RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Showing posts with label Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO WANI

Dah lama betul aku tak menaip blog.. Fuhh

Takde apa yang nak diceritakan disini cuma post kali ni adalah masih mengenai anak-anak ibu...
Nak sertakan gambar celebrating birthday Wani yang ke empat pada 11.11.2012 yang lalu.. majlis yang teramat simple , yang penting semua ahli keluarga dapat merasa kek.  Mungkin ada anak2 ibu yang akan tertanya, kenapa asyik2 pasal birthday wani aje, sedangkan birthaday anak ibu yang lain tak pernah pun ibu ceritakan ataupun post kat blog kita ni.. Entahlah.. ibu pun x dapat menjawab.. bukan ibu pilih kasih tapi mungkin sbb tarikh lahir wani tu yang menjadikannya kebetulan.. Sorry yer.. anak2 ibu yang lain pun ada keistimewaanya.. Klau bukan pasal birthday pun, perihal anak2 ibu yang lain pun banyak ibu coretkan kan sini..

Di bawah ni ada beberapa gambar yg sempat ibu snap untuk tatapan kita semua.. So enjoy..

Excited nak pasang lilin jugak..


Dah tiup lilin birthday tu..


Ini la rupa kek tu..  takde tulis nama pun.. beli on the spot je

 
 Comot makan kek


Ini yang ibu punyer..

Wani suruh snap gambar dia lepas dah lap mulut ..
 
Kita layan video plak..
 


Hari Pertama Persekolahan Tahun 1 Intan

Kenangan hampir setahun yang lalu semasa hari pertama persekolahan Intan Nurliyana di Sekolah Kebangsaan Juru, Pulau Pinang. Gambar ni diambil ketika hendak menaiki kereta dari rumah ke sekolah.

Gembira bercampur sedih melihat anak sulong ibu ni sorang sudah melangkah ke alam persekolahan. Rasanya ibu yang terlalu risau takut anak ibu ni tak dapat sesuaikan diri di alam yang baru ini. Sepatutnya ibu memberi kepercayaan kepada anak ibu ini untuk terus berdikari dan terus melangkah ke alam kedewasaan Intan.
Gambar ni diambil ketika sesi perhimpunan ... menunggu nama di panggil untuk pembahagian kelas.




 Pertama kali Intan melangkah ke kelas di tahun 1. Kelas 1 Abidin... Takut dan sayang nak biarkan Intan berada di kelas, sedangkan ibu terpaksa menghadiri sesi taklimat untuk ibu bapa di kantin sekolah.


 Sesi ujian menentukan kelayakan kelas tahun 1. Ibu bimbang jika Intan tak dapat menjawab soalan ujian. Ibu tak kisah Intan berada di kelas mana dan tahap mana pun asalkan Intan mahu belajar dan jadi pelajar yang baik di sekolah.




Itulah kenangan hari pertama Intan berada di Sekolah Kebangsaan Juru. Ibu doakan semoga Intan menjadi anak yang baik dan cerdik disamping sentiasa menghormati guru dan rakan-rakan. Insayallah...

Tuesday, November 29, 2011

Salah ke aku menangis bila kali pertama....

Salah ke kalau aku menangis pada hari pertama aku tinggalkan anak sulong aku dalam jagaan pengasuh (6 tahun yang lalu)?
 Salah ke aku menangis jika kali pertama aku lihat anak aku mendapat injection?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku melangkahkan kakinya ke tadika?
Salah ke aku menangis semasa kali pertama melihat anak aku menyertai aktiviti pembarisan di sekolahnya?
Salah ke aku menangis sebak semasa pertama kali melihat anak aku melangkah kaki ke pentas menerima sijil tamat sekolah tadikanya pada majlis convocationnya yang lalu?
Salah ke aku menangis melihat persembahan pentas anak aku buat pertama kalinya.. ?
Salahkah aku menangis masa pertama kali anak sulong aku tercabut gigi susunya (28.11.2011) ..
Salah ke aku menangis sebagai seorang ibu yang sebak melihat anaknya membesar di depan matanya sendiri..
Dan Salahkah aku menangis ketika menulis nota ini...?

Kini ku faham bagaimana sebak seorang ibu yang melihat seorang anak yang dikandungkan dan dilahirkan membesar di depan mata..

Buat anak ibu, Intan Nurliyana Binti Badri..
Membesarlah dengan sihat dan ceria
Ibu relakan kedewasaan mu menjelma dan ibu doakan semoga perjalanan hidupmu dilimpahi rahmat dan dipenuhi keberkatan.

Friday, November 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO WANI (11.11.11)

Hari ni 11.11.11 adalah hari ulang tahun kelahiran  ke-3 anak perempuan aku, anak ketiga dalam adik beradik iaitu INTAN NURSYAZWANI BINTI BADRI (WANI).. Hari ni dan  detik ni adalah detik yang paling bermakna buat wani  walau pun dia tak mengerti apa-apa pun tentang tarikh keramat yang menjadi tarikh bersejarah dalam hidupnya..

SELAMAT HARI ULANG TAHUN WANI...

Telatah wani yang manja dan kdang2 mengada-mengada menjadi ingatan pada ibu dan abah sehingga akhir hayat kami..
Bagaimana agaknya sikap dan telatah wani pada 2-3 tahun yang akan datang?? rasanya, ibu akan merindui sikap dan telatah wani waktu usia wani seperti sekarang ni.. walaupun kadang2 sikap wani yang kadang2 membuat ibu dan abah naik angin, tapi sikap itu lah yang PASTINYA akan kami rindui 3-4 tahun yang akan datang..

Sungguh manis sekali wajahmu pada pandangan ibu dan abah.. Kau la ratu kedua kami selepas kakakmu intan..

Ibu terbayang-bayang cara wani  mengungkapkan ucapan 'good nite' dan ' i love u' pada kami berdua sebelum wani melangkah keluar dari bilik kami menuju ketempat pembaringan mu, di depan tv, diruang tamu rumah kita tu... Pastikan TV sentisa di'on'kan bila wani tidak melelapkan mata. TV itu la yang menjadi peneman wani setiap malam, dan juga peneman wani di kala siang .. pendek kata selagi wani tidak tidur, jangan sekali-kali ditutupkan tv tu.. dan setiap kali wani celik mata, setiap kali itu la tv mesti sentiasa terpasang..




Wani tak banyak meyusahkan ibu dan abah.. Wani boleh bergantung pada diri sendiri. Ibu percaya wani akan menjadi seorang yang lebih independent apabila besar nanti.. Wani tak kisah pun tidur sorang2 di ruang tamu rumah kita tu.. asalkan TV sentisa terpasang.. Ibu harapkan dan doakan semoga wani menjadi seorang wanita yang tabah dan boleh berdiri atas kaki sendiri untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat nanti.. insayallah.

Satu lagi yang menjadi identiti diri wani pada kami ketika ini ialah perkataan 'dua'.. dalam pelat wani ianya berbunyi 'uwaee'... ok la tu.. kakak intan dulu kalau meyebut 'dua' mesti bunyinya akan jadi 'araee'.. jauh benor bunyinya......





Bila wani minta makan.. mesti nak dua, nasi mesti disenduk 2 kali ke pinggan wani, ikan mesti di cubit dua untuk wani.. pendek kata semua dua la.. Bila beraksi nak bergambar pun  mesti nak tunjuk dua jari..  bukannya bermaksud 'peace' mcm orang lain buat.. tapi apa yang wani faham ialah bergambar sambil menunjuk simbol 'dua'..













Kadang2 je bagi simbol 'satu'.. agaknya dia faham yang dia sekarang hidup dalam dunia penuh dengan istilah 'satu'.. Satu bangsa, Satu negara dan Satu malaysia..  dan tak lupa juga Kiblat yang satu..

Tahun lepas bersempena ulang tahun kelahiran wani yang kedua pun, ibu ada menulis tentang wani.. Cuba try tengok kat sini KLIK DI SNI.. Tekan jer
Akhir kata, seperti tujuan blog ini ibu cipta untuk tatapan keluarga kita terutamanya anak-anak ibu, ibu harapkan apa yang ibu tidak mampu sampaikan kepada kalian dapat kalian tatap suatu hari nanti disini.  Dan seperti anak-anak ibu yang lain juga, ibu doakan semoga perjalanan hidup wani di permudahkan oleh-Nya, di murahkan rezki, di beri kecerdikan dan kesihatan yang baik. Semoga wani akan menjadi anak yang solehah, seorang muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.. mungkin ibu tak mampu menjadi seorang ibu yang baik mahupun seorang pendidik yang berjaya tapi apa yang ibu harapkan adalah semoga wani dan anak-anak ibu yang lain mampu menjaga diri sendiri dan pandai membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Doa ibu sentiasa bersama kalian.

Friday, September 9, 2011

Cukup ke 4???

Fuyooo... dah lama benor rasanya aku tinggalkan saat2 menconteng arang di blog aku ni...  so hari ni bersempena bulan syawal ni.. (ada kaitan ke???) aku nak buat contengan tentang isu2 yang selalu dibangkitkan pada aku oleh kekawan , rerakan dan kekeluarga... Ianya berkisahkan tentang zuriat/cahayamata/anak/permata aku yang 4 orang tu.. 2 anak dara dan 2 orang anak teruna aku tu.

aku ni kerap ditanya anak dah berapa org? cukup ke? bila lagi nak tambah? bila lagi nak beranak kecik? dan yang paling best tu.. "akak  tak nak anak kerajaan ke? Rugi kalau tak nak.. akak ada quato 5 lagi.." . Mentang2 la 4 orang anak aku tu, aku beranak masa aku kerja di swasta dan skrg aku dah kerja goment, soalan mcm tu pun depa bleh tanya kan? kan? kan?

Sbnarnya soalan tentang projek mega tentang penambahan anak ni mmg soalan favorite org2 kita terutamanya geng2 pompuan. Dan aku plak mmg kerap ditanya sejak dari beranak satu lagi.. tapi yang nak di storykan kat sini ialah, setiap kali aku ditanya begitu.. aku mesti jawab "dah tak nak" atau ' tgk je la 5-6 tahun lagi"..  Tapi setiap kali tu la aku mesti mengandung lagi... Dah rezki tuhan nak bagi... yang sebenornya aku planning nak sepasang je.. so setiap kali termengandung aku mesti macam ala2 kecewa gitu... tapi sekarang tidak lagi!!!!! Allah itu Maha Kaya... Subhanallah..

Nak dijadikan cerita.. (Entah la aku pun tak berapa reti nak cerita sebenarnya...) Tak pe la.. aku cuma nak pesan pada sapa2 yang ada anak tu dan yang termengandung anak HALAL bersyukurlah dan terima dengan redha rezki anak yang Allah bagi kat kita tu.. Sebab aku sendri dah melaluinya... 4 tahun berturut-turut beranak non-stop dan cuma anak yang ke 5 tu aje tingkat  1 tahun , itupun sebab anak yg ke 4 tu beranak akhir tahun...

Disini juga aku nak kongsi cerita sedih aku pada tahun 2006 : http://ruangankeluargakita.blogspot.com/2010/03/sebenarnya-coretan-ni-aku-tulis-selepas.html

so now, bila sapa2 tanya aku, cukup ke 4? Aku akan tukar jawapan aku yang dah aku rekod sejak tahun 2005 tu kepada jawapan yang baru.. aku akan jawab.. Insayyalah jika tuhan izinkan.. aku akan terima dengan redha sebab aku percaya dan yakin Allah akan berikan yang terbaik pada kami dan anak-anak.
Tapi dalam masa yg sama PRECAUTION tetap ada.. heheheehe...

Thursday, November 18, 2010

FAKTA KELUARGA (Tentang anak-anak kami)


Dengan bacaan : Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Hanya Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui tentang segala-galanya..

Fakta 1
Buat masa sekarang anak kami selang bunga (kata orang la..) iaitu anak sulong pompuan, then diikuti dengan anak lelaki, kemudian anak pompuan, then alhamdullilah baby yang terbaru ni adalah baby lelaki.

Fakta 2
Kedua-dua nama anak pompuan  kami di mulai dengan nama Intan Nur....., iaitu Intan Nurliyana anak pertama kami, then adik pompuannya pulak Intan Nursyazwani. Actually termasuk la juga anak pompuan aku yg tidak bersama kami di dunia ini iaitu Intan Nuraisyah.

Fakta 3
Kedua-dua nama anak lelaki lelaki kami pulak di mulai dengan Mohamad ........dan akhiri dengan Danish. Anak Jantan kami yg paling tua ialah Mohamad Nasrul Danish dan yang terakhir Mohamad Akhil Danish yang baru berumur 2 bulan ketika artikel ni aku tulis.

Fakta 4
Kedua-dua anak pompuan aku lahir 3 minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu dalam minggu ke 37.

Fakta 5
Anak-anak lelaki aku pulak sumer dikategorykan sebagai bayi pramatang ataupun premature sebab lahir sebelum minggu ke 37. Nasrul lahir dalam minggu ke 35 dan akhil pulak pada 34 minggu dan 2 hari... Sumer anak jantan aku tak sabar nak kuar  sebab nak menge"ROCK" kan hidup kami laki bini.

Fakta 6
Aku tak pernah pun sempat pegi maternity checkup appointment yang seminggu sekali tu..  awal pregnancy biasanya apointment checkup sebulan sekali then masuk minggu ke 28-30, biasanya 2 minggu sekali then bila masuk minggu ke 36, appointment biasanya seminggu sekali la pulak.. Biasanya masa tu aku dah terberanak!!!!

Fakta 7
Intan Nurliyana lahir pada pukul 2.30 pagi pada 29hb April 2005 dan seorang lagi bayi yang aku lahirkan yang tidak bersama kami ketika ini iaitu Intan Nuraisyah dilahirkan pada jam 2.50 pagi pada 2hb Jun 2006 tetapi ketuban aku pecah pada pukul 2.30 pagi.. dan fakta ini aku amat pasti sebab aku sendiri yg merasakan ketubanku pecah dan aku sendiri yang melihat jam yang berada di dinding di hadapanku pada ketika itu. Dan paling menakjubkan (bagi diri aku ler...) kedua-duanya lahir pada pagi Jumaat.

Fakta 8
Kedua-dua anak lelaki aku lahir lebih kurang pada waktu yang sama, iaitu Nasrul di lahirkan pada jam 4.30 pagi pada 19hb May 2007, manakala Akhil pulak selamat dilahirkan pada jam 4.54 pagi pada 2hb May 2010.

Fakta 9
Kedua-dua anak lelaki aku mempunyai berat yang sama ketika dilahirkan iaitu 3.1 kg.

Fakta 10
Jarak umur diantara Nasrul dan Wani dan juga jarak umur diantara Wani dan Akhil adalah lebih kurang sama iaitu 18 bulan.

Fakta 11
Kedua-dua anak lelaki aku lahir dalam bulan May iaitu Nasrul dilahirkan pada 19hb May 2007, manakala Akhil pula lahir pada 2hb May 2010.

Thursday, November 11, 2010

SELAMAT HARI JADI WANI

Hari ni (11/11/2010) Birthday yang ke-2  untuk anak ketiga aku iaitu:
INTAN NURSYAZWANI BINTI BADRI


Ibu doakan semoga hidup wani di permudahkan oleh Nya dan disinari kebahagian
Semoga cita-cita wani suatu hari nanti akan tercapai dengan izin-Nya
Ibu sayang anak-anak ibu
Happy birthday Wani dan semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki
Amin..


Profile lengkap wani boleh di view DI SINI

Thursday, October 7, 2010

Pulang Beraya Dari Terengganu

Kalau post yang sebelum ni aku ceritakan tentang Pulang Beraya ke Terengganu kali ni aku nak ceritakan pulak kisah perjalanan balik dari Terengganu ke Ipoh pada hari raya ke-empat..

Aku ni dah la balik kg setahun skali, so bila dah terpaksa balik dr kg mmg berat la skit kaki nak melangkah.. bab2 sedih2 yg aku malas nak tulis ni.. (so kita skip bahagian yg sedih tu..)


Kami bertolak kuar dari rumah mak ayah dlm kul 12 tgh hari dan sampai dirumah kami di Ipoh dalam kul 11.45 malam.. kira2 12 jam la jugak.. siap berenti makan tgh hari kat R&R Gambang di Kuantan. Seperti biasa bila nak makan di luar bersama anak2 tersayangggggg ni, kami terpaksa amik turn.. bila aku dah siap order makan dan minum.. baby kecik tu pas kat aku ler.. then suami dan anak2 akan makan dulu... suasana kat R&R hari tu mmg sibuk dan ramaiiiiiiiii sgt org.. kira2 cam berserabut la dan ditambah pulak dengan kerenah 'askar-askar' kami 3 org tu (tak termasuk bby aku) lagi la haru biru.. Start dari nak makan sampai la aktiviti menukar diapers budak2 tu... Dah la masa tgh makan tu depa bergaduh pastu asyik makan bersulam air, smpai kesian aku tgk laki aku duk melayan kerenah budak 3 org tu.. aku masa tu sibuk ribakan baby aku tu kat meja bersebelahan dengan depa berempat.. aku perati je la... Masa anak2 aku buat hal, dengan menjeritnya, dgn kelibat dan gaya yg susah aku nak explain.. aku rasa malas aku nak gi dekat dgn derang ni.. biar org ingat aku ni bukan datang sekali ngan depa.. hiiii..(nasib baik aku duk kat meja lain... hiii)


Dah tu bila turn aku bawak budak2 ni gi tandas pun depa wat hal jugak.. berlari sini, berlari sana.. risau gak aku, takut depa hilang.,. dah la tgh ramai sgt org.. crowded giler, cuaca panas terik lak tu..

Dah selesai sumer, baru kami teruskan perjalanan.. hentian seterusnya ialah di R&R Genting Sempah. Normally kami akan sampai kat sana hampir kul 7 malam, so kami berenti disitu untuk berehat dan buang apa2 yang patut...(faham2 je la..) Selepas waktu maghrib baru kami mula mendaki Genting Highland untuk sampai ke Batang Kali.. kira2nya Genting Highlan ni jambatan untuk kami seberang dari Timur ke Barat dan Barat ke Timur..


Sampai di Tanjung Malim, kami decide taknak kuar ikut highway lagi, kami nak teruskan perjalanan sampai ke bandar Tanjung Malim untuk singgah makan di sebuah restoran yg jual pau terkenal tu..(the famous pau in town), aku rasa ramai yag tahu pasal restoran cina ni... So tak payah la aku promote lagi..

Sampai kat situ dah kul 9+++ malam.. restoran pun dah nak tutup, aku beli tapau je la.. hasrat hati suami aku nak makan pau kaya tapi dah habis.. aku pulak nak makan mee kari tapi memandangkan macam dah lewat, so abaikan lah dulu..( maybe next time kut..).. akhirnya kami dapat makan pau kacang dan minum kopi ais... fuhhh.. mmg kaw-kaw kopi dia tapi sorry have to condence about that pau kacang!!! hu.huuu..


Kemudian kami teruskan perjalanan dengan keluar dari Tol Behrang dan ikut South east highway sampai ke tol Simpang Pulai sebelum sampai ke rumah kami.. rega tol dia RM15.80.. Masa tu sumer anak2 aku dah tido cuma aku dan suami je yg berjaga.. ye la, aku jadi co-pilot temankan suami dan suami aku pulak kan supir.. kalau dia pun tido.. faham2 je la!!!


Ni gambar anak2 kami dalam keta.. kesian depa.. maklum la keta dah jadi kecik dan sempit.. anak dah ramai!!!








Pulang Beraya ke Terengganu

Hari ni jadual kelas aku takde la padat sgt so adalah peluang untuk aku update kan blog aku dan buat post baru.. entri aku kali ni agak ketinggalan zaman dan dah basi, maklum la org dah nak habis mood beraya aku baru nak ceritakan tentang perjalanan balik beraya aku di kampong aku di rumah mak ayah aku di Dungun Terengganu.. Apa yg aku nak kisahkan kat sini bukannya pasal suasana berhari raya tapi aku nak kongsi kisah aku sekeluarga ketika pulang ke Terengganu dan balik semula ke Ipoh pada musim perayaan baru-baru ni..

Kami memulakan perjalan pulang ke Terengganu dari Ipoh sehari sebelum raya.. kami bertolak dlm pukul 11.30 pagi dan alhamdullilah selamat sampai di rumah mak aku di Gong Pasir yg berada didlm daerah Bandar kecik Dungun dlm pukul 9 malam.. begitu jauh rasanya nak sampai..

Kami kelaur dari tol Simpang Pulai melalui lebuhraya utara selatan menuju ke arah KL dan masuk ke tol Tanjung Malim dan melalui jalan lama sehingga ke Batang Kali sebelum mendaki Genting Highland dan keluar ke Lebuh Raya Karat dan kemudiannya meyusuri Lebuh Raya Pantai Timur  sehingga ke Sg. Ular di Kuantan dan melalui jalan biasa sehingga la sampai di Dungun.. Tol dari Ipoh ke Tangjung Malim kira2 RM15.80 dan tol di Lebuh Raya Karat RM3 dan seterusnya tol di  Lebuh Raya Pantai Timur ialah RM21. Suasana di lebuh raya utara selatan ketika kami menghala ke KL agak lenggang tapi sebaliknya di arah bertentangan.. sumer org faham sebab apa kan?? So tak payah la aku terangkan, korang boleh imagine sendiri.. so dgn lalalala.. nya kami meneruskan perjalanan.

Sampai di rumah mak aku, dah lepas waktu berbuka puasa so sumer org dah kenyang kecuali keluarga kami.. kami terus ke dapur dan soru… sebenarnya kami malas nak berenti singgah dimana-mana untuk makan lagipun dengan kerenah anak2 kami, aku malas nak handle derang… lagipun aku ada bby kecik atas riba.. (banyaknya alasan aku …)Tapi tak pe bila aku bukak kuali kat dapur, aku tgk dah ada rendang ayam.. fuhhhh.. meleleh air liur aku.. terus makan je la… Untuk raya besoknya , mak aku masak rendang daging pulak… fuhhhh best….

So seperti yang aku katakana aku taknak ceritakan suasana kami beraya.. cerita dah basi.. aku cuma nak ringkaskan aje.. Hari raya mcm, biasa ahhh.. selepas sembahyang raya kami bersalam-salaman, kuar duit bagi duit raya kat anak2 buah… anak aku pun dapat duit raya jugak so adil dan saksama la kiranya.. lps tu seperti biasa selepas makan beramai-ramai kami akan konvoi 5-7 bijik keta aktiviti meyerang rumah sedara mara.. Tahun ni kakak aku yg paling tua dan abang aku tak join sama sbb depa balik rumah mertua masing2.. opps lupa nak mention yg ahli keluarga aku besar.. aku anak ke-4 dari 8 org adik beradik, 2 lelaki dan 6 pompuan, sumer dah kahwin kecuali yg bongsu, cucu mak aku dah ada 19 org dah , lagi dua on the way, insayallah, sorang hujung tahun ni dan sorang lagi awal tahun depan. Biasanya hari raya pertama kami mmg tak lekat dirumah.. kami serang rumah sedara mara dulu.. tu yg biasanya makanan kat rumah tak habis2 ( mak bising kata mak dah malas nak masak bila raya sbb kitaorg makan dirumah org lain dulu.. so makanan selalu tak habis…). Apa2 hal pun masakan mak kitaorg ni tetap yang the best!!!!!!

Satu lagi yg aku nak kongsi ialah aku berasa kecewa skitt sebab aktiviti bergambar kami tahun ni tak sesempurna seperti tahun lepas dan lagi satu masa nak amik gambar aku, suami dan anak2, anak bongsu aku Akhil, 4 bulan dah tak pakai baju melayu sebabnya masa pagi tu sebelum bergambar tu baju dia basah sebab kencing dalam buaian kerana baringannya senget!!!..

Ini la gambar keluarga masa raya baru2 ni.. (Informal je..)
 
Yang ni pulak masa hari raya kedua di rumah adik kedua aku,. dia wat rumah terbuka utk ahli keluarga je.. makan nasi minyak.. best !!!!!

 
Ni gambar aku tgh mengumpul awok-awok kapal untuk di amik gambar:













Photographer tahun ni adalah adik bongsu aku (Azreen bin Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Neerza Gates di facebook.. hhiiiiii)  bersama kamera digital barunya. 
Ni lagi gambar family aku
 Ni gambar mak aku dan adik aku (tuan rumah) dan jgn lupa yang meyelit kat blakang tu adalah wani anak dara kedua aku..

 Ni gaya wani persis ala2 supermodel terkenal.. yg duk tgh pening kat belakang hujung sebelah kanan tu ayah aku.. the handsome man in town satu ketika dulu.. yg duk kat depan ayah aku tu adalah besan dia..dan yang duk sebelah kiri yg berbaju hitam tu adalah the latest adik ipar aku yg baru join the group akhir tahun lepas. Yang duk mencangkung kat belakang nunnn, adik no.1 aku bersama suami dan anak2 tgh duk tenung ikan dalam kolam..( sampai ikan pun hilang selera nak makan..)


 Yang ni pulak gaya anak bongsu aku.. tgh neneng!!
 


 Lagi gaya anak dara aku: si wani



 Anak lelaki aku : nasrul



 Anak sulong aku: Intan

Dan ini pulak gabungan 2 orang anak dara aku

Next, kisah kami Pulang Beraya Dari Terengganu pulak!!!


Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker