RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Friday, March 5, 2010

Biskut Coklat Cip (1)

Bahan-Bahan: 200 gm mentega
165 gm gula kastor
150 gm gula perang
2 biji telur
225 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanila
25 gm serbuk koko
125 gm kacang tanah
95 gm coklat cip
75 gm badam, dihiris

Cara: Masukkan mentega, gula, gula perang dan telur di dalam mangkuk. Pukul sederhana menggunakan pengadun elektrik hingga ia lembut. Kemudian masukkan tepung, esen vanila, koko, kacang, coklat cip dan badam. Kacau hingga adunan sebati. Sapukan sedikit mentega pada talam bakar. Gunakan camca besar untuk adunan dan letakkan pada talam bakar dengan jarak di antaranya ialah 3 cm. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu sederhana dan masak 15 minit. Setelah masak biar 5 minit sebelum dikeluarkan daripada ketuhar.

No comments:

Post a Comment

MY SWEET FOLLOWER

SILA PILIH JENIS dan SIZE TEXT UNTUK AKTIVITI SKODENG ANDA!!

Kalau tak suka jenis font yang asal boleh ler tukar.. Kalau rabun ke, buat2 rabun ke atau memang tak brape nampak tulisan tu boleh la besarkan sikit yer... al maklum la, umur kita ni sentiasa meningkat..
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker