Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.
Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.
Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."
Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,
"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.
I just wanna try to write something about me: as a person, woman, wife and mother
RUANGAN KELUARGA KITA
Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..
Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti
Monday, October 4, 2010
ADR(Alat Dalam Rahim)
Kali ni aku nak berkongsi artikel tentang ADR ataupun alat dalam rahim untuk mencegah kehamilan.. Sebab musabab kenapa aku nak berkongsi artikel ni adalah sebab masa dulu-dulu, masa lps first time aku bersalin, aku dapat info yang salah tentang cara pemakaian alat ni..
So pada sesiapa yang nak dapatkan info tentang ADR ni boleh la baca artikel ni di sini:
Apakah Alat Dalam Rahim (ADR) ?Alat Dalam Rahim (ADR) adalah sejenis alat yang dimasukkan dalam rahim untuk mencegah kehamilan.
Bagaimana ADR boleh mencegah kehamilan ?ADR menghalang proses persenyawaan dengan mengganggu perjalanan sperma hingga tidak dapat bercantum dengan telur.
Bagaimana cara menggunakannya?Doktor akan membuat pemeriksaan pelvik dan memasukkan ADR ke dalam rahim.
Bilakan ADR dimasukkan ke dalam rahim ?Masa yang sesuai untuk memasang ADR ialah:
- Pada penghujung kedatangan haid
- Selepas 6 minggu bagi ibu yang bersalin melalui faraj
- Selepas 3 hingga 6 bulan sekiranya bersalin secara pembedahan
Adakah pembedahan perlu dijalankan ?Pembedahan tidak diperlukan .ADR dipasang ke dalam rahim dengan mudah dan memerlukan masa yang singkat
Sejauh mana alat ini berkesan mencegah kehamilan ?ADR sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.Keberkesanannya hampir 100% dan setanding pil serta suntikan.
Berapa lamakah ADR boleh digunakan?ADR boleh digunakan bagi tempoh 3 hingga 10 tahun mengikut jenis yang boleh digunakan.Jika inginkan anak lagi ADR boleh dikeluarkan. Walaubagaimanapun, ini hendaklah dilakukan atas nasihat doktor.
Petang ni aku wat appointment nak pi insert benda alah ni.. wish me GOOD LUCK!!!!Apakah kesan sampingannya?Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah darah haid keluar sedikit-sedikit selama beberapa hari. Kadang-kadang lebih banyak dari haid biasa.Terdapat juga ibu-ibu yang mengalami sakit pinggang , sakit ari-ari dan kejang ketika keluar haid.Kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat.Sekiranya kesan sampingan ini berlanjutan, ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat petugas kesihatan yang terdekat.Walaubagaimanapun kejadian ini jarang berlaku.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Disclaimer
Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

