RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, April 15, 2010

Lagu: Aku Tanpa Cinta-Mu

Aku Tanpa Cinta-Mu
Album : Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Wednesday, April 14, 2010

Wani Budak 'Nakal'

(KARANGAN BUDAK DARJAH 5)

Pada suatu pagi ketika aku sedang sibuk untuk mempersiapkan diri sendiri ke tempat kerja, kelihatan kelibat anak kecik aku si Wani kuar masuk, kuar masuk, pi mai tang tu, pi mai tang tu kat bilik aku.. aku yang sedang asyik mempersiapkan contengan di muka agar kelihatan menarik , cantik, comel dan anggun ke tempat keje tidak menghiraukan sangat telatah si Wani..

Tiba-tiba perhatian dan pandangan mata ku beralih kepada si wani yang sedang kusyuk duduk di lantai sambil memegang sesuatu hak milik peribadi aku.. Rupa-rupanya lipstik aku yang berkembar dengan lip gloss telah berada di tangannya dan sedang menjadi mangsa kerangkusan anak pompuan aku ini..

Dengan mukanya yang selamba dek jer dan tak faham apa2 dia tunjukkan hasil kerakusannya pada aku di mana penutup eyebrow aku di sumbatkan ke dalam bahagian lipstik aku di bahgian atas tu.. Habis terpenyek lipstik aku dan tak boleh digunakan lagi.. Nasib baik lip gloss aku masih boleh di gunakan lagi..

Wednesday, April 7, 2010

Persediaan Menyambut Anak ke-4 (Bahagian 3)

Penat, semput, lelah, letih, sakit blakang, sakit anu dan sakit lagi dan lagi.. itu yang aku alami sekarang ni.. rasa cam dah nak bersalin pun ada ni... walhal aku baru masuk 30 minggu.. Rasanya setakat ni dah 4 orang yang tegur perut aku nampak dah kebawah.. pagi ni sorang lagi kakak kat tmpat aku singgah beli breakfast tanya aku dah bape bulan, aku cakap baru nak masuk 8. Tapi dia kata nampak cam dah cukup bulan dah kebawah sgt perut aku jatuh.. ntah la.. aku pun tak tahu nak kata apa.. Kadang2 aku rasa aku redha je kalau tuhan tu nak aku terberanak awal.. sbb kadang2 aku pun dah tak tahan sakit ni.. Tapi bila aku baca pasal risiko melahirkan baby premature ni, rasa cam takut BETUL.... Risiko nih!!!!!!
Apa2 pun aku doakan dan harapkan baby aku di permudahkan kelahirannya dan semoga selamat..amin...

Kat sini aku nak tampal kan lagi barang2 keperluan aku dan baby baru aku ni tapi  kebanyakkannya adalah barang2 yang dah lama aku ada sejak anak sulung aku intan lagi.. dan ini boleh dikatakan barang2 favourite aku..



Yang ini adalah buku pregnant hadiah dari suami tercinta sejak aku blom mengandung lagi.. maklum la buat persiapan untuk start mengandung...













Yang ni pulak nursing bra... First nursing bra yang aku beli kat Avon masa ngandungkan si intan tu 
dulu..







kat bahagian depan bra ni boleh dibuka untuk senang meyusukan bayi dimana-mana saja especially semasa di wad, dalam kereta dan di tempat2 yang tertentu.. so buat ibu2 tu tak payah la lagi nak sorok2 dan malu2 semasa terpaksa menyusukan bayi anda.. hiiiii







Ni pulak barangan yang masih berbaki dari kelahiran anak yangb terdahulu, dari zaman Wani la ni.. masih boleh digunakan dan di pakai.. kalau expired buangkan aje.. hiii.. takut jadi benda lain pulak!!!

Yang ni pulak koleksi breast pump yang aku ada. Dua  jenis yang pertama ni adalah manual, yang last tu adalah elektrikal breast pump aku pinjam dari adik aku yang kat Johor.

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker