RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, March 8, 2010

Coretan Untuk puteri-puteri Ibu


Sebenarnya coretan ni aku tulis selepas aku kehilangan anak kedua aku kira2 bulan July tahun 2006 selepas aku habis pantang selama sebulan. Masa tu aku hanya ada anak sulong aku Intan Nurliyana yang ketika itu berumur baru masuk setahun dan baby ni aku namakan Intan Nuraisyah secara tak rasmi sbb suami aku kata tak perlu la di registerkan kematiannya sbb kami taknak registerkan kelahirannya di pejabat pendaftaran. dan biarlah kami abadikan dia dlm kenangan kami berdua je..  Baby aku ni aku lahirkan ketika dia di confirmkan oleh doktor telah meninggal 2 hari dalam kandungan. Ketika tu usia kandungan aku adalah 6 bulan, kira dah cukup sifat.. aku lahirkan baby girl ni pada pukul 2.50 pagi ,2 hb june 2006 di GH Ipoh dengan berat 800g.  Ketika aku menulis artikel ni, mmg kesedihan tu masih terasa sesangat, sampai sekarang pun kalau aku baca balik coretan ni pun air mata mmg akan mengalir.. sbb tu coretan ni aku simpan je.. tak pernah nak di publishkan kecuali dlm frienster aku je.. itupun aku tak sanggup nak baca ..
Jika bercakap pasal kesedihan, aku mmg tak reti nak cerita.. apa yang boleh aku katakan hanya org yg pernah mengalami saja yang akan faham..
Dan seperti yg  pernah aku katakan sebelum ni, aku bukan la seorg penulis dan apa yang aku coretkan di coretan ini adalah mengikut rasa hati dan suka hati mak bapak aku je..

CORETAN BUAT PUTERI-PUTERI IBU 

Duhai INTAN NURLIYANA..
Telatahmu menguburkan kesedihan ibu
Gelak tawamu mengaburi penderitaan ibu
Kaulah permata, kaulah penyeri hidup ibu
serasi dgn nama timanganmu 'INTAN' pemberian abahmu
Tubuh kecilmu kudakap selalu
Renungan matamu yg tajam
seakan mengerti apa yg terpendam dihati ibu

Duhai INTAN NURAISYAH..
Maafkan ibu..
Bukannya ibu menolak takdir yg tertulis
Malah ibu bersyukur
Kerna diberi peluang untuk bersamamu tanpa bersua wajah
dan tanpa ibu merasa kehalusan dan kehangat tubuhmu waktu kau dilahirkan..
Walaupun hanya 6 bulan jasad dan rohmu dipinjamkan ke rahim ibu..
Namun kehilanganmu begitu ibu terasa..

INTAN NURAISYAH puteri ibu..
Sunyi sepi ketika kau ibu lahirkan
Tiada tangisan darimu..
Hanya rahim ibu yg masih berombak kencang, seakan masih menolak jasadmu
Ibu yg masih kebingunggan, masih menafikan pemergianmu..
Kita berpisah jasad juga akhirnya..
sayangnya anak ibu, hanya itu yg temampu ibu ucapkan..
Ibu masih terkilan kerna tidak menatap wajahmu ketika itu..
Bukannya ibu membenci dirimu
Tetapi ibu tak sanggup berpisah dgn anak yg telah ibu kandungkan..
Kau juga permata seperti kakakmu
Kerna itu ibu namakan dirimu 'INTAN'..

Duhai anakku INTAN NURAISYAH..
Biarpun kita tidak sempat bersua wajah
Biar kulit lembutmu tidak dapat ku usap
Dan biarpun tangismu tidak dapat ku pujuk
Ibu yakin kau secantik dan seindah kakakmu
Ibu yakin kau juga setabah ibu..
Ibu juga yakin hatimu selembut dan sehalus abahmu
Meskipun setebal mana pun coretan ibu buatmu
Ibu tahu, ibu takkan mampu menyatakan betapa dalamnya kasih ibu terhadapmu
Betapa rindunya ibu untuk menatap wajahmu di'sana' nanti
Dan betapa kesalnya ibu kerna tidak dapat bersamamu
Jasad yg dipinjamkan kerahim ibu telah ibu pulangkan
Dan ibu bersyukur, rohmu yg dipinjamkan juga
memberi peluang untuk ibu merasai perasaan sebagai seorg ibu lagi
Mengasihimu dan teman berbicara sejak dirimu didlm kandungan ibu lagi..
Dan perasaan itu juga menghapuskan duka lara ibu buat seketika
Dapatkah ibu merasai perasaan itu lagi??

INTAN NURLIYANA..
Biarpun tak byk yg mampu ibu coretkan tentang dirimu
Namun, ketahuilah kasih sayang ibu terhadapmu tiada tandingannya
Kaulah permata pertama ibu buat selamanya
Kasihilah adikmu tanpa kau mengenali dirinya
Dan kasihanilah ibumu tanpa kau mengetahui penderitaan jiwanya..

Buat puteriku INTAN NURAISYAH..
Ibu buntu utk mengakhiri coretan ini untukmu
Apa yg harus ibu coretkan lagi utkmu
Meskipun bukan segala yg terpendam dapat ibu luahkan disini
Namun coretan ini mampu mengurangkan
penderitaan, kesedihan dan kerinduan ibu terhadapmu
Biarpun sedih dan pilu hati ibu akan terubat
Namun ingatan ibu terhadapmu akan kekal abadi..


Alhamdullilah selepas 2-3 bulan selepas tu aku disahkan mengandung lagi.. dan kali ni mmg aku lebih prihatin terhadap kandungan aku.. kami suami isteri berasa bersyukur kerana di kurniakan seorang baby lelaki yang kami beri nama Mohammad Nasrul Danish.. Walaupun kelahirannya adalah 5 minggu awal dari jangkaan bersalin dan dikira pramatang tapi alhamdullilah beratnya cukup untuk dilahirkan normal. Dia di lahirkan pada 19 hb May 2007 pada pukul 4.30 pagi Di GH Ipoh dengan berat 3.1 kg. 


Sehingga kini dia lah satu2nya a little superhero yang aku ada dan paling aku sayang walaupun kerenah anak lelaki ni mmg mencabar kesabaran aku dan suami sebagai ibu dan bapa. Kepada ibu bapa yang mempunyai ramai anak lelaki aku mg salute kat korang.. (p/s: kakak aku Ina mempunyai 3 anak lelaki dan seorang puteri bongsu setakat ni.. Salute!!!!)


1 comment:

  1. sedihla huhuu nie bolehlah dikira sbg puisi... huhuu thanks sebb kami teriak!! :) moga intan Nuraisyah tenang di sana, syurga tempatnya... al-fatihah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker