RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, October 4, 2010

ADR(Alat Dalam Rahim)

Kali ni aku nak berkongsi artikel tentang ADR ataupun alat dalam rahim untuk mencegah kehamilan.. Sebab musabab kenapa aku nak berkongsi artikel ni adalah sebab masa dulu-dulu, masa lps first time aku bersalin, aku dapat info yang salah tentang cara pemakaian alat ni..

So pada sesiapa yang nak dapatkan info tentang ADR ni boleh la baca artikel ni di sini:

Apakah Alat Dalam Rahim (ADR) ?
Alat Dalam Rahim (ADR) adalah sejenis alat yang dimasukkan dalam rahim untuk mencegah kehamilan.

Bagaimana ADR boleh mencegah kehamilan ?
ADR menghalang proses persenyawaan dengan mengganggu perjalanan sperma hingga tidak dapat bercantum dengan telur.

Bagaimana cara menggunakannya?
Doktor akan membuat pemeriksaan pelvik dan memasukkan ADR ke dalam rahim.

Bilakan ADR dimasukkan ke dalam rahim ?
Masa yang sesuai untuk memasang ADR ialah:
  • Pada penghujung kedatangan haid
  • Selepas 6 minggu bagi ibu yang bersalin melalui faraj
  • Selepas 3 hingga 6 bulan sekiranya bersalin secara pembedahan
Adakah pembedahan perlu dijalankan ?
Pembedahan tidak diperlukan .ADR dipasang ke dalam rahim dengan mudah dan memerlukan masa yang singkat

Sejauh mana alat ini berkesan mencegah kehamilan ?
ADR sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.Keberkesanannya  hampir 100% dan setanding pil serta suntikan.

Berapa lamakah ADR boleh digunakan?
ADR boleh digunakan bagi tempoh 3 hingga 10 tahun mengikut jenis yang boleh digunakan.Jika inginkan anak lagi ADR boleh dikeluarkan.  Walaubagaimanapun, ini hendaklah dilakukan atas nasihat doktor.

Apakah kesan sampingannya?
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah darah haid keluar sedikit-sedikit selama beberapa hari. Kadang-kadang lebih banyak dari haid biasa.Terdapat juga ibu-ibu yang mengalami sakit pinggang , sakit ari-ari dan kejang ketika keluar haid.
Kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat.Sekiranya kesan sampingan ini berlanjutan, ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat petugas kesihatan yang terdekat.Walaubagaimanapun kejadian ini jarang berlaku. 
 Petang ni aku wat appointment nak pi insert benda alah ni.. wish me GOOD LUCK!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker