RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Showing posts with label Himpunan Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Tutorial. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Tips Ringankan Blog Anda

Tutorial ni aku ciplak dari blog once.i.talk.Tentunya semua pembaca atau pengunjung menginginkan masa capaian yang pantas untuk load ke blog-blog yang ingin dilawati. Lebih mudah jika kita kata, blog yang ringan. Blog yang baik tidak terlalu bergantung kepada paparan yang cantik atau entri yang menarik saja. Di sini si blogger ni ada membuat sedikit penyelidikan terhadap masa yang diambil untuk load ke sesebuah blog tersebut. Sebenarnya, banyak cara untuk kamu semua mengurangkan saiz blog kamu. Seeloknya bawah 100KB.

Memang menakjubkan! Kamu semua boleh cuba.

1. Paparkan 2 atau 3 entri sahaja untuk satu page.
2. Jangan paparkan logo blogspot atau logo-logo rasmi blog kamu semua pada ruangan bloglist.

Buktinya : 

Sebelum
bloglist dengan logo blogspot
Saiz blog dengan logo blogspot


Selepas
Tiada logo blogspot
Saiz blog apabila tiada logo blogspot
Kamu semua boleh cuba meringankan blog kamu semua dengan guna cara yang dicadangkan.Semoga berjaya.Sekiranya kamu semua ingin mengukur sejauh mana kebenarannya, kamu semua boleh guna tools Website Speed Test.

Saturday, October 16, 2010

Cara insert gambar pada shoutmix box

Langkah Pertama : 
Ok bagi yang dah ada akaun shoutmix terus jer login. Yang belum ada akaun kena daftar terlebih dahulu...


Langkah kedua : 
Apablia keluar paparan seperti gambar dibawah ini cari Display > klik Smileys seperti  kotak bertanda merah....

Langkah ketiga : 
Paparan Smileys di pamerkan.... Tengok kotak dibawah yang bertanda merah....so apa perlu buat ialah anda insert ler url link gambar yang anda copy dari mana2 dan paste ke dalam kotak Smileys image url... next tulis perkataan yang sesuai  dalam kotak Code > Optional > klik butang Add. Dah siap klik butang save setting . 

p/s : kalau nak cari pelbagai gambar menarik cuba search dalam google atau mana2 web taip kata kunci Animation Gif...... pastu pilih ler mana web yang kuar nanti... Dan satu lagi untuk memudahkan anda ambil gambar2 tu... caranya pada gambar pilihan klik atas gambar > mouse klik belah kanan > klik copy image URL dan insert dalam kotak Smiley image url disediakan.....

Sunday, September 26, 2010

Template Blog Untuk Mesra SEO

Template blog boleh membantu mesra SEO? Ape makna SEO (Search Engine Optimization) ? Ia adalah rankaian proses yang sistematik bertujuan meninggkatkan Trafik dari mesin pencarian melalui suatu keywords(kata kunci) untuk dipaparkan pada halaman utama disuatu ejen pencarian seperti Google,yahoo dan sebagainya.Memang tidak dinafikan,kebanyakan blogger kita sering menggunakan keywords sebagai cara utama untuk pembikinan trafik yang mendadak.Bagi aku,cara terbaik untuk mencari keywords yang bagus,korang cari isu-isu terkini,maklumat dan tips.Sebabnye...Ramai pengguna internet dinegara kita ni menggunakan internet sebagai cara utama untuk mendapatkan isu-isu terkini,maklumat da sebagainya.


Selain menggunakan keywords untuk membantu percambahan trafik,kita juga boleh menggunakan blog Template sendiri bikin sebagai trik dalam mesra SEO. Apa yang penting,ia mesti lah simple,kemas dan senang untuk pembaca blog kita nak belek-belek blog kita tu. Kat sini aku copy beberapa tips yang aku peroleh dari dunia berblogging ni.

1.Sidebar Dibahagian Kiri Kurang Digalakkan.
Sebabnya...Robot-robot search Engine akan membaca sesebuah blog itu dari KIRI ke kanan.Katakan korang menggunakan sidebar kiri pada artikel blog korang,robot-robot search engine akan percepatkan pencarian dibahagian sebelah kiri yang mempunyai sidebar terlebih dahalu,manakala barulah di ikuti dengan pencarian artikel.Nampak tak? pencarian 'index' artikel korang lambat dibaca oleh robot-robot pencarian.Apabila selesai 'index' pada sidebar,baru la enjin pencarian ni baca artikel korang.

2. Basic Template lebih baik.
Sebabnya,penggunaan script yang ada pada basic template ni lebih sedikit berbanding template yang telah diubahsuai.Kalau boleh korang pakai template yang ade kat kilang blogspot ni.hehe.Kebanyakan blogger gemar gunakan template luar dari kawasan blogspot..Sebabnye untuk memuaskan hati bile memandang blog tu.hehe.Tak mengape untuk berbuat demikian,tetapi bagi blogger yang ingin mengejar SEO dan kelajuan loading dalam sesebuah blog,aku cadangkan korang gunakan basic template yang ada dalam blogspot.hehe.

3.Kurangkan 'Error' dalam blog korang.
Sebabnya..Semakin banyak error dalam blog korang tu,semakin sukar robot-robot pencarian meng'index' blog korang ke search enjin.Macam mana korang nak tahu error dalam blog korang? korang klik sini untuk check error yang ada pada sesebuah blog.hehe.Kalau boleh korang kurangkan sebanyak mana yang mungkin.

Thursday, September 23, 2010

HTML Scroll Box

Dulu aku tgk kat blog org lain guna scroll box ni dan dah lama jugak la aku tercari-cari cara nak buat scroll box ni, hari ni baru aku jumpa.. itupun sebab aku nak singkatkan list Link exchange aku tu.. nak jimatkan space.. takkan aku nak biarkan list tu menjalar sampai ke bawah kut.. so skrg blog aku nampak ringkas skit.. so pada sapa2 yang nak try benda ni boleh la layari site ni http://www.quackit.com/html/codes/html_scroll_box.cfm

Aku jugak edit size scroll box aku tu berserta size text dan jugak jenis text yg digunakan.. godek2 je la yer ...

Wednesday, September 22, 2010

Cara insert gambar pada shoutmix box

Kali ini entry aku copy dari blogger REALWANDA untuk dikongsikan bersama iaitu bagaimana untuk insert gambar pada shoutmix box.... Walaupun perkara ini mudah bagi bloger2 lama tapi bagi aku yang tak pernah apply benda2 macam ni, mmg tak tahu cam nak nak start.. dlm masa yg sama semoga dapat membantu bloger2 lain yang masih lagi memerlukan tunjuk ajar (mcm aku ler)...
kiranya ade kekurangan pada tutor ini sila buat rujukan pada mana2 web bloger yang lain.......


ini contoh yang dah siap........

Langkah2 dan resepinya ialah ......

Langkah Pertama :
Mesti ke web http://www.shoutmix.com/main/
Ok bagi yang dah ada akaun shoutmix terus jer login. Yang belum ada akaun kena daftar terlebih dahulu...

Langkah kedua :
Apablia keluar paparan seperti gambar dibawah ini cari Display > klik Smileys seperti kotak bertanda merah....



Langkah ketiga :
Paparan Smileys di pamerkan.... Tengok kotak dibawah yang bertanda merah....so apa perlu buat ialah anda insert ler url link gambar yang anda copy dari mana2 dan paste ke dalam kotak Smileys image url... next tulis perkataan yang sesuai dalam kotak Code > Optional > klik butang Add. Dah siap klik butang save setting .




p/s : kalau nak cari pelbagai gambar menarik cuba search dalam google atau mana2 web taip kata kunci Animation Gif...... pastu pilih ler mana web yang kuar nanti... Dan satu lagi untuk memudahkan anda ambil gambar2 tu... caranya pada gambar pilihan klik atas gambar > mouse klik belah kanan > klik copy image URL dan insert dalam kotak Smiley image url disediakan.....

Sunday, September 19, 2010

Tips membentuk identiti blog anda

Identiti adalah penting untuk menjadikan blog kita mudah dikenali dan diingati. Contoh blog Redmummy, identiti blog beliau warna merah, Denaihati, hidup untuk memberi! dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu identiti?
Identiti merupakan nilai yang melambangkan blog anda untuk diingati atau dikenali. Ia membantu blog anda dikenali atau diingati.

Antara tips membentuk identiti blog anda adalah seperti berikut:


  • Nama blog / nama domain - adalah yang terpenting kerana keunikkan, mudah dan ringkas menjadikan ia mudah diingat. 

  • Template - Menggunakan template yang khusus untuk melambangkan identiti anda. Sentiasa berlatar belakang warna hitam atau gambar yang tersendiri

  • Menggunakan nickname - menggunakan ganti nama yang menarik. Contoh blog Adlin Shauki - menggunakan gantian nama kodok untuk pembaca dan beliau sebagai Chif Kodok, blog gnesop.com menggunakan nama pendek "Sop" atau Blog 4 Tingkat menggunakan nama singkatan R4T dan lain-lain contoh lagi.

  • Header/Logo - boleh membentuk identiti blog dengan membina header atau logo yang menarik. Apabila kita lihat header atau logo tersebut, kita telah tahu blog tersebut.

  • Tag line - tag line yang unik juga menyumbang kepada mewujudkan identiti blog. Contohnya blog Mia Liana - Smile - Smile - Smile, BelogMJ - this is my tale ©

  • Jenis blog - jenis blog yang unik dan lain dari yang lain membantu membentuk identiti tersendiri. Contohnya blog kontest - hanya menyediakan maklumat tentang kontest sahaja.

  • Corak penulisan - cara menulis dan entry juga membantu membentuk identiti tersendiri. Terdapat bloggers yang menggunakan ayat kasar, bahasa rojak, pantun, puisi dan lain-lain menyampaikan entry blog.

  • Persoaliti penulis - ia juga membantu menjadikan identiti blog. Bagi yang telah mempunyai personaliti seperti artis, adalah mudah menyalurkan personaliti penulis kepada identiti blog. Kepada penulis biasa, boleh wujudkan personaliti penulis dengan sentiasa memamparkan gambar penulis di blog, memperkenalkan diri dalam blog, menunjukkan keunikkan personaliti, mewujudkan rangkaian rakan, sentiasa menjadi blogger mesra dan sebagainya
Setiap blog mempunyai ciri-ciri tersendiri dan ia mampu diasah sebagai identiti blog. Ciri-ciri yang tersendiri tersebut sekiranya digabung boleh membentuk identiti blog yang terbaik.

Secara rumusannya, blog perlu unik untuk menyerlahkan identiti blog anda. Selamat membentuk identiti blog anda.

Saturday, September 18, 2010

5 tips memberi komen blog untuk traffic

Meninggalkan komen selepas membaca entry bukan sahaja boleh menyampaikan pendapat atau pandangan tetapi juga boleh mewujudkan hubungan antara bloggers, menaikkan PR dan juga 'backlink' iaitu traffic. Bagaimana traffic boleh terhasil melalui komen? Ikuti tips berikut:


  1. Menjadi pengomen tegar - perkara ini tidak Sop sedari sehingga terdapat beberapa bloggers yang Sop kenali sebagai pengomen tegar seperti Kie-yu, Zulkbo, LifeKami, tehr dan lain-lain. Apabila bloggers selalu memberi komen entry kita, secara tidak langsung kita akan membalas komen ke entry blog mereka. Hubungan antara bloggers juga menjadi lebih rapat.

  1. Menjadi pemberi komen teratas (top commenter) - Kebanyakkan pemilik blog memasang widget top commenter dan jika antara pemberi komen terbanyak, nama anda akan tersenarai dalam senarai tersebut. Ia juga mampu memberi backlink yang sangat baik

  1. Memberi komen yang bernas - Komen yang berbentuk bantuan, perkongsian maklumat, pertambahan informasi dan lain-lain adalah yang terbaik untuk memberi backlink kepada blog anda. Contohnya sekiranya terdapat entry tentang mohon maklumat atau penyelesaian masalah. Kebiasaan jika anda mampu menolong menyelesaikan masalah, pemilik blog sangat terhutang budi. Mungkin akan tersenarai dalam blog list, entry atau dibookmark. Ia juga menggambarkan anda mempunyai banyak maklumat dan informasi dan pembaca blog tersebut mungkin akan singgah ke blog anda.

  1. Meninggalkan URL blog - Pastikan setiap komen anda disertakan URL blog. Contohnya sistem komen blogspot akan memaparkan 'user profile' pada komen. Sila update 'profile' dan masukkan senarai blog anda. Daftar 'user' bagi sistem komen lain seperti "Disqus", "Instant debate" dan lain-lain untuk memasukkan link blog.

  1. Menyenaraikan URL blog - Sekiranya entry tersebut berkaitan dengan entry blog anda, anda boleh meninggalkan komen dengan menyatakan ia maklumat berkaitan atau tambahan. Tetapi jangan melakukan SPAM iaitu memasukkan link tanpa maklumat berkaitan atau sebarang ayat. Ia akan menunjukkan anda hanya mencari traffic semata-mata.
Terdapat tips-tips lain lagi yang digunakan oleh bloggers semasa memberi komen. Mungkin rakan-rakan bloggers lain boleh menambah tips lain [sambil apply tips yg ke 3] untuk perkongsian bersama.

Thursday, September 16, 2010

Cara Sembunyikan Shoutbox Di Sidebar

Sekarang dah jadi trend pulak nak sembunyikan shoutbox kat blog masing-masing. Dulu aku tgk je kat blog org lain, tertanya-tanya mcm mana nak buat.. tapi skrg aku dah pandai... yeeeee.... (alhamdullilah)

Tutorial ni boleh guna di blogspot dan wordpress. Jangan risau, senang je. Hanya copy paste je code kat bawah ni. Kalau pandai edit, edit lah apa yang patut. Rasanya tak edit pun dah cukup cun.


Dapatkan code DI SINI


*Jangan lupa masukkan code shoutmix atau chatbox korang sekali. Kalau tak masukkan, macam mana nak ada kotak menjerit tu kat blog. hehe.

* Cara nak letak di blogspot :

Login dashboard blogger.com korang > layout > page elements >add a gadget (ruang sidebar)> pilih html > copy paste code kat atas >save

* Cara nak letak di wordpress :

Login dashboard > pilih widget kat sidebar > drag text kat sidebar > copy paste code kat atas > save

*Title biarkan je kosong. Tak payah isi apa-apa.

* Editing

1. Tukar warna tab

Kalau nak tukar warna tab perkataan shoutbox boleh amik url colour kat link di bawah ni. Aku dah tolong hostkan sekali. Original colour adalah warna hijau.

Nak lagi pilihan warna tab shoutbox, dapatkan di sini.

Caranya :

Cari perkataan background :url > Tukar url original colour dengan url colour yang korang nak.

2. Tukar ketinggian

Cari perkataan top, dan tukar kepada ketinggian yang korang nak. Contoh 10px, 20px,30 px…

3. Tukar saiz

Tinggi : tukar nilai dekat height. Contoh 10px, 20px,30 px…

Lebar : tukar nilai dekat width. Contoh 10px, 20px,30 px…





MASUKKAN CODE SHOUTBOX KORANG KAT SINI

Bagaimana Menukar Favicon Blog Anda? (Khusus Untuk Blogspot)

Ramai blogger sudah tahu cara-cara bagaimana hendak menukar icon mereka, namun tutorial ini untuk anda yang belum tahu hendak menukar icon anda.

Banyak cara bagaimana anda dapat menukarkan favicon anda, tetapi cara mudah ini membantu saya membuat favicon yang saya inginkan.

Favicon adalah gabungan dua perkataan iaitu favourite dan icon. Favicon selalu dapat digunakan untuk mencantikkan image blog url view anda, contohnya cuba perhatikan icon di sebelah kiri url di atas, anda dapat lihat icon gambar saya yang kecil bukan?

Perhatikan pula icon url di blog anda, ianya default icon berwarna oren dengan tulisan putih "B" bukan? Saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda dapat menukar default icon tersebut kepada apa jua gambar yang anda inginkan.

Baiklah, dah banyak masa anda terbuang...^___^..mari mulakan.

1- Mula-mula pergi website ini. KLIK SINI

2- Cari satu kotak kecil sebelah kanan yang tertulis Free Favicon Hosting.

3- Upload gambar anda (boleh pilih tahap sharpen image anda).

4- Anda akan nampak ruangan "Favicon.ico Successfully Generated.

5- Anda akan nampak dua option iaitu Direct Download atau Host It At Icon J.Com.

6- Pilih Host It At Icon J.Com, sila klik kanan dan copy url yang diberikan.

Anda telah selesai memiliki favicon yang anda inginkan. Sekarang mari kita lihat bagaimana hendak memasukkan favicon anda ini ke dalam blogger template anda pula.

1- Pastikan anda telah log in akaun blogger anda.

2- Pergi ke Design dan klik Edit Html.

3- Klik "Expand Widget Templates"

4- Untuk memudahkan pencarian, sila tekan "Ctrl" dan "f" secara serentak di keyboard anda.

5- Satu ruangan search kecil akan kelihatan, selepas itu, taip

6- Pastekan url yang anda telah copy tadi sebelum code itu.

7- Save template anda dan anda telah pun siap.

p/s- Sekadar peringatan sahaja, sebelum memasukkan url favicon ke template anda, sila download dahulu template anda, supaya senang nak restore sekiranya terjadi apa-apa masalah atau error semasa proses memasukkan url favicon anda itu. :-)

6 tips memilih template blog anda

Template blog adalah suatu elemen penting dalam blog selain dari entry itu sendiri. Pembinaan template yang baik mempu menjadikan blog anda antara yang terbaik. Template bukan sahaja berfungsi untuk memberi identiti kepada blog anda tetapi juga dapat mempengaruhi keseluruhan blog anda.

Berikut tips untuk anda memilih template yang terbaik untuk blog anda:


  • Template mengikut citarasa anda - Ia adalah blog anda dan anda yang pertama perlu menyukainya kerana anda sendiri akan paling banyak untuk melihantnya. Jika anda hanya untuk memuaskan hati pelawat, anda akan cepat bosan dengan template tersebut.

  • Mengikut tema - pastikan template yang dipilih sesuai dengan tema blog anda. Sekiranya blog mengenai keibubapaan, pastikan template yang sesuai dengan golongan ibubapa. Begitu juga blog remaja, mestilah memilh template yang ceria.

  • Pemilihan warna sesuai - warna juga perlu sesuai dari segi tulisan, background, widget dan sebagainya. Ikuti rahsia warna untuk membuat penilaian berdasarkan blog anda. 

  • Pemilihan saiz - merujuk kepada pemilihan saiz tulisan, header, body wrapper, widget dan sebagainya. Contonya saiz tulisan perlu mudah dibaca iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

  • Template ringan dan ringkas - kesederhaan adalah yang terbaik. Pastikan tidak memilih template yang terlalu berat untuk load. Kebiasaan template yang mengandungi grafik yang banyak akan memberatkan blog anda. Saiz grafik juga perlu kecil. Tidak semua pengguna internet mempunyai internet yang laju. Kelambatan load blog mengakibatkan pelawat akan bosan.

  • Susunan widget yang sesuai - kesesuaian merujuk kepada 'main body' dan juga 'widget'. Keutamaan blog adalah artikel. Pastikan artikel blog yang perlu ditonjolkan. Terdapat template yang mempunyai lebih 3 sidebar dan ini menjadikan ruangan untuk artikel terlalu kecil. Pilihan sidebar juga perlu sesuai dengan widget yang akan anda masukkan seperti iklan, top story, new artikel, shoutbox dan sebagainya. Susunan template yang kemas menunjukkan anda seorang yang profesional. Pelawat juga mudah untuk mencari maklumat berkaitan.

  • Pastikan template SEO friendly - terdapat juga template yang tidak mesra SEO dan ini mengakibatkan blog anda tidak mendapat traffic dari injin carian seperti Google atau Yahoo! Sop pernah menggunakan template yang agak canggih dan hebat tetapi langsung tidak mesra SEO. Bila dibuat analisis, tiada pelawat dari injin carian langsung. Template juga boleh dibuat beberapa 'hack' untuk menjadikan mesra SEO seperti 'title swap", meta tag, keyword/description dan sebagainya.
Terdapat banyak lagi tips-tips pemilihan template ini. Tips yang dinyatakan adalah paling 'basic' sebagai panduan. Sekiranya terdapat tips lain yang ingin dikongsi, sila kongsikan diruangan komen.

Sunday, September 5, 2010

CARA TINGKATKAN TRAFIK BLOG

From KEHIDUPAN KITA


1. Elakkan memasang lagu pada blog

Tak semua lagu-lagu yang dipasang pada blog memenuhi citarasa pembaca. Apabila pembaca tak suka lagu tersebut, mereka akan terus menutup blog tanpa membaca isi kandungan blog anda. Mungkin tuan blog inginkan keseronokan dengan mendengar lagu yang diminati , tetapi tak memikirkan perasaan pembaca yang lain. Pembaca kebiasaanya lebih gemar membaca entri dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

2. Elakkan “alert message” pada blog anda

Alert message ni kebiasaanya terpapar sebaik sahaja kita mendarat ke sesuatu blog. Perkataan yang secara automatic keluar adalah “welcome”,” selamat datang”dan “terima kasih kerana melawat”.Alert message yang dipasang agak menyusahkan pembaca yang lain,sebab agak memenatkan kalau senantiasa mengklik “ok” dan "ok" hanya untuk memasuki satu blog.

3. Blogwalking

Rajin-rajinlah blogwalking dengan menziarahi mana-mana blog dan tinggalkan URL blog anda. tuan blog akan menjejak url anda pada shoutout box secara tak langsung, dapat meningkatkan trafik ke blog anda

4. Elakkan “animasi flash” atau “bling-bling” pada blog

Yang ni adalah paling ramai yang berbuat sedemikian. Anda patut elak meletakkan benda yang berkelip-kelip di blog anda. Memanglah cantik dipandang tetapi agak memudaratkan pengguna yang mempunyai internet yang lembab. Ini kerana, flash animation agak memberatkan blog dan mengambil masa yang lama untuk memasuki laman tersebut apabila menggunakan internet yang slow.

5. Hantar URL blog anda ke enjin pencarian Google

Google merupakan enjin pencarian yang terbesar diikuti yahoo. Peranan encik google untuk membawa direct trafik ke blog anda adalah sangat-sangat penting.oleh itu, hantarlah URL blog anda ke google search engine.

6. Elakkan meletak gambar yang seram dan menakutkan

Ini biasa terjadi apabila tuan blog menghias blog mereka dengan gambar yang agak menyeramkan. semestinya pembaca akan berasa takut untuk singgah lagi kat blog tersebut.

7. “DANG” kesemua post kat innit nuffnang

Apabila anda “DANG IT” post-post yang terbaru kat innit. Semestinya tuan blog ingin mengetahui siapa gerangan yang telah “DANG” post mereka. Secara tidak langsung, mereka akan klik nama anda dan membawa traffik ke blog anda.(AMARAN: CARA NI AGAK BERBAHAYA TAPI IA PERNAH BERLAKU)

Saturday, September 4, 2010

TIPS DAPATKAN BUFFERED EARNING



Bufferred earning merupakan earning yang diimpikan oleh setiap blogger kerana hasilnya yang lumayan. Buffered earning adalah program cost per impression (CPM) dimana bayaran akan dikenakan berdasarkan jumlah unique visitors korang. Oleh itu, blog yang terpilih oleh advertiser sahaja akan mendapat kempen tersebut. Berbeza dengan iklan CPC (COST PER CLICK) dimana bayaran dikenakan berdasarkan jumlah klik pada ads tersebut. Jika ads anda di klik maka bertambahlah earning korang. Kadar bayaran bagi CPC adalah agak rendah berbanding buffered earning.

Berikut adalah kriteria untuk mendapatkan buffered earning.

1. Kedudukan nuffnang ads

Antara faktor yang sangat-sangat penting. Ketiga-tiga nuffnang ads anda perlu diletakkan pada kedudukan yang kedudukan yang betul.klik disini untuk maklumat lebih lanjut.untuk pengetahuan anda, blog anda berpotensi tinggi untuk mendapat buffered earning jika meletakkan ketiga-tiga nuffnang ads sekaligus.(ingat: kedudukan ads mestilah betul)

2. Setia dengan nuffnang

Untuk blog anda terpilih, jangan meletakkan sebarang ads selain nuffnang. Contohnya mangga ads mahupun advertlets. Setialah bersama nuffnang dengan meletakkan hanya nuffnang ads pada blog anda.

3. Kepelbagaian blog

Untuk pengetahuan anda, advertiser lebih suka memilih blog yang mempunyai pelbagai genre berbanding blog yang berfokuskan kepada satu genre sahaja.

4. Status keahlian anda

Semestinya untuk blog anda dipelawa kepada kempen CPM. status keahlian anda mestilah GRITTERATI dan bukannya ahli biasa.

5. update blog survey sekerap mungkin

meng update blog survey adalah sangat-sangat penting untuk mendapatkan buffered earning. Jawablah survey tersebut sebaik mungkin dan kalau perlu survey tersebut di update seminggu sekali. Advertiser akan memilih blog anda berdasarkan kesesuaian blog anda terhadap sesuatu kempen tersebut

6. kandungan blog anda

Nuffnang tidak sama sekali meletakkan kempen CPM jika blog tersebut mengandungi informasi daripada sumber yang lain. Oleh itu, keaslian kandungan blog anda adalah dititik beratkan.

7. Trafik

Tiada jumlah unique visitors tertentu untuk mendapatkan buffered earning(menurut nuffnang).Namun, apabila anda telah mendapat first buffered earning.anda kenalah bekerja keras untuk meningkatkan visitors kerana peluang anda untuk mendapat buffered seterusnya adalah cerah.

8. Jangka masa mendapatkan buffered earning

Untuk mendapatkan buffered earning, kesabaran adalah sangat-sangat penting. purata bloggers untuk mendapatkan buffered earning adalah dalam masa 3 bulan selepas sertai nuffnang.(jika semua kriteria diatas diikuti).

9. Hantar tiket kepada nuffnang

Tips yang sangat penting .Tanyalah kepada nuffnang jikalau kandungan blog anda sesuai dengan kempen bagi mendapatkan buffered earning.jika nuffnang mengatakan blog anda tidak sesuai.anda harus mengubah isi kandungan blog tersebut supaya advertiser melamar blog anda kelak.

Friday, August 27, 2010

TIPS DAPATKAN BUFFERED EARNING


Bufferred earning merupakan earning yang diimpikan oleh setiap blogger kerana hasilnya yang lumayan. Buffered earning adalah program cost per impression (CPM) dimana bayaran akan dikenakan berdasarkan jumlah unique visitors korang. Oleh itu, blog yang terpilih oleh advertiser sahaja akan mendapat kempen tersebut. Berbeza dengan iklan CPC (COST PER CLICK) dimana bayaran dikenakan berdasarkan jumlah klik pada ads tersebut. Jika ads anda di klik maka bertambahlah earning korang. Kadar bayaran bagi CPC adalah agak rendah berbanding buffered earning.

Berikut adalah kriteria untuk mendapatkan buffered earning.

1. Kedudukan nuffnang ads

Antara faktor yang sangat-sangat penting. Ketiga-tiga nuffnang ads anda perlu diletakkan pada kedudukan yang kedudukan yang betul.klik disini untuk maklumat lebih lanjut.untuk pengetahuan anda, blog anda berpotensi tinggi untuk mendapat buffered earning jika meletakkan ketiga-tiga nuffnang ads sekaligus.(ingat: kedudukan ads mestilah betul)

2. Setia dengan nuffnang

Untuk blog anda terpilih, jangan meletakkan sebarang ads selain nuffnang. Contohnya mangga ads mahupun advertlets. Setialah bersama nuffnang dengan meletakkan hanya nuffnang ads pada blog anda.

3. Kepelbagaian blog

Untuk pengetahuan anda, advertiser lebih suka memilih blog yang mempunyai pelbagai genre berbanding blog yang berfokuskan kepada satu genre sahaja.

4. Status keahlian anda

Semestinya untuk blog anda dipelawa kepada kempen CPM. status keahlian anda mestilah GRITTERATI dan bukannya ahli biasa.

5. update blog survey sekerap mungkin

meng update blog survey adalah sangat-sangat penting untuk mendapatkan buffered earning. Jawablah survey tersebut sebaik mungkin dan kalau perlu survey tersebut di update seminggu sekali. Advertiser akan memilih blog anda berdasarkan kesesuaian blog anda terhadap sesuatu kempen tersebut

6. kandungan blog anda

Nuffnang tidak sama sekali meletakkan kempen CPM jika blog tersebut mengandungi informasi daripada sumber yang lain. Oleh itu, keaslian kandungan blog anda adalah dititik beratkan.

7. Trafik

Tiada jumlah unique visitors tertentu untuk mendapatkan buffered earning(menurut nuffnang).Namun, apabila anda telah mendapat first buffered earning.anda kenalah bekerja keras untuk meningkatkan visitors kerana peluang anda untuk mendapat buffered seterusnya adalah cerah.

8. Jangka masa mendapatkan buffered earning

Untuk mendapatkan buffered earning, kesabaran adalah sangat-sangat penting. purata bloggers untuk mendapatkan buffered earning adalah dalam masa 3 bulan selepas sertai nuffnang.(jika semua kriteria diatas diikuti).

9. Hantar tiket kepada nuffnang

Tips yang sangat penting .Tanyalah kepada nuffnang jikalau kandungan blog anda sesuai dengan kempen untuk mendapatkan buffered earning.jika nuffnang mengatakan blog anda tidak sesuai.anda harus mengubah isi kandungan blog tersebut untuk advertiser melamar blog anda kelak.

Tuesday, August 24, 2010

5 kesilapan semasa aktiviti Blog Walking

Dikala ini, aktiviti "Blog Walking" (BW) sentiasa dilakukan oleh bloggers untuk mencari traffic. Persefahaman yang dicapai tanpa perjanjian iaitu "lawat saya, saya lawat kembali" menjadikan traffic blog sentiasa bertambah. Lagi banyak blog yang diterjah, lebih banyak traffic akan diterima.

Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh bloggers semasa aktiviti BW ialah:


  • Tidak tinggalkan URL blog - kadang kala terdapat bloggers terlupa memasukkan URL blog dan ia menyebabkan pemilik blog tidak dapat membuat lawatan balas

  • URL blog salah - mungkin kerana ingin cepat atau tersalah tekan, silap 1 huruf sahaja alamat blog anda sudah tidak dapat dilawati

  • Tidak membaca entry - anda mungkin terlepas entry yang baik dan berinformasi

  • Tidak meninggalkan komen - meningkalkan komen merupakan backlink yang kekal pada entry tersebut. Jika komen yang baik ditinggalkan, ia boleh memberi traffic yang bagus

  • Meninggalkan mesej kurang baik - Mesej di shoutmix atau shoutbox yang terlalu ringkas dan tidak menarik perhatian. Sekiranya mesej yang baik, bukan sahaja pemilik blog yang datang tetapi juga pelawat blog yang lain.
Terdapat banyak lagi kesilapan yang mungkin bloggers lakukan semasa aktiviti BW. 
Mungkin rakan lain boleh bantu memberi tambahan?

Oleh itu, akvititi BW perlu dilakukan dengan terbaik untuk memastikan anda mendapat traffic dan juga maklumat yang berinformasi.
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker