RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, February 18, 2010

Aku dan Kenangan (Chinese New Year)

Artikal ni aku tulis bersempena sambutan tahun baru cina (Chinese New Year –CNY) pada 14hb February 2010 baru2 ni.. Terbayang telatah anak2 aku intan dan nasrul dan juga masih segar pulak ingatan pada kenangan aku dan tarian singa masa aku kecik2 dulu. So aku ingin mengambil kesempatan ini untuk aku coretkan kenangan yang masih terbayang-bayang dalam kepala aku diketika ini..
Aku bukanlah seorang penulis yang berkebolehan tapi aku cuba untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan ahli keluargaku terutamanya suami tersayang dan anak2.. mungkin pada hari ni coretan ni tidak begitu bermakna pada kalian tapi percayalah inilah perjalanan hidup kita dan sedikit coretan kenanganku semasa kecil untuk kita abadikan sehingga pada masa akan datang.

Pada pagi CNY tu kebetulan restoran cina yg betul2 depan rumah aku ni ada pertunjukkan tarian singa. Dengar je bunyi gendang cina tu aku sekeluarga terus terlekat depan pintu rumah tgk persembahan tu kecuali nasrul sbb masih tido.. tak lama lepas tu baru dia bangun join kami sekali. Dah lama aku tak tengok tarian singa ..

Kenangan masa aku kecik, masa tu umur aku lbh kurang sebaya dgn intan kut dalam 4- 5 tahun, tu la first time aku tgk tarian singa depan2… kecut perut aku masa tu.. maklum la singa tu kan nampak macam besar especially bahagian kepala, aku plak lbh kurang tinggi semeter je kut.. dah la bunyi muzik dia kuat pastu singa tu pulak terkinjal-kinjal depan aku, mana aku tak takut… aku ingat lagi persembahan tu dibuat kat depan rumah kedai Awang. Awang ni sebenarnya cina tapi nama gelaran dia je kami panggil dia awang. Masa aku kecik dulu aku selalu main2 kat kedai dia tu.. sporting betul dia masa tu dia blom kahwin lagi.. orgnya mmg baik.. selalu beri keluarga kami kuih bakul dan buah limau mandarin bila musim CNY ni.. dia ni bukak kedai jual makanan laut kering macam ikan kering yg besar2 dan mahal tu, pastu seingat aku dia ada jual sotong kering gak.. selalu gak dia bagi kat kami sotong2 kering tu.. aku ingat lagi mok masak sambal cili sotong kering tu especially bila musim ikan mahal..  Awang ni sebenarnya menyewa rumah kedai dua tingkat berkembar dua dari tokki sedara aku yg berkahwin dua.. Dalam kedai awang ni jugak ada peti ais yg besar giler la macam bilik beku gitu.. kat dalam tu dia simpan stok2 ikan masin dia, aku rasa aku pernah la jugak masuk kut, maybe ingat2 lupa.. zaman kanak2 aku mmg aku habiskan di kawasan tu je.. Depan kedai ni mmg jalan utama kira mmg jalan besar dan sibuk memanjang tapi aku tak tahu la mcm mana aku berani main kat situ padahal bila nak ke sekolah tadika seberang jalan , kakak aku ida yg kena tolong pimpin aku pi seberang.. mmg bahaya la jugak jalan tu pada zaman kecik aku tu.. kat tepi rumah kedai dia pulak dia tanam banyak pokok bunga kertas. Macam2 warna ada.. yg tak bestnya pokok bunga kertas ni batangnya berduri. Kat sebelah kiri kedai awang iaitu kembar rumah kedai tu pulak ada restoran cina .. pun menyewa dgn tokki sedara aku ni jugak.. Rasa2nya restoran tu tak jual benda2 non-halal tu.. tapi longkang kat belakang kedai dia tu punya la teruk dgn sisa minyak dan makanan.. kadang2 berbau… aku ni kira membesar dgn suasana jiran2 cina selain dari keluarga tokki sedara aku ni. tokki sedara aku ni kira org yg berharta la.. tapi nasib baik tak kedekut.. zaman kanak2 aku, aku dan keluarga kira2nya menumpang kasih sayang dia la.. aku mana ada tokki betul, sumer dah arwah sejak mak aku kecik lagi. Tok dan tokki belah ayah aku ada lagi la masa tu tapi aku sendiri tak berapa pasti kenapa kami tak rapat dan mesra sgt macam tok2 sedara dan tokki2 sedara belah mok aku. Tokki sedara aku ni kira adik beradik mok atau pun bapak belah mok aku , aku pun tak pasti.. lepas ni aku kena tanya mok aku balik.. tapi apa yg pasti tokki sedara aku ni banyak berjasa pada mok aku dan keluarga aku … tokki sedara aku ni la jugak orang pertama yg ajar aku lepak kat kedai kopi pekena kopi panas kat tgh2 bandar Dungun ni.. he… dia jugak la yang ajar aku mcm mana nak cepat sejukkan minuman panas.. tuang je minuman tu dalam piring yg lapik cawan tu dan hirup dari piring tu.. Tokki sedara aku ni jugak ada bela lembu sekandang. Petang2 aku suka la ikut dia dan sorang lagi cucu lelaki dia yang aku panggil zemi (sepatutnya Azmi, tu pun aku tak pasti nama sebenar dia ke tidak..) , sebenarnya cucu sedara jugak tapi bini tua dia bela mok zemi yg juga sepupu mok aku dari kecik sbb takde anak. Kami akan naik lori pegi ke kawasan ragut lembu2 dia dan halau lembu2 dia masuk kandang dgn lori pastu sebelum balik, tokki sedara aku ni akan nyalakan unggul api dalam kandang tu. Dulu aku terfikir gak buat apa nak nyalakan api, then baru aku tahu sbb nak bagi lembu2 tu panas.. kat area rumah tokki sedara ku ni pulak dia ada bela sekandang kambing. Aku paling suka bila kami dapat naik lori tu duk kat bahagian belakang sekali betul2 atas pintu bahagian belakang lori tu.. bahaya oiiiii…. Kandang lembu dia ni terletak dalam kawasan kilang batu yg dah tak beroperasi rasanya.. sunyi la jugak.. Cuma ada bangunan kayu dgn bekalan batu2 yg tingal je.. tapi jgn salah faham pulak, suasana kami masa tu bukan macam budak kat kampong, kami ni kiranya membesar di kawasan bandar yg sibuk dgn aktivitinya cuma bukan dibandar besar.

Tokki sedara aku ni jugak ada dusun, kalau musim rambutan ada gak la aku ikut diorg gi panjat pokok dgn zemi sekali la.. aku ingat lagi kat situ pun ada ladang pokok getah.. aku ngan zemi kutip buah2 getah wat balik pastu main lawan buah getah tu.. Aku dan zemi ni kiranya best friend giler ahh masa belum kenal erti malu2 kucing lagi.. main bersama, berlari bersama, panjat pokok bersama, dia yg ajar aku pegang cacing… eeeee geli plak bila teringat pasal cacing tu… sorry ahhh kalau skrg ni nak suruh aku sentuh cacing .. bak kata kami ni mmg kawan rapat masa kecik tapi bila aku dah meningkat umur ke 11 -12 tahun aku dah mula malu nak rapat2 sgt.. lagipun masa umur 11 tahun aku dah akil baligh.. dan bermula la episode remaja kami masing2.. kebetulan plak masa tu kami sekeluarga dah berpindah jauh skit masa aku umur 13 tahun tapi masih di poskod yang sama.. lagipun masa tu aku dah masuk boarding school kat AYTD… he… ala dalam 5-10 minit perjalanan je… Bila aku ingatkan balik, mmg aku ni betul2 lasak gak masa kecik dulu.. tapi mengapa kekadang tu kita ni macam hilang ingatan, kalau aku tak mula menulis artikal ni aku mcm terlupa sumer ni aku pernah lalui sebenarnya dalam hidup aku dulu.. Aku jugak suka main pondok2 kat bawah rumah dgn zemi, siap jadi laki bini lagi.. he… he… walaupun kami ni suka permainan lasak tapi kami tak lepas jugak permainan yg menyerapkan nilai2 kekeluargaan.. haaa.. haaaa… kadang2 tu kami main galah panjang, main lompat getah, main bola ala2 ragbi pun pernah.. seronok betul zaman kecik dulu.. tapi seingat aku, aku jarang bermain dgn kakak2 aku .. agaknya sebab mereka tu feminine kut.. ah aaah betul la.. takde satupun kenangan dgn diorg dlm kotak memori aku ni..

Aku masih ingat lagi satu peristiwa dimana satu ketika tu zemi melukis sesuatu di pagar belakang rumah aku dengan cat merah.. kononnya nak bagi aku tengok la.. masa tu aku masih jahil tak reti apa2.. pastu kebetulan kakak aku ina ke ida aku mmg lupa, menjerit marah kat zemi sbb dia kata zemi lukis benda lucah.. heee… tapi sebenarnya bukan… rupa2nya dia lukis gambar hati yg dicucuk dgn anak panah. Rupa2nya itu symbol untuk meyatakan cinta pada seseorang.. ala macam I love U tuuuu…. Heeeee…. zemi sekarang ni pun dah kahwin dan beranak pinak, macam aku jugak.. dia berkahwin dgn kakak kawan aku .. paling2 pun bila raya dia mesti datang beraya ke rumah mok ayoh aku bawak anak bini dia.. apa yg mengagumkan aku tentang budak zemi ni ialah dia ni mmg seorang yg bertanggung jawab pada keluarga dia dan mmg menghormati org tua.., walau pun dia bersekolah tak sampai darjah 6 pun kalau tak silap aku darjah 4 pun belum tentu dan mmg fail bab bahagian akademik tapi dia pandai memikul tanggung jawab.. respect ahh mu zemi..

Berbalik pada cerita awang tadi. Aku mmg suka masa dia masih bujang , dia mmg baik dgn sesiapa je tapi bila dia dah kahwin byk yg berubah.. bini dia seingat aku mmg lawa orangnya tapi tak berapa mesra mcm awang.. Awang ni berkahwin masa aku masih dialam budak2 yang hanya tahu nak bermain je bila balik dari sekolah. Bila dia dah berkahwin, aku dah kurang bermain2 depan kedai dia apatah lagi nak masuk lepak2 kat kedai dia.. awang pun dah jarang bagi2 benda kat kami.. agaknya bini dia marah kut.. he.. he di sebelah kanan bangunan kedai awang ni pulak ada bengkel kereta .. taukenya cina jugak dan dia pun menyewa kedai tu dan rumah dibelakang bengkelnya tu dari tokki sedara aku ni jugak.. yg besar tu aku gelar gajah dan ada masa ketika dia bawa sedaranya duk sekali, budak muda la kira2 ala andy lau la bagi aku masa tu.. aku gelarkan cicak.. sebenarnya aku minat kat cicak tu tapi malu2.. masa tu aku kecik lagi tapi dah pandai nak feeling la2 katakan.. zemi pun pernah berkerja ngan diorg tapi sekarang ni zemi plak jadi tauke bengkel tu… aku kira zemi amik experience keje ngan tauke tu untuk bukak bengkel sendiri lepas tauke tu dah blah dari situ.. itu yg mengagumkan aku tentang budak zemi ni..
Tauke ni aku rasa suka main judi kecil-kecilan kat rumah dia pada waktu lapang dia.. rumah aku kira2 selang satu rumah dari tauke ni.. aku selalu la dengar dia bising2 bersembang dan gelak2 bercakap dalam bahasa cina dia tu la.. pastu botol2 minuman banyak kat area rumah sewa dia tu.. Ada satu masa tu aku dan zemi buat misi cari duit kat bawah rumah tauke tu.. kami masuk bawah rumah tu dan kami dapat kutip banyak duit syiling.. pada waktu tu kalau dapat 5-6 keping duit syiling pun rasanya mcm dah banyak.. heeeee..

Ok la berbalik pada telatah anak2 aku pada hari CNY baru2 ni.. aku sebenarnya nak tangkap gambar diorg masa diorg buat gelagat ni tapi tak sempat.. so terpaksa la aku describe je suasana waktu tu.. mula2 tu aku tersilap bagi info kat anak2 aku yg tarian singa tu aku cakap tarian naga.. so diorg tetap cakap tarian tu tarian naga walaupun dah berkali aku betulkan.. pada hari tu lepas mandi pagi, maksudnya lepas dah tgk tarian singa tu la… intan dan nasrul pakai pakaian yang sama iaitu satu set singlet dan seluar character kungfu panda.. dah ok dah tu.. then tgh aku dan suami duk berehat2 rasanya masa tu dah lepas mkn tgh hari.. tetiba budak dua org ni lalu lalang dalam rumah dgn dua2 kepala diorg dalam satu kotak dijunjung kehulu ke hilir kadang2 intan didepan nasrul dibelakang dan kadang2 mereka bertukar sambil berlari-lari sambil menjunjung kotak tu dgn kepala kat dalam sambil menyebut “tarian naga”, “tarian naga”.. rupa2nya diorg ni mengikut aksi persembahan tarian singa yg kami tgk pagi tadi..
Aku cuma sempat snap satu gambar je guna kamera hp aku.. itupun gambar tak cantik dan tak jelas.. tapi aku attach kan jugak kat sini..



p/s: (Untuk suami)
Setegas dan segarang mana pun kita pada anak2, ika harap kasih sayang kita pada mereka tetap abadi umpama seburuk mana layanan ika pada abang pun tetapi kasih sayang ika pada abang takkan pernah luntur..
Harapan ika semoga kita sama2 dapat mendidik anak2 kita supaya menjadi insan yang berguna dan mulia kelak.

1 comment:

  1. huhuhuuu sebenarnya nak cite mende, cita awang, zemi, tokki, bengkel keta... sepatutnya kene tulis skt perasaan hg kt sini... cam aku heppi ke, sedih ke..... yg pasti hang ne ada hati kat awang ke selain cicak tue.. hehee, baguih gak kan intan n nasrul buat cmtue.. mengingatkan kita kpd sesuatu yg berharga dlm hidup kita, dan sekaligus membuatkan kita tak lupa asal usul kita dr mana,,, :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker