RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Sunday, September 26, 2010

Template Blog Untuk Mesra SEO

Template blog boleh membantu mesra SEO? Ape makna SEO (Search Engine Optimization) ? Ia adalah rankaian proses yang sistematik bertujuan meninggkatkan Trafik dari mesin pencarian melalui suatu keywords(kata kunci) untuk dipaparkan pada halaman utama disuatu ejen pencarian seperti Google,yahoo dan sebagainya.Memang tidak dinafikan,kebanyakan blogger kita sering menggunakan keywords sebagai cara utama untuk pembikinan trafik yang mendadak.Bagi aku,cara terbaik untuk mencari keywords yang bagus,korang cari isu-isu terkini,maklumat dan tips.Sebabnye...Ramai pengguna internet dinegara kita ni menggunakan internet sebagai cara utama untuk mendapatkan isu-isu terkini,maklumat da sebagainya.


Selain menggunakan keywords untuk membantu percambahan trafik,kita juga boleh menggunakan blog Template sendiri bikin sebagai trik dalam mesra SEO. Apa yang penting,ia mesti lah simple,kemas dan senang untuk pembaca blog kita nak belek-belek blog kita tu. Kat sini aku copy beberapa tips yang aku peroleh dari dunia berblogging ni.

1.Sidebar Dibahagian Kiri Kurang Digalakkan.
Sebabnya...Robot-robot search Engine akan membaca sesebuah blog itu dari KIRI ke kanan.Katakan korang menggunakan sidebar kiri pada artikel blog korang,robot-robot search engine akan percepatkan pencarian dibahagian sebelah kiri yang mempunyai sidebar terlebih dahalu,manakala barulah di ikuti dengan pencarian artikel.Nampak tak? pencarian 'index' artikel korang lambat dibaca oleh robot-robot pencarian.Apabila selesai 'index' pada sidebar,baru la enjin pencarian ni baca artikel korang.

2. Basic Template lebih baik.
Sebabnya,penggunaan script yang ada pada basic template ni lebih sedikit berbanding template yang telah diubahsuai.Kalau boleh korang pakai template yang ade kat kilang blogspot ni.hehe.Kebanyakan blogger gemar gunakan template luar dari kawasan blogspot..Sebabnye untuk memuaskan hati bile memandang blog tu.hehe.Tak mengape untuk berbuat demikian,tetapi bagi blogger yang ingin mengejar SEO dan kelajuan loading dalam sesebuah blog,aku cadangkan korang gunakan basic template yang ada dalam blogspot.hehe.

3.Kurangkan 'Error' dalam blog korang.
Sebabnya..Semakin banyak error dalam blog korang tu,semakin sukar robot-robot pencarian meng'index' blog korang ke search enjin.Macam mana korang nak tahu error dalam blog korang? korang klik sini untuk check error yang ada pada sesebuah blog.hehe.Kalau boleh korang kurangkan sebanyak mana yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker