause you're doing it perfectly
(it perfectly)

There might have been a time
When I would let you slip away
I wouldn't even try
But I think you could save my life

[ From: http://www.metrolyrics.com/whataya-want-from-me-lyrics-adam-lambert.html ]


Just don't give up I'm workin' it out
Please don't give in, I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep comin around
Hey, whataya want from me (Whataya want from me)
Whataya want from me (Whataya want from me)

Just don't give up on me
(uuuuuuh) I won't let you down
No, I won't let you down

(So hey) just don't give up
I'm workin it out
Please don't give in,
I won't let you down
It messed me up (It messed me up)
Need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me

Just don't give up I'm workin' it out
Please don't give in, i won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me

Nuffnang dah marah!!!!!

Surat pekeliling dari nuffnang!!!


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

P/S: sapa la punya kerja ni.. aku baru je nak berjinak-jinak ngan abang nuffnang ni, ada plak malaun yg potong stim!!!


Dear Nuffnangers,

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We've noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers' ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors' help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.
Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

Cheers
Robb Chew
Blogger Relations Department
Nuffanng Sdn Bhd

Monday, October 4, 2010

Banduan kegersangan (lawak mmg hampeh)

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,

"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

ADR(Alat Dalam Rahim)

Kali ni aku nak berkongsi artikel tentang ADR ataupun alat dalam rahim untuk mencegah kehamilan.. Sebab musabab kenapa aku nak berkongsi artikel ni adalah sebab masa dulu-dulu, masa lps first time aku bersalin, aku dapat info yang salah tentang cara pemakaian alat ni..

So pada sesiapa yang nak dapatkan info tentang ADR ni boleh la baca artikel ni di sini:

Apakah Alat Dalam Rahim (ADR) ?
Alat Dalam Rahim (ADR) adalah sejenis alat yang dimasukkan dalam rahim untuk mencegah kehamilan.

Bagaimana ADR boleh mencegah kehamilan ?
ADR menghalang proses persenyawaan dengan mengganggu perjalanan sperma hingga tidak dapat bercantum dengan telur.

Bagaimana cara menggunakannya?
Doktor akan membuat pemeriksaan pelvik dan memasukkan ADR ke dalam rahim.

Bilakan ADR dimasukkan ke dalam rahim ?
Masa yang sesuai untuk memasang ADR ialah:
  • Pada penghujung kedatangan haid
  • Selepas 6 minggu bagi ibu yang bersalin melalui faraj
  • Selepas 3 hingga 6 bulan sekiranya bersalin secara pembedahan
Adakah pembedahan perlu dijalankan ?
Pembedahan tidak diperlukan .ADR dipasang ke dalam rahim dengan mudah dan memerlukan masa yang singkat

Sejauh mana alat ini berkesan mencegah kehamilan ?
ADR sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.Keberkesanannya  hampir 100% dan setanding pil serta suntikan.

Berapa lamakah ADR boleh digunakan?
ADR boleh digunakan bagi tempoh 3 hingga 10 tahun mengikut jenis yang boleh digunakan.Jika inginkan anak lagi ADR boleh dikeluarkan.  Walaubagaimanapun, ini hendaklah dilakukan atas nasihat doktor.

Apakah kesan sampingannya?
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah darah haid keluar sedikit-sedikit selama beberapa hari. Kadang-kadang lebih banyak dari haid biasa.Terdapat juga ibu-ibu yang mengalami sakit pinggang , sakit ari-ari dan kejang ketika keluar haid.
Kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat.Sekiranya kesan sampingan ini berlanjutan, ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat petugas kesihatan yang terdekat.Walaubagaimanapun kejadian ini jarang berlaku. 
 Petang ni aku wat appointment nak pi insert benda alah ni.. wish me GOOD LUCK!!!!
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker