RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, February 25, 2010

My Favorite video: Perkembangan Janin dalam kandungan

Ika mmg suka sangat video ni.. intan anak sulung kita pun suka.. setiap kali tgk video ni mmg ika sebak.. ntah kenapa.. mungkin sbb naluri seorang ibu.. first time tgk video ni dulu dgn intam masa tu ika blom pregnant baby yg sekarang ni.. skrg ika dah ngandung 24 minggu (6 Bulan).. masa tu bila tgk video ni ika sebak terus menangis.. pastu intan tanya ika, nape ibu nangis... ika pun tak tahu nak jawab apa.. masa tu abg takde, abg pegi keje.. kalau abang ada, ika malu.. lps abang balik keje hari tu, intan suruh ika pasang lagi video ni.. ika pasang la.. abg pun tgk dengan intan.. ika masuk bilik sbb takut abg nampak ika menangis.. mmg ika menangis pun.. sebak la sayangg tgk video tu.. tambah pulak dgn alunan lagu pada video tu... ika taknak abang tahu ika menangis... ntah malu kut... abang mmg tak tahu pun ika menangis masa tu kan????
ika tertanya-tanya apa perasaan abang masa tgk video tu.. abg pun terharu jugak ke?? ika nak tanya abang tapi tak terlepas di mulut nak tanya... apa la agaknya perasaan abang yer masa tgk video tu.. apakah abang pun mempunyai jiwa yg sensitif macam ika jugak..? mmg ika akui sejak jadi bini org ni apatah lagi dah jadi mak budak, mmg jiwa ika begitu sensitif.. mmg pelik dulu ika tak pernah peduli pun.. mmg benar dan sebenar-benarnya seseorang wanita itu tetap mempunyai naluri sebagai seorg ibu jugak akhirnya walau sebrutal mana diri kita sebelum bergelar ibu... ika akui hakikat tu sbb ika sendiri melaluinya..

minggu lepas selepas dah rasanya lebih 6 bulan sejak kalai terakhir ika tgk video ni, ika cuba tgk lagi video ni, kali ni pun bersama intan.. ika try je la tgk.. tapi lagi sekali jiwa ika sebak dan terharu.. ika tak mampu nak membendung air mata.. naluri seorag ibu dlm diri ika terlalu kuat.. ika sebak, terharu dan ika menangis lagi.. ntah la... susah untuk ika keraskan hati dan tabah unuk tgk video ni lagi.. agaknya ika simpan saja video ni sbagai koleksi tanpa melihatnya buat seberapa ketika lagi...

Ini la video yg ika maksudkan:



Semalam pun masa pegi check up utk MGTT, ika sebak melihat pasangan ibu bapa muda di klinik tu denagan sorang bayi mereka.. ika agak baby tu umur 6 bulan kut.. sbb baby tu sepatutnya disuntik tapi disebabkan dia demam, nurse mintak postpone.. baby tu menangis melalak smbil didukung oleh bapa muda tu.. mmg muda sgt pasangan tu.. ika sebak dan menitis air mata.. ika terfikir apa la nasib anak tu .. ika doakan ibu bapa muda tu menjadi ibu bapa yg bertanggung jawab.. dan semaga sesusah mana pun kehidupan mereka, ika harap mereka tidak mengabaikan anak mereka.. ika harap mereka dapat menjaga dan mendidik baby mereka dgn jayanya... bukannya apa ika takut dgn isu2 semasa yg melanda masyarakat kita sekarang.. ika tak sanggup nak bayangkan nasib anak2 yang malang.. kadang2 ika rasa baik mereka yg tak bertanggung jawab ni bagi anak mereka tu kat ika biar ika yg jaga.. tapi sebenarnya ika sendiri pun tak mampu jadi mak2 atau ibu2 seperti mak2 kita dulu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker