From KEHIDUPAN KITA |
1. Elakkan memasang lagu pada blog
Tak semua lagu-lagu yang dipasang pada blog memenuhi citarasa pembaca. Apabila pembaca tak suka lagu tersebut, mereka akan terus menutup blog tanpa membaca isi kandungan blog anda. Mungkin tuan blog inginkan keseronokan dengan mendengar lagu yang diminati , tetapi tak memikirkan perasaan pembaca yang lain. Pembaca kebiasaanya lebih gemar membaca entri dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
2. Elakkan “alert message” pada blog anda
Alert message ni kebiasaanya terpapar sebaik sahaja kita mendarat ke sesuatu blog. Perkataan yang secara automatic keluar adalah “welcome”,” selamat datang”dan “terima kasih kerana melawat”.Alert message yang dipasang agak menyusahkan pembaca yang lain,sebab agak memenatkan kalau senantiasa mengklik “ok” dan "ok" hanya untuk memasuki satu blog.
3. Blogwalking
Rajin-rajinlah blogwalking dengan menziarahi mana-mana blog dan tinggalkan URL blog anda. tuan blog akan menjejak url anda pada shoutout box secara tak langsung, dapat meningkatkan trafik ke blog anda
4. Elakkan “animasi flash” atau “bling-bling” pada blog
Yang ni adalah paling ramai yang berbuat sedemikian. Anda patut elak meletakkan benda yang berkelip-kelip di blog anda. Memanglah cantik dipandang tetapi agak memudaratkan pengguna yang mempunyai internet yang lembab. Ini kerana, flash animation agak memberatkan blog dan mengambil masa yang lama untuk memasuki laman tersebut apabila menggunakan internet yang slow.
5. Hantar URL blog anda ke enjin pencarian Google
Google merupakan enjin pencarian yang terbesar diikuti yahoo. Peranan encik google untuk membawa direct trafik ke blog anda adalah sangat-sangat penting.oleh itu, hantarlah URL blog anda ke google search engine.
6. Elakkan meletak gambar yang seram dan menakutkan
Ini biasa terjadi apabila tuan blog menghias blog mereka dengan gambar yang agak menyeramkan. semestinya pembaca akan berasa takut untuk singgah lagi kat blog tersebut.
7. “DANG” kesemua post kat innit nuffnang
Apabila anda “DANG IT” post-post yang terbaru kat innit. Semestinya tuan blog ingin mengetahui siapa gerangan yang telah “DANG” post mereka. Secara tidak langsung, mereka akan klik nama anda dan membawa traffik ke blog anda.(AMARAN: CARA NI AGAK BERBAHAYA TAPI IA PERNAH BERLAKU)
No comments:
Post a Comment