Image Widget

Image Widget

RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti


MY SWEET FOLLOWER

SILA PILIH JENIS dan SIZE TEXT UNTUK AKTIVITI SKODENG ANDA!!

Kalau tak suka jenis font yang asal boleh ler tukar.. Kalau rabun ke, buat2 rabun ke atau memang tak brape nampak tulisan tu boleh la besarkan sikit yer... al maklum la, umur kita ni sentiasa meningkat..

Wani yang suka meragam

Wednesday, March 3, 2010

Anak pompuan aku intan nursyazwani yg kami panggil Wani mmg kuat meragam.. semalam dia buat ragam lagi susah benar nak pujuk.. nasib baik suami aku ni baik dan penyabar orgnya.. apa yg aku tgk, wani ni mmg manja dgn abahnya.. biar la mcm tu.. aku ni kan tgh sarat mengandung mana ada masa dan tenaga nak layan dia lebih2.. kadang2 kesian gak aku tgk wani ni.. tak sempat nak manja lebih2 dgn aku ibunya.. dah nak dapat adik baru lagi.. sama gak macam nasrul, dulupun dia tak sempat gak manja lama2 ngan aku pastu wani dah kuar..  ye la jarak umur cuma setahun. Nasrul lahir 19 hb may 2007 dan wani pulak 11 hb November 2008.. dah ni pulak aku dijangka bersalin 12 hb June 2010 ni.. lbh kurang je la jaraknya dgn mereka berdua adik beradik tu.. cuma kakaknya intan je yg dapat manja lama2 dgn aku dan suami..kesian budak dua beradik tu..

Berbalik pada cerita wani pada petang semalam slps aku balik dari keje.. memula tu dia sibuk main ngan hp aku, lps tu dia nak selongkar handbag aku pulak. Then aku amik suruh intan simpan dalam bilik.. pastu apa lagi start la wani tu menurun ilmu, melalak la menangis, pujuk pun tak jalan, suami je larat melayan dia.. wani ni kalau dia dah rebahkan badan dia ke lantai lantak la berapa lama pun asalkan abahnya datang amik dukung.. aku sempatkan snap gambar di bawah ni:


Gambar ni tak berapa clear, yg paling clear nampak bontot kecik suami aku je... hiiii..
dari celah kelangkang tu boleh nampak si wani meniarap di lantai, tak nak berganjak langsung walaupun abahnya dah pujuk suruh datang sendiri pada abahnya.. si wani ni mmg kuat berdukung.. biasanya abahnya la yg suka layan dan dukung dia ke hulu ke hilir.. rajin nya laki aku ni... kadang tu suami aku mengeluh jugak sbb dah penat, tapi budak kecik tu tahu apa.. bila suami aku nak letak balik dia kat bawah mula la dia lentikkan badan kebelakang dan start la merengek.. isk2... geram pun ada aku tgk..

Kat sini aku upload video plak:



Ni satu lagi video dengan kelibat anak pompuan sulong aku Intan dan adik jantannya Nasrul sibuk buat symbol 'peace'.. yg nasrulnya pulak bukannya reti.. Background sound untuk video ni korang boleh dengar si Wani melalak...



Dah lama lepas tu suami aku buat la susu kat wani.. then baru la tahu sebenarnya dia mengantuk sesangat..
Kadang2 kita ni sebagai mak bapak pun confuse dgn kehendak anak2 sendiri..
Ni aku sempat snap gambar dia sebelum dia tido dgn nyenyaknya hingga pagi ni.. tapi bukannya senyenyak-nyenyaknya.. malam2 pun bangun minta neneng juga..


 
 

Wani yang suka meragamSocialTwist Tell-a-Friend

4 comments:

jualiana said...

wani da kurus sket la...
ni la namenye kuarge bahgia heeheehe

jualiana said...

oooo cm gini ghopenye nk komen
ssah btui arrrr kne msuk google account dlu huhuhu

jualiana said...

pulak tu ade lg...word verification plak aduihhh hehehe

IkaAR said...

Rindu la plak zaman masa anak2 kecik.. dh besar dh wani skrg ni... sygnya kat anak2 aku.. I love u all...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
 

DEDIKASI

Khas Untuk Suami Tersayang : Badri Bin Mohd Zin berserta anak-anak yang amat ibu kasihi : Intan Nurliyana Binti Badri, Mohamad Nasrul Danish Bin Badri, Intan Nursyazwani Binti Badri dan Mohamad Akhil Danish Bin Badri.
Last updated on: SEPTEMBER 2010

My Status

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Nah copy dan paste code kat bawah ni dan letak banner aku ni kat website korang yer!

Permata Hati Kami

PERMATA HATI KITA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickersLilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers