Penat, semput, lelah, letih, sakit blakang, sakit anu dan sakit lagi dan lagi.. itu yang aku alami sekarang ni.. rasa cam dah nak bersalin pun ada ni... walhal aku baru masuk 30 minggu.. Rasanya setakat ni dah 4 orang yang tegur perut aku nampak dah kebawah.. pagi ni sorang lagi kakak kat tmpat aku singgah beli breakfast tanya aku dah bape bulan, aku cakap baru nak masuk 8. Tapi dia kata nampak cam dah cukup bulan dah kebawah sgt perut aku jatuh.. ntah la.. aku pun tak tahu nak kata apa.. Kadang2 aku rasa aku redha je kalau tuhan tu nak aku terberanak awal.. sbb kadang2 aku pun dah tak tahan sakit ni.. Tapi bila aku baca pasal risiko melahirkan baby premature ni, rasa cam takut BETUL.... Risiko nih!!!!!!
Apa2 pun aku doakan dan harapkan baby aku di permudahkan kelahirannya dan semoga selamat..amin...
Kat sini aku nak tampal kan lagi barang2 keperluan aku dan baby baru aku ni tapi kebanyakkannya adalah barang2 yang dah lama aku ada sejak anak sulung aku intan lagi.. dan ini boleh dikatakan barang2 favourite aku..

Yang ini adalah buku pregnant hadiah dari suami tercinta sejak aku blom mengandung lagi.. maklum la buat persiapan untuk start mengandung...
Yang ni pulak nursing bra... First nursing bra yang aku beli kat Avon masa ngandungkan si intan tu
dulu..
kat bahagian depan bra ni boleh dibuka untuk senang meyusukan bayi dimana-mana saja especially semasa di wad, dalam kereta dan di tempat2 yang tertentu.. so buat ibu2 tu tak payah la lagi nak sorok2 dan malu2 semasa terpaksa menyusukan bayi anda.. hiiiii
Ni pulak barangan yang masih berbaki dari kelahiran anak yangb terdahulu, dari zaman Wani la ni.. masih boleh digunakan dan di pakai.. kalau expired buangkan aje.. hiii.. takut jadi benda lain pulak!!!
Yang ni pulak koleksi breast pump yang aku ada. Dua jenis yang pertama ni adalah manual, yang last tu adalah elektrikal breast pump aku pinjam dari adik aku yang kat Johor.
No comments:
Post a Comment