Kali ni aku nak sambung artikel yang bertajuk hasil creativity anak- anak.. kali ni bahagian 2 pulak.. Kalau nak dikira mmg banyak sangat hasil contengan kat dinding rumah tu.. lupa pulak aku nak snap gambar contengan diorg selain di dinding rumah. Ada sesetengah tu diorg conteng kat bekas2 plastik malahan kat pinggan melanin wat makan tu pun diorg tak lupa nak tinggalkan hasil keje tangan derang ni.. Bagus betul.. kat kerusi meja solek aku pun ada..
Ni aku attach beberapa keping photo lagi kat bawah ni…
Apa yang menarik perhatian aku kali ni ialah tentang hasil keje tangan anak aku Intan yang berumur 5 tahun dalam photo dibawah ni... Sebelum ni malas aku nak tanya dia apa kebenda la yang dilukisnya tu.. tapi petang semalam semasa aku duk mengadap contengan dia ni, aku pun terfikir nak tanya dia apa yang dia lukis sebenarnya..

So dengan confidentnya dia menerangkan dengan loghat2 pelat dia tu bahawa gambar tu sebenarnya gambar sebuah rumah diatas sebatang pokok.. siap explain kat aku lagi kat bahagian bawah tu ada tangga, So, ibu naik tangga2 tu, pastu sampai la kat rumah dia atas pokok tu, (kat bahagian atas). Then baru aku faham... aku pun perati la gambar tu betul2.. boleh la diterima diakal tentang penerangan anak aku tu .. ada la jugak kaitannya.. ada tangga..., pastu ada rumah kat atas pokok.. boleh la...
So kat bawah ni aku snap jauh skit, so lagi jelas la kut penerangan budak ni... heee

Apa pendapat korang, boleh diterima ke tidak penerangan anak aku tu dengan hasil contengan ni?
Bagi aku, boleh la.... lagipun, aku pun bukan seorang budak kreative sejak dulu!!!
No comments:
Post a Comment