RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, March 25, 2010

Persediaan Menyambut Anak ke-4 (Bahagian 2)

Setiap kali mengandung mmg aku selalu berada dalam dilema nak memilih set bersalin yang mana satu untuk digunakan ketika dalam pantang.. Rasa2 aku ramai jugak wanita yang sependapat. Sekarang ni lagi la berlambak-lambak, bersepah-sepah dan menimbun-nimbun jenama set bersalin yang ada dipasaran..  janji sediakan duitnya aje.. Tapi kali ni aku kena jugak fikir tentang budget, lagipun dah masuk anak ke-4 ni faham2 aje la.. perbelanjaan anak2 yg lain pun kena fikir jugak, pastu perbelanjaan lepas bersalin pun sebenarnya lagi banyak!!!!! Nak antar anak ke rumah pengasuh lagi, duit susu pamper anak aku yang 2 orang lagi, maklum la beranak rapat-rapat ni keburukannya ialah apabila berada dlm situasi yang macam aku sekarang ni la... anak aku yang 2 orang lagi, yang baru nak masuk 3 tahun dan 2 tahun ni pun belum lepas lagi susu botol dan pamper pakai buang derang ni... isk... isk...

Setelah banyak faktor2 yang aku consider kan.. last2 aku memilih set bersalin keluaran HPA ni.. 

 

Selain dari harganya yang lebih murah berbanding set bersalin NR (almost RM 400), Sendayu Tinggi (dlm RM 300++) dan Tropica Herb (anggran RM 200++) yang pernah tertulis dalam senarai pilihan aku untuk tahun 2010 ni,aku juga ingin menyatakan sokongan aku terhadap perniagaan orang islam.. Cehwahhhhhhh......





 
Satu lagi strong reason kenapa aku memilih produk ni sebab aku rasa semua kandungan dalam set bersalin ni mmg aku perlukan dan akan guna sepenuh ni.. Seperti yang pernah aku cerita dalam artikel aku yang sebelum ni kebanyakan barangan dalam set bersalin yang aku beli  sebelum ni takkan di gunakan sepenuhnya.  So aku harap kali ni aku telah membuat pilihan yang sangat2 tepat..





Di dalam set besalin HPA ni terdapat:
  • Minyak Barut
  • minyak Bayi
  • Teh Herba
  • Ubat Periuk
  • Kapsul Wanita A & B
  • Ubat Basuh
  • Spirulina




Aku rasa sumer tu dah cukup, tak payah lebih2.. lagipun barangan lain aku dah sedia ada sebelum aku mengandung lagi. Ada sesetengah tu adalah barangan dari set bersalin aku yang terdahulu, yang tak habis aku guna masa berpantang dulu.. yang penting boleh jimatkan duit dan barangan tu masih boleh digunakan lagi..



Ini adalah sebahagian dari barang2 yang dapat aku kumpul kan semalam setelah aku geledah satu rumah dan aku berjaya menye'snap'kan gambar2 ni sumer.....













 

Ini boleh di kategorikan sebagai barangan untuk mandian dan penghangat badan.. Bedak Hangat Afiat tu aku tak pernah guna walaupun aku dah pernah beli 2 set Afiat tu.. Mungkin sebab bau dia kurang menyenangkan.. Kali ni pun blom tentu aku sanggup nak pakai.. Lulur2 tu pulak mmg best kalau di sental ke badan.. maklum la lepas bersalin baru boleh nampak daki2 kat badan  dan celah-celahan tubuh yang kita wat koleksi masa mengandung tu..


 

Yang ni pulak termasuk dalam kategory minyak baby. Di pakaikan kat perut dan kaki baby setiap kali lepas mandi dan setiap kali tukar diapers.. Balm Afiat tu pun jarang2 aku guna.. itu yg ada terlebih dari zaman pantang si Wani ni dulu.. Minyak TYT tu bukanlah seperti warming oil tapi boleh la kut untuk mengelakkan baby kita tu kembung perut.





Yang ni pulak kategory jamu untuk di telan.. sebenarnya jamu ni aku makan sebelum aku start mengandung yang ke 4 ni, tapi dah terlanjur mengandung terpaksa la aku stop dulu, then dah ada lebih-lebihan ni, boleh la aku telan semasa dan selepas pantang nanti..







Yang ini pulak termasuk dalam kategory ubat untuk sapu meyapu di badan dan seluruh tubuh.. Lotion mustajab tu aku pakai sebelum mengandung yang ke 4 ni lagi , kononnya nak slim dan trimkan mana2 bahagian yang patut lepas bersalin si Wani dulu tu.. Dah ada lebih tu, aku continue je la masa dalam pantang nanti.. hopefully boleh la kecikkan sikit mana2 bahagian yang boleh..
Dan minyak urut yang paling aku suka, minyak herbanika NR, sapu... sapu... dan sapu je....
Tapel Sari Ayu tu aku saja beli lps pantang si Wani dulu, ingatkan boleh kempiskan perut sikit lepas habis pantang 44 hari, tapi aku tengok perut aku cam tu la jugak!!!


Yang ni Barut Berubat Afiat.. aku tak pasti masih boleh pakai ke tidak.. ataupun ianya hanya digunakan hanya sekali tempoh berpantang saja.. 
apa2 pun aku akan tanya expert dulu..








Yang ni pulak barang2 yang baru aku pi beli pagi tadi dengan suami kat Pasar Super Kinta.. 

Aku panjat tangga Pasar Super Kinta tu semata-mata nak beli lulur ni sebab ianya MURAH compare dengan lulur yang ada di pasaraya cam lulur Puteri Binari kalau tak silap aku dah RM12.. yang ni aku boleh dapat dgn harga RM5.60 je satu.. 

Bedak sejuk tu pulak saja nak try.. betul ke pakai bedak sejuk ni boleh buat kita licin dan gebu ek?? Ada sesetengah orang tua yang amalkan pemakaian bedak sejuk ni aku tengok kulit muka derang macam best je.. macam muka mak mertua aku tu..

Yang penting buat aku sekarang adalah aku mesti belajar untuk menjadi pengguna yang bijak dan yang paling penting jangan buat poket suami kita bocor tak tentu pasal.. Itupun kalau kita sayang suami la.. kalau tak suruh je laki kita tu beli ikut kehendak nafsu kita.. kehendak kita ni mmg tak pernah habis dan tak pernah kurang so terpulang la kepada individu.. tepuk dada tanya la selera..

Tuesday, March 23, 2010

Kuah Yong Taufu

Resepi ni aku perolehi dari kawan aku Anisah (bekas geng maxwell)

Bahan-bahannya:
  • 4 sudu besar cabai kering (ditumbuk)- Bahan A
  • 1 labu bawang putih - Bahan A
  • 3 ulas bawang merah - Bahan A
  • 1 botol kecil sos cili Maggie
  • 1 sudu besar otak udang
  • 1 keping gula kabung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • gula
  • garam
Cara membuatnya:
  1.  Panaskan minyak, tumis bahan A
  2. Masukkan cili sos apabila mengelegak. Kacau hingga rata
  3. Masukkan gula kabung. kacau hingga rata.
  4. Masukkan air apabila mendidih. Biarkan mendidih then masukkan otak udang
  5. Bancuh tepung jagung. Tuang dalam periuk sambil kacau.
  6. Akhir sekali, masukkan gula dan garam sesedap rasa.
Biasanya aku ubah amount bahan2 mengikut banyak mana aku nak siapkan kuah ni, takkan aku nak guna sebotol sos cili kut untuk makan 2-3 orang jer.. keje gila tu..

Kuah Kacang Cucur

Resepi ni aku mintak dari kawan aku Mazliana
  1. Tumis cabai sampai naik minyak
  2. Masukkan air
  3. Masukkan sos, garam sikit, gula skit, asam keping (1 kpg cukup ler)
  4. Masukkan kacang tanah yg dah siap digoreng tanpa minyak dan di tumbuk (jgn terlalu halus)
  5. Masak lagi, then masukkan air kalau terlalu pekat

Hobi Hari Minggu Wani

Setelah penat bermain, bergurau, bergaduh, bertengkar, cakar mencakar dengan kakak dan abangnya ini lah result at the end of the day especially pada hari cuti hujung minggu, hari sabtu dan hari ahad jika kami tak kemana-mana.

Tak kira tempat, keadaan, cuaca dan suhu sekitarnya, akhirnya anak pompuan aku wani berjaya mencari spot yang sesuai sebagai tempat landingnya.. fuh.. aku dan suami akan berasa lega buat beberapa minit, takpun kalau bernasib baik, buat beberapa jam....

Friday, March 19, 2010

Potong Rambut Nasrul

Ni gambar Nasrul tgh potong rambut dengan 'ane' yang sama untuk kali keberapa ntah aku lupa.. Rasanya kali ke 3 atau ke 4 ... Abah kena tunggu di tepi untuk memberi kata2 semangat dan  pemerhatian yang teliti agar tidak tersilap potong .. heeee... Kakak pulak saja nak kacau si adik..

Wani is Our Little Young Driver


Telatah wani ni dah berlanjutan sejak sebulan yang lalu.. Pada mulanya dia cuma jadi permerhati je.. biasanya Intan dan Nasrul yang selalu berebut melakukan aksi2 yang memerbahayakan dijalan raya ni but now wani is totally take over this action.. Kadang2 kami berdua suami isteri cuma memerhati je tapi kali ni aku bejaya meng' snap' photo ni dan juga merakan video ni untuk kenangan bersama.. he.... hee... aku berjaya jugak akhirnya!!!!!!!
Bakul kain kotor warna merah aku ni la yang selalu jadi mangsa.. kaki dimasukkan kedalam sambil duduk pastu bulatan ruangan atas bakul tu dijadikan umpama stereng kereta.. sambil mulut berbunyi lagak bunyi engine kereta berjalan.. Kadang2 tu lagak wani ni macam gerakkan stereng ala2 tgh amik corner membahaya pun dia boleh buat.. kalau tak percaya tengok je video di bawah ni..


Mula2 aku ingatkan bakul kain aku warna merah tu je yang jadi magsa, rupa2nya bakul raga aku wat guna kat dapur ni pun dia wat lagak tu jugak.. macam gambar kat bawah ni:


Dulu aku tak perasan pun anak aku yang mana satu yang selalu perlakukan bakul aku sampai jadi macam ni:

Then suami aku kata, dia sendiri yang nampak anak aku wani yang selalu buat bakul aku tu jadi macam tu.. Then aku la yang selalu perbetulkan balik bakul aku sampai jadi normal cam yang kat bawah ni.

Ni satu lagi, bakul sampah kecik aku yang kat dalm bilik tido pulak yang jadi mangsa. Photo ni aku snap pepagi sebelum aku pegi kerja.. aku duk tgh persiapkan diri nak ke tempat keje tapi si Wani plak sibuk buat aksi2 menarik ni..
Dan ini juga:


Friday, March 12, 2010

Permainan Anak-anak

Di dalam coretan aku yang terdahulu dalam post aku yang bertajuk "hasil creative contengan anak2" aku ada nyatakan tentang anak-anak aku berdua tu (Intan dan Nasrul) suka sangat bermain sambil mandi manda sampai kadang2 aku naik angin dibuatnya..  Bukan nya apa kadang2 habis lantai di bahagian depan di luar bilik air tu basah disemburnya dengan air dari paip getah. Barang2 permainan dalam bilik air tu bersepah, tak susun elok2.. kadang2 diorang ni lupa nak tutup pili air tu balik.. dan macam2 hal lagi diorang tu buat.. Aku rasa sumer mak bapak yang ada anak sebaya diorang ni menghadapi masalah yang sama.

Kat bawah ni aku saja snap photo barang2 favourite diorang berdua tu kat dalam bilik air..


Dari apa yang aku peratikan sekarang ni, tak lama lagi bertambah la keahlian geng mandi diorang ni.. Anak aku wani yang berumur setahun 4 bulan ni pun dah mula menunjukkan ciri2 seorang permerhati dan peminat geng mandi ni.. kadang2 bila budak berdua tu mandi dan bermain di dalam bilik air si wani akan follow je duduk di hadapan bilik mandi tu sambil tersengih-sengih menunjukkan minat yang mendalam dengan telatah abang dan kakaknya. Pernah dulu sekali bila aku sedar2 je wani dah berada dalam bilik mandi tu bersama diorang ni..
Pernah terjadi satu kejadian dulu masa tu wani masih duduk didalam walker dan si Nasrul pulak sedang mandi. Pada masa tu aku dan suami sibuk bersembang dan kami tak perasan dimana Wani berada. Bila kami sedar2 je rupa-rupanya Wani dah berada dalam bilik air bersama walkernya dan si Nasrul pulak sedang tolong siramkan air ke kepala dan badan Wani.. yang Wani ni pulak boleh tersengih-sengih seronok di perlakukan begitu oleh nasrul.. isk..isk..


Parker Pen Pemberian Suami

Pen pemberian abang ni adalah hadiah konvokesyen Ika semasa majlis konvokesyen Ika di UTP pada bulan August 2002.. Masa tu kita telah bertunang selama 2 bulan sebelum majlis konvokesyen tu. Ika masih ingat lagi abang hadiahkan ika sejambak bunga yang besar pada hari tu berserta dengan bungkusan hadiah yang mengandungi pen parker ini selepas selesai majlis konvokesyen tu.. Terima kasih sayang..

Sebenarnya pen pemberian abang ni dah banyak kali hilang tapi terjumpa balik so baik ika abadikan gambar pen ni sebelum ia hilang lagi..

Kadang2 ika terfikir mungkin abang ingat Ika tak pernah hargai pen pemberian abang ni..  Bukan maksud Ika pun nak careless.. tapi Ika mmg tak pernah pakai pen abang tu untuk kegunaan harian sebab tangan Ika ni lebih cormfortable menulis mengunakan pen murahan. saja . Ika lebih prefer  menggunakan pen yang takde jenama pun sebab ika rasa lebih selesa nak guna kan ia  malahan pen yg  biasa Ika guna kadang2 cuma berharga 0.99 sen je.. kalau beli kat tesco tu ika pernah beli dlm RM1 untuk 3 batang. Sesetengah tu ada pen yang ika dapat free dari mana2 ntah, kebanyakkannya dah lupa mana asal pen2 tersebut... Ika perasan tulisan ika menggunakan pen2 yang sedemikian mmg kemas dan cantik..

Ika masih ingat lagi abang kata abang bagi Ika hadiah pen ni bukan saja bersempena majlis konvokesyen Ika tu tapi juga sebab ketika itu Ika telah confirm akan berkerja sebagai seorg pendidik di Kolej Maxwell ni dalam masa sebulan selepas majlis tu. Terima kasih sekali lagi sayang...

p/s: Kalau boleh bagi la lagi hadiah kat Ika yer!!!! Tak payah mahal2 pun., pengikat rambut kat pasar malam pun boleh.... Asalkan nampak cantik dan ikhlas dari hati abang. Kali ni Ika akan jaga elok2, siap simpan dalam peti besi buat koleksi untuk tatapan anak2 pulak... hee

Thursday, March 11, 2010

Persediaan Menyambut Anak ke-4(Bahagian pertama)

Persediaan menyambut anak pertama adalah berbeza dengan persediaan anak-anak yang berikutnya.. Begitu juga dengan budget atau cost perbelanjaan untuk barang-barang. Bagi aku persediaan untuk baby pertama memanglah agak banyak untuk disediakan. Jadi, duit memainkan peranan penting. Berjimat cermat boleh membantu kiranya di saat duit amat-amat diperlukan satu ketika nanti. Sebagai rujukkan tentang persediaan anak pertama atau meyambut orang baru boleh la ke laman blog aku satu lagi iaitu dibawah label kehamilan dan kelahiran di http://ruanganwanita.blogspot.com 

Walau bagaimanapun tempoh mengandung selama sembilan bulan adalah tempoh yang amat indah. Lebih-lebih lagi, apabila baby sudah mula bergerak-gerak di dalam perut kita. Kita dapat rasa semua itu dan sehingga sesekali perut kita senget dibuatnya. Detik-detik itu sangat berharga pada seseorang yang bergelar ibu, bonda, mak, mummy dan lain-lain gelaran lagik terutama sekali sekiranya itu adalah pengalaman pertama.

Disini, aku buatkan checklist untuk rujukkan aku sendiri. Untuk orang lain maybe berbeza, so terpulang la kepada individu:

Barang-barang keperluan bayi

• Baju & seluar termasuk sarung tangan & sarung kaki
Kebanyakkannya aku dah ada dari 3 anak aku yg terdahulu so aku rasa aku nak beli 2-3 pasang je.. itupun size NewBorn @ S – Baby cepat besar Jadi, pakaian tak perlu dibeli dengan banyak.

Dilema aku: Nak beli lengan panjang ke atau lengan pendek …sebab cuaca kat Malaysia ni dah cukup panas- kesian baby tu nanti lagipun aku mmg jarang dan teramat jarang bedung anak2 aku pun

• Barut perut baby
Yang ni aku terpaksa beli lagi buat tambahan.. sebelum ni aku hanya beli yang size kecik dan size yang besar biasanya aku pinjam dari kakak aku je tapi kali ni mungkin tak sempat nak pinjam dari derang kut.. so terpaksa la aku beli dulu. Lagipun pengalaman aku sebelum ni barut yg aku beli sendiri tu sempat anak2 aku pakai kejap je sbb sizenya yang kecik.

• Kain napkin normally warna putih, (nowdays dah ada yang corak2)
Walaupun skrg ni org dah tak pakai lampin kain ni tapi mmg banyak guna kain ni..Biasanya orang guna utk bedung baby, aku pun guna gak untuk tu tapi normally aku banyak guna buat alas, lap muak dan air liur etc, wat selimut baby kalau cuaca panas dan pelbagai la jugak.

Task aku : aku dah ada sedozen napkin ni so tak payah beli tapi keje aku lepas ni merendam, men’klorox’ dan me’nila’ kain2 tu sumer. Last minute kalau tak cukup baru aku beli buat tambahan sebab ada sehelai dua dari kain2 tu aku dah buat kain buruk wat lap meja sbb aku ingatkan dah nak stop production masa beranakkan wani akhir tahun 2008 hari tu.. Tapi normally aku tak byk guna pun kain2 napkin tu.. so rasanya mmg dah cukup..

• Tilam & bantal bayi
Sumer dah ada, pakai yang lama je..
Bantal baby yang ada lekut atau bulat yg dekat tengah² tu pun aku dah ada 3 bijik,~ sesuai untuk bagi kepala baby licin @ straight . Betul ke tidak, aku tak tahu ler
Di sini aku attached gambar2 bantal ni:


Yang ni aku beli kat Pasarayaku je masa intan umur dah setahun lebih.. saja aku beli wat tambah koleksi permainan dia.. kiranya aku beli dah terlambat...










Yang ni plak aku beli masa beranakkan Wani.. siap dengan alas tilam dan dua bantal peluk.
Aku mmg sengaja beli warna biru sebab aku confident giler masa tu aku mengandungkan baby boy... Lahir2 je kuar baby yang ada alat sulit  sama cam aku.. Terima dengan ikhlas dan penuh kesyukuran walaupun separuh nyawa aku bertarung untuk lahirkan dia..






Yang ni pulak hadiah dari kawan aku Juliana untuk baby wani.. Thanks Ju..
 (Selamat menempuh alam keibuan kelak...)










• Diapers size S atau Newborn
Kata orang beli brand murah aje dulu coz baby kerap berak tapi aku tak setuju sebab kulit baby baru lahir ni biasanya sensitive dan kita tak tahu tahap kesensitivitian mereka tu tapi mungkin tak salah kalau kita beli yang kecik dulu buat sample asalkan kulit baby tu tak elergic dengannya. So terpulang.. Kalo beli yang size newborn tu lagi elok masa awal2 kelahiran baby sebab seingat aku aku pernah guna pamper size newborn ni jenama Drypers. Kebaikannya ialah sebab ia ada cutting kat depan, so diaper tu tak kena pusat baby ..kan pusat tak tanggal lagi kan..so tak la mengganggu tali pusat tu.. satu lagi aku ingat lagi zaman aku lahirkan anak sulong aku tahun 2005, masa tu mana ada diaper bersaiz NB kecuali jenama Mamy poko je.. itu la yg aku beli waktu tu.. rupa-rupanya beli diaper size S pun takpe

• Towel Baby
Aku dah sediakan 2 helai. Satu mak aku dah siap bagi masa aku balik kg hari tu masa adik aku kahwin bulan December baru ni.. Satu lagi aku beli kat billion bulan lepas. So settle la tu..

• Toileteries baby
Ni wajib beli .. kali ke berapa hang beranak pun mesti kena beli baru jugak. Tolieteris ni termasuk la baby bath, baby shampoo, baby powder, baby lotion if necessary ( aku jarang sapu lotion kat anak2 aku), wet tissue, baby oil, baby warming oil cam minyak telon tapi aku prefer brand anakku atau pureen, pastu aku try jugak minyak TYT dan sebagainya, Nappy cream (Bagi mengelakkan ruam kat punggung baby). Selain dari tu kapas @ Cotton bud, Tisu kotak @ tisu bulat pun perlu jugak.

• Beg baby
Aku guna je mana-mana beg yang dah ada.. asalkan ada poket untuk letak bottle susu dan sebagainya dan ada ruang untuk lekat napkin @ towel, diapers, napkin dan lain2 keperluan untuk kuar rumah bersama baby.. yang penting boleh jimat belanja

• Katil baby ?
Aku tak pernah beli pun sejak baby pertama. Rasanya tak perlu sangat sebab biasanya kita senang tido sekali. Nak breasfeed pun senang lagipun mmg digalakkan ibu2 tido bersebelahan dengan baby masing2.

• Pendukung baby
Mungkin boleh dibeli pada awal baby 3 bulan ke atas. Aku pernah beli masa anak pertama dulu, konon tak nak bagi lenguh pinggang gendong baby ke hulu ke hilir tapi suami aku tak suka guna benda alah ni.


• Botol susu
Ini pun kena beli baru.. rasanya elok aku sediakan 2 botol susu yang kecik dulu. Botol susu besar tu lambat lagi baby tu nak guna.. Botol susu yang saiz extra kecik aku dah ada.. biasanya aku guna botol tu untuk isi air masak@kosong.. Masa dalam pantng botol susu extra small tu pun aku guna letak susu jugak sebab biasanya baby minum sikit je.


• Barang2 baby lain yang aku dah ada dan rasa tak payah beli :
- Baby blanket (aku dah ada 3, sorang satu)
- Alas getah
- Besen mandi baby
- Kelambu baby (Alaa.. yang tak nak bagi nyamuk gigit tu, cam serkup tu)
- Beast pump
- Bakul baju baby (Maybe kena beli jugak ni...)
- Bakul sampah kecik (senang untuk main campak2 je sampah kat dalam tu)
- Alas plastic tukar diaper
- Buaian
- Baby bouncer
- Walker (kalau dah 5 bulan ke atas baru aku pakai)
- Stoller

.

Tuesday, March 9, 2010

Keriangan anak-anak adalah kegembiraan kami

Gambar-gambar ni diambil ketika berada di Padang Polo selepas aku balik keje minggu lepas.

Intan tak habis-habis dgn symbol "peace" nya


Intan dalam Bear Biru:

Nasrul dgn senyum menawannya:
 Wani dengan sengih mengada-ngadanya:

Wani's First Snap Photo

Actually this is not exactly the first snap photo taken by wani herself, tapi ni aku kira first snap photo yang wani amik yg ada makna. Biasanya ntah apa2 jenis photo yg dia snap smpai aku pun garu kepala berfikir kat mana dan masa bila dia snap gambar2 tu.. kadang2 tu gambar2 tu rupa makhluk asing pun ada, kira macam "unidentified object".

So this photo aku declare sebagai Wani's First Snap Photo...



Kebiasaannya bila kami naik kereta Wani will sit on my lap kat bahagian depan kereta sebelah pemandu kalau suami aku yg drive.. so kadang2 dia ni jenis tak boleh diam, meronta je.. so kdg2 tu aku bagi dia main hp yg ada kamera ni then baru dia kusyuk.. kdg2 tu dia sendiri yg selongkar handbag aku cari hp tu.. so instead of aku terpaksa layan kerenah dia baik aku bagi je hp tu bagi dia godek2 sendiri.. that's why hp aku ni lebih baik takde kredit drpd ada.. nanti ntah2 bangla atau nepal mana yg dia call... hee

Next photo yang di snapkan oleh Wani pun masih bertemakan "gambar kaki saya"..

Kadang2 tu dia suka berdiri je kat depan sambil main2 kat dashboard keta macam photo kat bawah ni:
Telatah wani ni kadang2 menghiburkan kami sbb dia suka sgt ikut telatah kakak dan abangnya.. berlagak nak jadi org besar tapi habuk pun takde.

Mmg boleh nampak perbezaan antara kanak2 yg lahir tanpa teman seperti abang dan kakak dengan kanak2 yg lahir dgn suasana abang dan kakak sudah sedia ada. Macam Intan dulu membesar tanpa adik2 masa tahun pertama dan kedua kelahirannya, so bila balik rumah je kami la teman sepermainannya kadang2 aku tgk je dia main sorang2, independance tanpa teman.
Bila time wani pulak, aku seronok tgk dia rapatkan diri dgn kakak dan abangnya TAPI ada satu masalah lain.. mereka ni kuat bergaduh,  kuat berebut barang dan kadang2 tu tangan kaki pun naik sekali... isk2...

Apa2 pun ini la telatah dan kerenah anak2 kami.. SABAR je la... fuhhhh..

Hasil kreativity contengan anak-anak (Bahagian 2)

Kali ni aku nak sambung artikel yang bertajuk hasil creativity anak- anak.. kali ni bahagian 2 pulak.. Kalau nak dikira mmg banyak sangat hasil contengan kat dinding rumah tu.. lupa pulak aku nak snap gambar contengan diorg selain di dinding rumah. Ada sesetengah tu diorg conteng kat bekas2 plastik malahan kat pinggan melanin wat makan tu pun diorg tak lupa nak tinggalkan hasil keje tangan derang ni.. Bagus betul.. kat kerusi meja solek aku pun ada..


Ni aku attach beberapa keping photo lagi kat bawah ni…

Apa yang menarik perhatian aku kali ni ialah tentang hasil keje tangan anak aku Intan yang berumur 5 tahun dalam photo dibawah ni... Sebelum ni malas aku nak tanya dia apa kebenda la yang dilukisnya tu.. tapi petang semalam semasa aku duk mengadap contengan dia ni, aku pun terfikir nak tanya dia apa yang dia lukis sebenarnya..

 So dengan confidentnya dia menerangkan dengan loghat2 pelat dia tu bahawa gambar tu sebenarnya gambar sebuah rumah diatas sebatang pokok.. siap explain kat aku lagi kat bahagian bawah tu  ada tangga, So, ibu naik tangga2 tu, pastu sampai la kat rumah dia atas pokok tu, (kat bahagian atas). Then baru aku faham... aku pun perati la gambar tu betul2.. boleh la diterima diakal tentang penerangan anak aku tu .. ada la jugak kaitannya.. ada tangga..., pastu ada rumah kat atas pokok.. boleh la...
So kat bawah ni aku snap jauh skit, so lagi jelas la kut penerangan budak ni... heee

Apa pendapat korang, boleh diterima ke  tidak penerangan anak aku tu dengan hasil contengan ni?
Bagi aku, boleh la.... lagipun, aku pun bukan seorang budak kreative sejak dulu!!!



Monday, March 8, 2010

Coretan Untuk puteri-puteri Ibu


Sebenarnya coretan ni aku tulis selepas aku kehilangan anak kedua aku kira2 bulan July tahun 2006 selepas aku habis pantang selama sebulan. Masa tu aku hanya ada anak sulong aku Intan Nurliyana yang ketika itu berumur baru masuk setahun dan baby ni aku namakan Intan Nuraisyah secara tak rasmi sbb suami aku kata tak perlu la di registerkan kematiannya sbb kami taknak registerkan kelahirannya di pejabat pendaftaran. dan biarlah kami abadikan dia dlm kenangan kami berdua je..  Baby aku ni aku lahirkan ketika dia di confirmkan oleh doktor telah meninggal 2 hari dalam kandungan. Ketika tu usia kandungan aku adalah 6 bulan, kira dah cukup sifat.. aku lahirkan baby girl ni pada pukul 2.50 pagi ,2 hb june 2006 di GH Ipoh dengan berat 800g.  Ketika aku menulis artikel ni, mmg kesedihan tu masih terasa sesangat, sampai sekarang pun kalau aku baca balik coretan ni pun air mata mmg akan mengalir.. sbb tu coretan ni aku simpan je.. tak pernah nak di publishkan kecuali dlm frienster aku je.. itupun aku tak sanggup nak baca ..
Jika bercakap pasal kesedihan, aku mmg tak reti nak cerita.. apa yang boleh aku katakan hanya org yg pernah mengalami saja yang akan faham..
Dan seperti yg  pernah aku katakan sebelum ni, aku bukan la seorg penulis dan apa yang aku coretkan di coretan ini adalah mengikut rasa hati dan suka hati mak bapak aku je..

CORETAN BUAT PUTERI-PUTERI IBU 

Duhai INTAN NURLIYANA..
Telatahmu menguburkan kesedihan ibu
Gelak tawamu mengaburi penderitaan ibu
Kaulah permata, kaulah penyeri hidup ibu
serasi dgn nama timanganmu 'INTAN' pemberian abahmu
Tubuh kecilmu kudakap selalu
Renungan matamu yg tajam
seakan mengerti apa yg terpendam dihati ibu

Duhai INTAN NURAISYAH..
Maafkan ibu..
Bukannya ibu menolak takdir yg tertulis
Malah ibu bersyukur
Kerna diberi peluang untuk bersamamu tanpa bersua wajah
dan tanpa ibu merasa kehalusan dan kehangat tubuhmu waktu kau dilahirkan..
Walaupun hanya 6 bulan jasad dan rohmu dipinjamkan ke rahim ibu..
Namun kehilanganmu begitu ibu terasa..

INTAN NURAISYAH puteri ibu..
Sunyi sepi ketika kau ibu lahirkan
Tiada tangisan darimu..
Hanya rahim ibu yg masih berombak kencang, seakan masih menolak jasadmu
Ibu yg masih kebingunggan, masih menafikan pemergianmu..
Kita berpisah jasad juga akhirnya..
sayangnya anak ibu, hanya itu yg temampu ibu ucapkan..
Ibu masih terkilan kerna tidak menatap wajahmu ketika itu..
Bukannya ibu membenci dirimu
Tetapi ibu tak sanggup berpisah dgn anak yg telah ibu kandungkan..
Kau juga permata seperti kakakmu
Kerna itu ibu namakan dirimu 'INTAN'..

Duhai anakku INTAN NURAISYAH..
Biarpun kita tidak sempat bersua wajah
Biar kulit lembutmu tidak dapat ku usap
Dan biarpun tangismu tidak dapat ku pujuk
Ibu yakin kau secantik dan seindah kakakmu
Ibu yakin kau juga setabah ibu..
Ibu juga yakin hatimu selembut dan sehalus abahmu
Meskipun setebal mana pun coretan ibu buatmu
Ibu tahu, ibu takkan mampu menyatakan betapa dalamnya kasih ibu terhadapmu
Betapa rindunya ibu untuk menatap wajahmu di'sana' nanti
Dan betapa kesalnya ibu kerna tidak dapat bersamamu
Jasad yg dipinjamkan kerahim ibu telah ibu pulangkan
Dan ibu bersyukur, rohmu yg dipinjamkan juga
memberi peluang untuk ibu merasai perasaan sebagai seorg ibu lagi
Mengasihimu dan teman berbicara sejak dirimu didlm kandungan ibu lagi..
Dan perasaan itu juga menghapuskan duka lara ibu buat seketika
Dapatkah ibu merasai perasaan itu lagi??

INTAN NURLIYANA..
Biarpun tak byk yg mampu ibu coretkan tentang dirimu
Namun, ketahuilah kasih sayang ibu terhadapmu tiada tandingannya
Kaulah permata pertama ibu buat selamanya
Kasihilah adikmu tanpa kau mengenali dirinya
Dan kasihanilah ibumu tanpa kau mengetahui penderitaan jiwanya..

Buat puteriku INTAN NURAISYAH..
Ibu buntu utk mengakhiri coretan ini untukmu
Apa yg harus ibu coretkan lagi utkmu
Meskipun bukan segala yg terpendam dapat ibu luahkan disini
Namun coretan ini mampu mengurangkan
penderitaan, kesedihan dan kerinduan ibu terhadapmu
Biarpun sedih dan pilu hati ibu akan terubat
Namun ingatan ibu terhadapmu akan kekal abadi..


Alhamdullilah selepas 2-3 bulan selepas tu aku disahkan mengandung lagi.. dan kali ni mmg aku lebih prihatin terhadap kandungan aku.. kami suami isteri berasa bersyukur kerana di kurniakan seorang baby lelaki yang kami beri nama Mohammad Nasrul Danish.. Walaupun kelahirannya adalah 5 minggu awal dari jangkaan bersalin dan dikira pramatang tapi alhamdullilah beratnya cukup untuk dilahirkan normal. Dia di lahirkan pada 19 hb May 2007 pada pukul 4.30 pagi Di GH Ipoh dengan berat 3.1 kg. 


Sehingga kini dia lah satu2nya a little superhero yang aku ada dan paling aku sayang walaupun kerenah anak lelaki ni mmg mencabar kesabaran aku dan suami sebagai ibu dan bapa. Kepada ibu bapa yang mempunyai ramai anak lelaki aku mg salute kat korang.. (p/s: kakak aku Ina mempunyai 3 anak lelaki dan seorang puteri bongsu setakat ni.. Salute!!!!)


Tips berpantang dan penjagaan selepas bersalin (Cara aku!!!)

Tips berpantang dan penjagaan selepas bersalin (Cara aku!!!)

Tips berpantang ni ditujukan khas untuk diri sendiri sebagai peringatan dan kenangan dan juga mungkin untuk rujukan beberapa orang rakan2 aku yang SENASIB pada tahun 2010 ini. Buat Juliana dan Shakrani yang bakal jadi first time mommy, selamat melalui waktu-waktu adventure korang pulak… Buat Kak ida( Bekas geng Maxwell College) dan Siti Rohana, kita bertiga ni dah kira SENASIB, sedang menjalankan misi menambah bilangan anak lagi ni...
Aku ni di kira berpantang koboi. Masa berpantang anak first aku berpantang di rumah mak aku di Dungun, Terengganu. Aku ni orang ‘Ganu kita’ dan laki aku org ‘Ipoh mali’... Kalau ada peluang nanti aku ceritakan dalam artikel yang lain macam mana perasaan dan pengalaman aku berpantang jauh dari suami tercinta. Masa berpantang anak kedua dan ketiga pulak aku berpantang di rumah sendiri bersama suami dan anak2, di Ipoh ni.. Adventure tu…. Hehe..

Sebelum branak, pertama2nya pastikan brg brg keperluan ibu dan baby dah lengkap. So that bile kita dah branak tak payah la sibuk buat list berjela2 pastu suruh laki pegi beli.. suami2 kita ni bukannya kaki shopping cam kita, mana la derang boleh memenuhi cita rasa kita yang sentiasa berapi tu...

Set Bersalin yg pernah aku gunakan sepanjang tempoh berpantang bercampur-campur.. suka hati aku jer.. dalam satu masa pelbagai set bersalin yang aku combinekan. Mana yang aku rasa ok dan rasa nak try, itu yang aku beli.. tapi yang penting ianya boleh di pakai mengikut keselesaan diri kita sendiri, sbb mengikut kata kakak aku Ina dan juga salah seorang promoter set bersalin De’ Wajah masa aku mengandungkan anak sulong aku , mereka kata buat apa nak beli satu set bersalin yang fully lengkap, sbb normally bukan sumer brg2 dalam set bersalin tu kita akan pakai… mmg betul pun aku tgk sendiri dan alami sendiri malahan sesetengah artikel pengalaman org lain yang aku baca takde sorang pun yg betul2 habiskan barangan dalam set bersalin tu.. Satu lagi walaupun byk barang2 yang aku teringin nak beli sbb kononnya nak slimkan badan balik slps bersalin, tapi memandangkan budget takde so aku beli dan pakai mana yang mampu je..

Antara set bersalin yang pernah aku beli adalah satu complete set AFFIAT yang warna hijau tu, pastu barangan set bersalin yang aku pilih2 je adalah DE’ WAJAH, LEESA FORMULA dan NONA ROGUY (NR). Tp still ada a few things need to buy.. Pada aku, antara yang banyak2 ni NR mmg bagus, tp kalau nak beli rasanya tak perlu satu set pon tak per.. beli yg penting2 jek lagipun NR ni mahal, kalau tak silap aku dalam RM360++ untuk set minimum.

Kebanyakan keperluan barangan baby aku beli sebelum beranak lagi sbb aku mmg suka buat research dan surfe internet pasal benda2 ni, persediaan rapi la katakan… lagipun masa tu anak sulong mestilah sapa2 pun akan excited cam aku jugak.. Tapi apa yang penting buat aku dan suami masa tu ialah kami nak completekan persediaan sebaik mungkin lagipun mmg tak salah kalau kita berbelanja lebih dan kalau boleh carilah barang2 yang berkualiti skit, bukannya apa itu jugak untuk pelaburan akan datang.. so bila dah masuk anak dua,tiga dan keempat macam aku ni, tak payah la berbelanja lebih lagi sbb brg2 lama tu masih elok.. Bagi aku kita tak boleh kedekut untuk persiapan anak pertama. Walaupun aku rasa macam dah lengkap keperluan tu di beli sebelum beranak tetapi sebenarnya masih byk brg2 keperluan lain yang terpaksa di beli selepas beranak, kerana lepas bersalin tu kadang2 baru kita tahu itu dan ini yg perlu. So kalau rasa2 nak cepat sembuh, better stanby awal2 k. Berkenaan budget masa anak pertama mmg kita kena buat budget lebih dan jangan kedekut.. Buat first time mommy tu, nanti korang akan faham2 sendiri…


Ini antara keperluan/amalan SEMASA BERPANTANG yang aku sediakan/amalkan:
Breastpump – Yang aku punyer, aku beli yg manual. Masa tu aku tak tahu penting ke tidak benda alah ni. Aku dah ada 2 jenis, aku guna sejak aku beranak pertama smpai ketiga baru ni.. tapi untuk berpantang kali ni aku pinjam elektical breastpump adik aku pulak , rega dalam RM200++, takde budget nak beli sendiri lagipun dah terlambat.. Tapi aku rasa sapa2 yg first time mengandung tak rugi kalau beli sendiri sbb mmg berguna la jugak pump ni..

Maternity Pad (aku beli jenama Madame Pureen khas untuk maternity, rega dalam RM10++ untuk 20 helai.. mmg lebar dan panjang pad ni.

Tapi biasanya aku cuma pakai dalam 2 minggu je masa darah nifas tu banyak, lps tu aku tukar pada mestrual pad yang biasa jenama kotex sbb pengaliran darah macam haid yang biasa je.. Maternity pad ni setahu aku banyak brand, so terpulang la kat korang.. satu lagi maternity pad ni ada yang bertali (ada loop setiap hujung so kena pakaikan tali ikatkan kat pinggang), normally kat sepital lps bersalin diorg akan pakaikan pad ni.. dan satu lagi jenis cam pad biasa tu.. Jenama pureen yg aku guna tu takde tali so kena pakai panties la.. Dulu masa mula2 aku x tahu pun kenapa maternity pad mesti ada tali (loop), then lps dah tua bangka ni baru aku dapat idea, maybe sbb diorg tak nak pakai panties sbb darah nifas ni byk then selalu je bocor ke panties so kesan darah tu susah nak hilang bila basuh pun, tapi ni aku agak2 je… sebb sebenar mungkin lain kut

Kain batik - daripada dummy aku dah up jadik expert user. Masa berpantang paling senang pakai kain batik. Toksah brangan nak pakai suar berbagai2. kalau takde, beli 5-6 helai sbb sehari mungkin nak pakai 2-3 helai. Dulu masa berpantang anak pertama jgn harap nak tgk aku duk pakai kain batik sepanjang hari, nak maintain menawan katakan.. Masa bujang lagi la jgn harap nak tgk aku melaram dgn kain serba guna ni.. Now aku dah tahu kenapa perlunya kain batik tu..

Nursing Bra &Nursing Pad - For breastfeeding, wajib ada! Masa kat wad lepas bersalin lagi dah perlu ada bra ni.. kekadang ada special nurse dari bahagian penyusuan bayi dtg tgk kita dah pandai menyusukan baby ke blom dan sambil dia buat survey, kalau tak pandai lagi nanti dia ajarkan.. Masa aku beranak anak ketiga akhir tahun 2008 baru la aku dapat pujian dari nurse sbb dah pandai menetekkan baby pastu siap puji aku lagi sbb perihatin nak pakai nursing bra tu… then dia kata mmg dah jadi kewajipan sumer bakal ibu ada nursing bra walaupun sehelai.. Masalah dengan diri aku ni pulak ialah, mmg aku dah sediakan bra ni awal2 lagi dari anak sulong lagi tapi nasib aku tak baik sebb aku ni jenis ibu yg tak byk susu badan so sempat menyusukan anak2 aku sekejap je paling lama pun 4 bulan tu pun campur2 dgn susu formula.

Stokin + Minyak panas - Yg ni wajib kay. Walaupun aku ni jenis pantang koboi tapi aku dulu lepas jek ke toilet/after bath, mesti sapu minyak panas2 kt kaki pastu sarungkan stokin, itu pun kalau cuaca tak panas . Ok sebut pasal minyak panas ni, aku suka sgt minyak Herbanika Nona roguy. So kalau you all nak try, beli yg besar, tak rugi. Aku cuma beli yg botol kecik 130ml, rega RM68, yang besar 260ml dlm RM105, mahal la jugak kalau compare ngan minyak lain.. Sapu seluruh kaki, perut n dahi. Sgt selesa bile bdn kiter warm warm gitu, angin sejuk tak masuk kut.. tapi lepas tu dia jadi sgt sejuk especially bila kena air. So sediakan stokin tu dlm 5-6 pasang yea. Satu lagi minyak Berubat Mustajab Nona roguy aku pakai buat urut kat breast sbb salah satu kebaikkan dia adalah untuk lancarkan susu badan.. Satu lagi kegunaan minyak2 ni ialah aku campurkan dua2 jenis minyak ni then tuangkan sedikit kat pad masa nak pakai sbb kebaikannya adalah untuk meyembuhkan luka2 di tempat sulit kita tu..



Bengkung + Krim/Losyen barut @ minyak panas – Krim barut Leesa Formula aku pernah pakai masa berpantang anak kedua, krim ni mcm lebih kepada slimming krim.. honestly aku tak berapa suka krim ni.. So aku lebih prefer pakai minyak, tak kira la minyak Affiat ke atau minyak herbanika NR. Selain dari tu aku pernah jugak try Lotion Mustajab Pati Halia Dunia Herbs.. Bila bercakap pasal berbengkung ni, aku tak boleh nak cerita dan nasihatkan korang dengan panjang lebar sbb dlm hal ni akulah orang yang paling koboi antara koboi2 lain.. so susah skit aku nak explain.. kalau org lain boleh berbengkung sampai 44 hari, aku malu nak ckp yg aku cuma berbengkung separuh masa dari tu kut.. SO JANGAN IKUT CARA AKU!!!!! Memang bila pakai bengkung tu aku rase confident nak jalan, rahim n perot rase kukuh n selamat jek.Biasanya siang aku pakai bengkung lilit yg tali tu, pjg dan lebar, malam aku pakai bengkung zap je.. Tapi masa beranak yg ketiga baru ni aku pakai 2 bengkung yang zap tu SAHAJA, malas nak lilit2.. satu aku beli dari Avon masa bujang lagi, satu lagi aku beli dari Cosway masa beranak pertama dulu. Antara 2 ni, bengkung dari Avon tu lagi tebal dah kukuh… Aku combine dua2 then pakai.. Bengkung ni peraturannya sebelum pakai sapu krim barut dulu atau minyak panas then alaskan dgn kain then baru pakai bengkung zap tu. Sapu jek krim Leesa Formula atau minyak herbanika NR ni,mula2 rase panas, lepas tu berangin n sejuk. Best je… kejap lagi bila aku dah start rasa rimas then tau2 je la kemana bengkung tu melayang dan aku ntah kemana-mana cam org yang tak beranak je lagak aku.. hee .. Dulu masa berpantang 3 hari berturut-turut mmg la bidan datang urut dan kemudian bengkungkan aku, then lepas je dia kuar rumah aku, aku agak tak sempat pun dia sampai rumah dia agaknya , aku mesti dah bukak bengkung tu balik.. hiiii… BEBAS.. Tapi aku dah ingatkan “JANGAN IKUT CARA AKU’ especially kalau tak nak sakit2 badan cam aku ni bila beranak pinak lagi.. Satu lagi dalam set bersalin affiat tu dah ada barut berubat Affiat.. Tapi barut ni bila dipakai mesti pakai barut lilit atau barut zap tu jugak diluar untuk menampung dan mengemaskan kedudukan barut tu di perut. Masa berpantang anak pertama dan ketiga aku guna set ni jugak, so kadang2 aku pakai barut lilit, kadang2 aku pakai bengkung zap tu dan kadang2 aku pakai barut berubat affiat tu.. pendek kata suka hati aku ler dan ikut kerajinan aku la jugak… heee.

Pilis dan Param – Pilis tu benda alah yang kita sapu kat dahi untuk elakkan sakit kepala then nanti kepala kita rasa berangin.. then lepas pakai pilis tu biasanya orang ikat rambut tinggi2.. cam aku ni susah la rambut pendek.. Param pulak benda kita sapu kt perot sbelum berbengkung .. TAPI sebenarnya dua2 benda ni aku tak pernah pakai dan beli sebab aku cuma pakai minyak herbanika NR sebagai pilis dan param. Sebab tu dari awal lagi aku kata minyak ni mmg bagus dan banyak gunanya , tak rugi kalau korang beli botol besar. Cam aku ni bugdget tak cukup.. biasanya aku pakai minyak NR ni dan beli jugak satu complete set affiat masa pantang bersalin.

Feminine Hygiene – Dalam set bersalin affiat dah ada bender ni, Feminine Care Affiat … so selepas buang air atau setiap kali tukar pad, pakai je la macam feminine hygiene yang biasa.. bukan susah pun.. masa aku berpantang anak pertama aku kat Dungun, kawan aku yang jugak seorang nurse ajar aku buat air cebok dengan air rebusan daun sirih.. cara traditional. Ada la sekali je aku rebus daun sirih tu , lepas tu dah x pernah.. benda2 cam ni dah tak practical lagipun susah nak dapatkan daun2 sirih tu .. aku rasa baik beli je kat kedai atau farmasi benda2 feminine hygiene ni. Banyak brand yang ada di pasaran sekarang.. tapi klau korang rajin apa salahnya.. Oh ya..ada org kata jangan cebok dgn air dettol. JGN SESEKALI cebok dgn air detol. sbb ape? Air deltol tu tajam. benang jahitan kiter ni dibuat dari protein,yg lama kelamaan akan hancur dlm daging kiter. kalau guna dettol mungkin akan menyebabkan benang terputus, dan akibatnya ke hospitallah anda untuk seisi jahit menjahit lagi sekali. Betul ke tak betul wallahualam… Aku hanya berkongsi sahaja.

Mandian selepas bersalin – Dalam set affiat ni dah ada gel mandian serai wangi Affiat.. mmg aku suka.. wangi je baunya..Bauan wanita dlm pantang la… Biasanya bidan akan sediakan air rebusan daun2 untuk mandi . Aku pernah dapatkan khidmat bidan yang macam ni.. Nanti bila dia datang rumah dia akan bawak daun2 tu then rebus kat dapur.. sambil tu dia akan urutkan badan kita. Lepas tu dia akan mandikan kita. Tapi aku lebih prefer gel mandian ni.. Then untuk tambahan aku gunakan lulur untuk bersihkan daki2 kulit. Lulur ni ada banyak jenis dan bentuk. Lulur yang pernah aku cuba, pertama yang already mix dalam bentuk paste tu, lulur Mustika Ratu, Sumber Ayu, puteri Binari dll, yg ini pun ada banyak “perisa dan perasa”- susu kambing la, Bunga-bungaan la dll lagi. So korang boleh la cari sendiri kat kios2 dan pasaraya. Jenis yang kedua, dalam bentuk serbuk macam Bunga Tanjung dan keluaran Yusmira (aku lupa nama). Yang ini korang kena campurkan dengan air sampai pekat2 then gosokkan pada kulit. Kebaikan lulur ni bagi aku, aku akan rasa confident giler yg kulit aku bersih, then lepas mandi tu, aku mesti nak sapu lotion bagi kulit aku lembut mcm bayi (ni masa bukan dlm pantang la….), Then satu lagi harganya lebih murah, biasanya aku beli kat pasaraya Mydin je. Tapi kekurangan lulur ni ialah ianya berbau rempah, so bagi sesiapa yang elergik dgn bau rempah tu terpulang la nak buat mcm mana.. Normally lepas pakai lulur ni aku sental la plak kulit aku dengan shower gel atau sabun mandi bagi wangi… Jenis yang ketiga ialah dalam bentuk sabun. Aku pernah cuba sabun lulur keluaran Sari Ayu (Sabun manggir kalau tak silap aku) dan juga Zeodari soap Sendayu Tinggi. Kebaikannya, ianya senang di apply, cuma pakai macam sabun mandian biasa.. senang sgt2.. so terpulang la pada masing2..

Antibiotik untuk luka jahitan - Yg ni untuk melegakan bhgian luka jahitan dan mempercepatkan luka jahitan. Ini pun kawan aku si nurse tu yang ajar aku masa aku beranak sulong dulu masa di Dungun , Terengganu. Antibiotik ni aku beli di farmasi disana.. cakap je nak beli antibiotic luka jahitan bersalin. Masa berpantang dipoh ni, tak pernah pulak terlintas nak beli tapim alhamdullilah ok je jahitan aku..

Ubat sembelit- Ubat ni pun aku beli kat farmasi masa beranak anak sulong jugak di Terengganu.. masa tu aku terbaca pasal artikel susah nak ‘melepas’ selepas bersalin.. kadang2 ada yang sampai seminggu disimpannya ‘benda’ tu.. so sebaik-baiknya lepas 2 hari mesti dah kena kuarkan.. Selepas bersalin anak pertama biasanya mmg kita akan takut2 nak masuk toilet, even nak kencing pun takut… so aku amik la jugak ubat ni.. so melepas la aku sepuas-puasnya.. Lepas beranak kedua dan seterusnya aku cuma banyak makan sawi, aku dah tak amik ubat2 ni..tapi alhamdullillah perjalanan ‘benda’ tu dari perut aku ke tempat yang sepatutnya berjalan dgn lancar jugak..Satu lagi masa beranakkan anak ketiga aku tahun 2008, aku sapukan minyak herbanika NR kat perut lps bersalin masa di wad, tak lama lepas tu aku tak tertahan nak ke toilet melabur kaw-kaw punyer, segala cairan dan angin kotor sumer kuar.. tu yang bagus pasal minyak ni.. I like it.. I like it… heeee

Manjakani – Beberapa bijik buah manjakani aku rebus dgn air biasa.. Air rebusan manjakani ni diminum untuk menyembuhkan luka dalam dan untuk mengetatkan. Betul ke tidak, tak tahu la aku tapi aku ada la try jugak.. satu lagi manjakani ni aku asah dengan sedikit air dan hasilnya tu aku sapukan kat luka jahitan di bawah tu.. Ni petua kawan nurse aku tu jugak sbb kata dia ubat kuning yang sepital bagi untuk luka jahitan tu tak bagus so dia guna cara ni.. aku pun try la jugak kekadang..

Air rebusan akar kayu periuk Affiat dan jamu bersalin - Akar kayu ni ada dlm set bersalin Affiat tu. Rebus smpai jd the pekat. Aku dulu minum la jugak kekadang kalau rajin.. dalam set ni jugak ada Pil Jamu Affiat yang dah siap digentel-gentel.. biasanya itu aku makan la.. air akar kayu ni leceh nak kena rebus selalu.. Ni sumer sama je fungsinya untuk tenaga dan jugak untuk mengecutkan rahim n buang angin meroyan. So aku prefer benda yang aku boleh terus telan dgn air je.. Satu lagi jamu Phytonatal Nona roguy- Best tu mmg best tapi mahal sangat sampai RM140 sebotol untuk 90 bijik kegunaan sebulan.. Kata testimoni bile ko mkn pil ni, senang nak membuang. Tapi bagi aku langsung takde effect pun…..So altenatif lain untuk membuang adalah instead of buying this, lebih baik ko pegi farmasi, ckp nak ubat untuk membuang, ckp ko baru bersalin macam yang pernah aku buat tu..


Makjun Bawang putih Affiat – yang aku pelik pasal makjun ni ialah ianya dimakan selepas habis tempoh pantang 44 hari. Makjun ni pun ada dalam set bersalin affiat tu jugak.. tapi aku mmg perasan la bila makan makjun ni mmg aku buang angin je.. kira bagus jugak la makjun ni.. Setahu aku makjun ni takde dijual berasingan dari set bersalin tu.. so bila dah habis makjun ni aku terpaksa bertukar ke supplement yang lain tapi masih ada unsur2 bawang putih ni.. sebab tu normally selepas habis stok makjun ni aku mesti amik jugak supplement Garlic Oil dari farmasi atau pun supplement Garlic Plus Sendayu Tinggi. Yang penting angin kus-kus dalam badan aku ni boleh kuar.. Selain itu banyak lagi kebaikan bawang putih ni untuk wanita, itupun sebab aku rajin baca artikel2 pasal perawatan wanita.. al maklum la, akukan wanita sejati… hiiii

•  Salah satu dari jenama jamu yang aku suka guna selepas pantang adalah dari Sendayu Tinggi, normally aku akan amik 3 jenis jamu ni: serentak:  D'Folia, sedu Arrow dan Garlic Plus. Kebaikan2 tentang jamu ni banyak diterangkan dimana-mana.. so pandai2 la korang dapatkan info yer.. lagi pun jamu2 ni mmg khas untuk wanita khususnya yang telah berkahwin.

Other Jamu or supplement - Aku pernah try Gamat Healing yg ada beberapa jenis botol dan harga yang berlainan.. Itupun sbb bidan yg aku amik khidmat dia masa aku berpantang anak yg meninggal dalam perut masa usia kandungan aku 6 bulan pada tahun 2006 hari tu suggest aku beli yg harga RM60++. Masa aku mkn gamat ni mmg banyak darah ketul2 kuar dari peranakan aku.. aku tak tahu la sbb mmg byk darah kotor ke atau mmg arwarh tinggalkan banyak sisa dalam peranakan aku sbb selepas arwah tu dah meninggal lbh kurang 3-5 hari baru aku beranakkan dia. (Jika ada kekuatan diri dan idea, nanti aku ceritakan kisah aku ni..)

Sebenarnya penat dah tgn aku duk menaip ni.. lagipun sakit pinggang dan bontot aku lama2 duduk dikerusi ni.... hahaha.. Kalau aku rajin dan ada idea lagi aku tambah la lagi artikel pasal salin menyalin dan branak membranak ni.... Lagipun masih ada beberapa benda yang tak termasuk dalam senarai lagi ni.. apa2 pun terpulang pada masing2 nak guna cara yang mana dan produk yang mana.. sekarang ni kat pasaran berlambak-lambak benda2 tu sumer.. Cuma sediakan ‘cost’ nya saja…
Dan kepada pembaca yang ada idea lain atau komen atau pengalaman lain boleh la dikongsi bersama.

to be continued later.
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker