RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Wednesday, July 14, 2010

Wajik


Bahan2:

1/2 kilo pulut ( sila rendam sekurang2nya 4 jam)
500 gram gula merah
100 gram gula putih (atau ikut tahap manis lidah memasing)
2 cawan air
secubit garam
2 helai daun pandan
3 cawan santan (kalo santan tin - amik 600 ml)
1 sudu besar olive oil (sbb santan tin xder minyak -nanti tak kilat)
Daun pisang secukupnyer.

Cara2:

Kukus pulut sampai masak. Untuk pulut yg lembut, pastikan air dlm bekas pulut tu separa dgn pulut semasa mengukus.

Dalam masa yg sama, masak gula merah & gula putih dgn 2 cawan air tadi.Masukkan daun pandan yg dah disimpul.Masak sehingga mendidih & pastikan gula hancur. Kemudian, masukkan santan tadi & olive oil. Kecilkan api. Masak sehingga gula jadik likat. Peringatan! Bila gula + santan dimasak, adunan itu akan membuak sekiranya api terlalu besar. Gunakan api sederhana atau kecil. Kacau sentiasa & jagalah api tu spy gula tu masak likat elok. Bila gula dah likat, masukkan pulut tadi. Kacau rata2.Pastikan semua pulut disaluti gula. Sebab kadang2 ada pulut yg berketul.Bila dah ok, matikan api.Amik daun pisang dan alas atas bekas yg nak diguna.Tuang perlahan2 dan ratakan. Untuk menekan pulut tu kasik padat, salut tg dgn plastik dan tekan2 lah sehingga padat. Biarkan sehingga wajik ni sejuk barulah dipotong.

Tips: Kalo wajik tu disalut dgn daun pisang lagi besh! Baru real rasa wajik kampung tuh! Aku cuma wat lapik jer daun pisang tu, biasalah...daun pisang limited edition!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker