Hari ni jadual kelas aku takde la padat sgt so adalah peluang untuk aku update kan blog aku dan buat post baru.. entri aku kali ni agak ketinggalan zaman dan dah basi, maklum la org dah nak habis mood beraya aku baru nak ceritakan tentang perjalanan balik beraya aku di kampong aku di rumah mak ayah aku di Dungun Terengganu.. Apa yg aku nak kisahkan kat sini bukannya pasal suasana berhari raya tapi aku nak kongsi kisah aku sekeluarga ketika pulang ke Terengganu dan balik semula ke Ipoh pada musim perayaan baru-baru ni..
Kami memulakan perjalan pulang ke Terengganu dari Ipoh sehari sebelum raya.. kami bertolak dlm pukul 11.30 pagi dan alhamdullilah selamat sampai di rumah mak aku di Gong Pasir yg berada didlm daerah Bandar kecik Dungun dlm pukul 9 malam.. begitu jauh rasanya nak sampai..
Kami kelaur dari tol Simpang Pulai melalui lebuhraya utara selatan menuju ke arah KL dan masuk ke tol Tanjung Malim dan melalui jalan lama sehingga ke Batang Kali sebelum mendaki Genting Highland dan keluar ke Lebuh Raya Karat dan kemudiannya meyusuri Lebuh Raya Pantai Timur sehingga ke Sg. Ular di Kuantan dan melalui jalan biasa sehingga la sampai di Dungun.. Tol dari Ipoh ke Tangjung Malim kira2 RM15.80 dan tol di Lebuh Raya Karat RM3 dan seterusnya tol di Lebuh Raya Pantai Timur ialah RM21. Suasana di lebuh raya utara selatan ketika kami menghala ke KL agak lenggang tapi sebaliknya di arah bertentangan.. sumer org faham sebab apa kan?? So tak payah la aku terangkan, korang boleh imagine sendiri.. so dgn lalalala.. nya kami meneruskan perjalanan.
Sampai di rumah mak aku, dah lepas waktu berbuka puasa so sumer org dah kenyang kecuali keluarga kami.. kami terus ke dapur dan soru… sebenarnya kami malas nak berenti singgah dimana-mana untuk makan lagipun dengan kerenah anak2 kami, aku malas nak handle derang… lagipun aku ada bby kecik atas riba.. (banyaknya alasan aku …)Tapi tak pe bila aku bukak kuali kat dapur, aku tgk dah ada rendang ayam.. fuhhhh.. meleleh air liur aku.. terus makan je la… Untuk raya besoknya , mak aku masak rendang daging pulak… fuhhhh best….
So seperti yang aku katakana aku taknak ceritakan suasana kami beraya.. cerita dah basi.. aku cuma nak ringkaskan aje.. Hari raya mcm, biasa ahhh.. selepas sembahyang raya kami bersalam-salaman, kuar duit bagi duit raya kat anak2 buah… anak aku pun dapat duit raya jugak so adil dan saksama la kiranya.. lps tu seperti biasa selepas makan beramai-ramai kami akan konvoi 5-7 bijik keta aktiviti meyerang rumah sedara mara.. Tahun ni kakak aku yg paling tua dan abang aku tak join sama sbb depa balik rumah mertua masing2.. opps lupa nak mention yg ahli keluarga aku besar.. aku anak ke-4 dari 8 org adik beradik, 2 lelaki dan 6 pompuan, sumer dah kahwin kecuali yg bongsu, cucu mak aku dah ada 19 org dah , lagi dua on the way, insayallah, sorang hujung tahun ni dan sorang lagi awal tahun depan. Biasanya hari raya pertama kami mmg tak lekat dirumah.. kami serang rumah sedara mara dulu.. tu yg biasanya makanan kat rumah tak habis2 ( mak bising kata mak dah malas nak masak bila raya sbb kitaorg makan dirumah org lain dulu.. so makanan selalu tak habis…). Apa2 hal pun masakan mak kitaorg ni tetap yang the best!!!!!!
Satu lagi yg aku nak kongsi ialah aku berasa kecewa skitt sebab aktiviti bergambar kami tahun ni tak sesempurna seperti tahun lepas dan lagi satu masa nak amik gambar aku, suami dan anak2, anak bongsu aku Akhil, 4 bulan dah tak pakai baju melayu sebabnya masa pagi tu sebelum bergambar tu baju dia basah sebab kencing dalam buaian kerana baringannya senget!!!..
Ini la gambar keluarga masa raya baru2 ni.. (Informal je..)
Yang ni pulak masa hari raya kedua di rumah adik kedua aku,. dia wat rumah terbuka utk ahli keluarga je.. makan nasi minyak.. best !!!!!
Ni gambar aku tgh mengumpul awok-awok kapal untuk di amik gambar:
Photographer tahun ni adalah adik bongsu aku (Azreen bin Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Neerza Gates di facebook.. hhiiiiii) bersama kamera digital barunya.
Ni lagi gambar family aku
Ni gambar mak aku dan adik aku (tuan rumah) dan jgn lupa yang meyelit kat blakang tu adalah wani anak dara kedua aku..Ni gaya wani persis ala2 supermodel terkenal.. yg duk tgh pening kat belakang hujung sebelah kanan tu ayah aku.. the handsome man in town satu ketika dulu.. yg duk kat depan ayah aku tu adalah besan dia..dan yang duk sebelah kiri yg berbaju hitam tu adalah the latest adik ipar aku yg baru join the group akhir tahun lepas. Yang duk mencangkung kat belakang nunnn, adik no.1 aku bersama suami dan anak2 tgh duk tenung ikan dalam kolam..( sampai ikan pun hilang selera nak makan..)
Yang ni pulak gaya anak bongsu aku.. tgh neneng!!
Lagi gaya anak dara aku: si wani
Anak lelaki aku : nasrul
Anak sulong aku: Intan
Dan ini pulak gabungan 2 orang anak dara aku
Next, kisah kami Pulang Beraya Dari Terengganu pulak!!!
semua keletihan eheheh
ReplyDeletedriver maintain?
kuman "prestasi..." Entry
jom join contest saya boleh menang RM101.00 di http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/join-my-contest-be-my-followers.html
ReplyDelete