Image Widget

Image Widget

RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti


MY SWEET FOLLOWER

SILA PILIH JENIS dan SIZE TEXT UNTUK AKTIVITI SKODENG ANDA!!

Kalau tak suka jenis font yang asal boleh ler tukar.. Kalau rabun ke, buat2 rabun ke atau memang tak brape nampak tulisan tu boleh la besarkan sikit yer... al maklum la, umur kita ni sentiasa meningkat..

Hasil kreativity contengan anak-anak

Wednesday, March 3, 2010

Ni aku nak share hasil kreativiti anak-anak aku pulak... sepanjang dinding rumah aku, tak kira la dalam bilik tido ke, ruang tamu ke, kat dapur ke, even dalam jamban pun masih ada hasil kreative diorang ni..

Dalam bilik air penuh dgn barang mainan utk permainan diorang masa mandi.. setiap kali waktu mandi mmg susah nak suruh diorg ni keluar awal dari bilik air.. macam2 permainan yg diorg duk main especially bila diorang ni mandi berdua.. maksud aku intan dan nasrul la.. kalau kami berdua laki bini mandi berdua, tu lain cerita la... haaa... (rindu kat ayang.. heee...heee..gatal laki bini takpe, benda halal)

kalau dinding kat ruang tamu tu aku rasa takde tempat yang suci dah.. sumer telah ternoda dengan hasil contengan bebudak berdua tu.. pastu sekarang ni bila kami susun semula perabot ke atau kerusi ke boleh la kami cover dinding tu.. tapi pastu tempat lain plak mereka noda kan.. isk2..
Ni ada gambar dinding kat ruang tamu :

 

Kalau nak di ikutkan banyak lagi gambar2 contengan mereka ni, tapi tak ter snap oleh aku..
Yang ni plak gambar nasrul dgn hasil kreativitinya di bahagian belakang:



Satu lagi yang paling sadis ialah kekadang mereka ni menggunakan barang2 peribadi aku untuk dijadikan bahan contengan.. habis maskara aku, lipticks aku, eyeliner aku, lip liner aku ,eyes brown liner aku dan segala liner lagi, pastu minyak johson aku, lotions aku pun diorg jadikan mangsa.. Itu blom di kira lagi dengan keadaan loose powder aku, body powder, baby powder dan segala jenis powder lagi la yang diorg buat mcm tepung berterabur di lantai dan dgn compact powder aku yang dah kali keberapa pecah berderai.. kalau laki aku tokey bedak pun boleh bankrupt dibuatnya...Aku ingatkan lepas beranak wani hari tu aku dah boleh start kumpul brg2 peribadi aku semula, aku beli baru pastu mana2 yg masih elok aku simpan dan guna balik sbb aku ingatkan dah nak stop production lepas wani hari tu.. Konon nak melaram la balik.. nak trimkan mana2 bahagian yang patut.. Tapi rupa2nya kali ni aku mengandung lagi then aku malas dah nak jaga benda2 tu balik.. Biasanya setiap kali aku mengandung mmg aku abaikan barangan peribadi aku tu.. aku malas nak bersolek sgt.. masa mgandung cam ni mmg aku lebhh prefer natural beauty... haaaa... tu kata aku la..

Kat bawah ni plak gambar2 dinding dalam bilik aku berdekatan dengan meja solek aku.. ni pun hasil keje anak jantan aku yg sorang ni... mengalahkan anak dara aku intan, suka sgt mengadap barang2 peribadi aku.


Masa ni wani  pulak yg jadi kaki kacau kat meja solek aku. Barang2 aku lagi sekali tak selamat diletakkan di atas meja tu.. sekarang ni sumer benda aku sumbat dlm drawer.. kadang2 susah aku nak cari bila aku nak guna. Tapi apa boleh buat dah trpaksa berkorban demi anak2.






Yang ni plak gambar intan lps baru bangun tido pagi semalam. Saja aku dera dia berdiri kat situ sbb nak amik gambar dinding ni..

Hasil kreativity contengan anak-anakSocialTwist Tell-a-Friend

2 comments:

jualiana said...

hehe nakal sungguh bdak2 ni yek..k eka kne pkai cat tahan pen pensel pas ni haha

atikah_ar said...

Biasa la ju... hang dah ada anak nanti, tahu la sendiri.. kalau pakai segala jenis cat pun , kalau anak tu dah kreative pakai minyak tar buat cat rumah pun x jalan ... silap2 di gerudinya plak dinding rumah tu.. pastu di pahat2 dan di ukir2nya plak buat bentuk arca..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
 

DEDIKASI

Khas Untuk Suami Tersayang : Badri Bin Mohd Zin berserta anak-anak yang amat ibu kasihi : Intan Nurliyana Binti Badri, Mohamad Nasrul Danish Bin Badri, Intan Nursyazwani Binti Badri dan Mohamad Akhil Danish Bin Badri.
Last updated on: SEPTEMBER 2010

My Status

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Nah copy dan paste code kat bawah ni dan letak banner aku ni kat website korang yer!

Permata Hati Kami

PERMATA HATI KITA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickersLilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers