Aku tak tahu mcm mana nak kabarkan masalah aku kali ni.. aku sedih, susah hati, runsing.. risau, berduka cita dan macam-macam lagi yg aku rasa ketika ini.. aku keliru, seperti aku ni sedang berilusina dan mcm2 lagi Jika aku luahkannya pada suami aku, dia pun tak boleh tolong, dia mana pernah ditimpa masalah seperti aku ni.. kalau aku pi tanya kat kaunter pertanyaan, mesti derang cakap aku ni dah tak betul, nak tepon rumah kebajikan minta bantuan, bantuan mcm mana yg depa nak bagi.. nak luahkan pada mak ayah aku? Mesti depa fikir aku dah tak siuman.. nak tepon 999, lagi la derang marah..
Habis pada siapa dan di mana lagi aku patut ceritakan, luahkan, dan kongsikan masalah aku ni..
Nasib baik la aku ada ruangan contengan aku disini..
Nak tahu apa masalah aku?? Sila scroll ke bawah lagi..
Ini la masalah aku, yang aku maksudkan tu…
Macam tak percaya je…
Masalah ni timbul sejak aku amalkan cara pemakanan seperti ni..
maksud aku.. aku ni kuat melantak!!! Melantak je memanjang!!!
Dulu aku bukannya jenis manusia yang mcm ni .. aku slalu amalkan gaya hidup yang sihat terutamayan pemakanan yang sihat seperti member aku yang bawah ni.. (dan tak lupa nak mention yg aku ni lawa skitttt je lagi dari dia ni.. kih..kih… kah…kah… kuh…kuh..)
Seterusnya, aku nak kongsikan senarai makanan kegemaran aku:
- Ice cream yang bertingkat-tingkat dan MESTI berwarna-warni punyer.. dan dgn pelbagai perisa (satu perisa je, tak main aaahhh…)
- Kentang goreng yang enak skali jika di cicah ngan sos cili/tomato sebelum dimasukkan ke mulut untuk dikunyah .. tapi rasanya lebih enak jika di cicah dgn budu atau belacan atau pun cencaluk jika ingin merasai kelainannya
- Brownies yang dilimpahi dgn coklat lembab dan di tabor dgn pelbagai jenis kekacang..
tips: kalau kekacang tu di goreng terlebih hangus terlebih dahulu lagi kaw-kaw rasa dier.. biar sama colour cam coklat tu
- Mayonis yang dimanupulasikan untuk pelbagai kegunaan.. salah satu caranya ialah ia di gaul dgn nasi putih terlebih dahulu sebelum dimakan..
Last skali aku nak kongsikan tentang cita-cita dan impian aku selepas hari ni (yang mungkin akan terlaksana tapi kemungkinan besarnya LIAT skit nak menjadi.. )
Jeng-jeng,… aku nak jadi seperti bekas nenek tiri bapak sedera sebelah mak mertua abang angkat member aku tadi tu.. (gambar di bawah ni..)
Sekian..
satu bahan bacaan yang baik..cube la baca..
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/note.php?note_id=131338420219970
makan je selagi boleh makan...
ReplyDeleteJangan malu2...
huhuhu....
errr...mayonis letak kat nasi putih dulu sblm mkn tu sedap ke??? .... makan sikit2 tapi pengambilan yg kerap...(owh, atau cadangan ni lebih kurang je dgn makan banyak hasilnya nnt?)..hehehehe
ReplyDeletetry kira calorie intake dlm daily diet tu ..pastu tgk brp sepatutnya calorie yg kita ptt amik..ha ..baru tahu byk mana nak kene cut..
ReplyDelete***aku pong overweight gak nih...mkn nasi 1x jer sehari..try n error tu..satu agi..mkn ikan jer..avoid ayam..daging..try ar..mmg bhasil...
apakan daya, sy juga mengalami masalah yg sama..hak3
ReplyDeleteowh berat, mengapa ko x nk turun..grrr
huhuhuhu
i pon suka makan.
ReplyDeletetapi syukur kada metabolisme i sangat bagus...
sekalipon sehari makan 4-5 kali nasi still begini gak haha
dulu aku melantak mcm mana pun, badan ssh nak naik tapi sejak aku dikahwinkan dengan lelaki pilihan hati .. begini la hasilnya.. kalau aku dikawin paksa dengan org lain mesti aku lg slim kan?? kann?/ kan??? betul ke... mmmmm...mmmmm
ReplyDelete