RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Thursday, September 23, 2010

Kobis dan kesannya pada wanita


Aku sebenarnya dah banyak kali terbaca tentang kaitan sayur kobis dan wanita ni tapi aku amik tak endah je la.. Walaupun ianya dikaitkan dengan penyakit keputihan dikalangan wanita tapi jika dikaji dari positivenya, byk juga kebaikan memakan sayur kobis ni. Malahan masa aku dlm pantang bersalin pun aku amalkan sayur kobis ni jugak walaupun ada cakap2 belakang yang mengatakan sayur kobis ni sejuk la…, angin la.. dan macam2 lagi tapi bagi aku selagi aku boleh makan dan tak mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan aku aku makan jugak.. lagipun bagi aku sebagai wanita yang berkerja, 8-9 jam sehari dan 5 hari seminggu, aku rasa sayur kobis ni la favourite aku untuk dibeli dan disimpan dlm peti ais, sebb ianya tahan lama dan boleh dipotong sesuka hati dan dimasak pada bila2 masa saja yang diperlukan Malahan nak campur sayur kobis ni dlm masakan apa2 pun boleh especially mee goreng ataupun nasi goreng.
Lagi satu sayur kobis ni aku suka ianya di goreng dengan kicap, kadang campur ngan tougeh  dan carrot skali. Macam photo di bawah ni.


Satu lagi menu sempoi kobis ni aku buat mcm sup sayur campur digandingkan dengan carrot dan dipecahkan telur didalam sup tu… senang aku nak suap kat mulut2 anak2 aku.. Semalam aku baru je masak lemas sayur kobis campur ngan kacang panjang buat santapan malam kami sekelurga.

Apa2 pun terpulang la kepada empunyer diri masing2 sama ada nak makan ke tak sayur kobis ni.. aku cuma nak sertakan sekali di sini artikel yang berkaitan tentang keputihan dan kobis..

Aku pasti ramai perempuan tahu makna KEPUTIHAN. Keputihan kebiasaannya dialami oleh kebanyakan perempuan samada belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Masalah keputihan ini juga turut dialami oleh sebahagian daripada lelaki. Namun begitu, di sini lady hanya akan huraikan untuk perempuan sahaja. Keputihan adalah sesuatu yang keluar daripada kemaluan perempuan yang berwarna putih seperti putih telur.

Keputihan sebenarnya adalah protein yang dikeluarkan oleh badan melalui vagina perempuan. Ia merupakan lumrah bagi perempuan. Ia tidak akan mendatangkan masalah jika kuantiti keputihan tersebut adalah sedikit. Namun begitu, jika ia dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, ia akan menggalakkan jangkitan bakteria berlaku di vagina. Dan menyebabkan masalah keputihan akan menjadi lebih rumit serta akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta menyebabkan vagina akan menjadi gatal.

Protein yang dikeluarkan oleh dinding vagina merupakan protein yang penting untuk keperluan badan manusia. Disebabkan memakan kobis, protein tersebut dirangsang untuk dikeluarkan dari badan oleh vagina wanita dan badan akan kekurangan protein. Selain daripada vagina menjadi gatal dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, keputihan juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berat badan semakin menyusut serta sukar untuk berlaku penambahan berat badan.

Di dalam vagina perempuan terdapat beberapa jenis bakteria dan kulat yang saling membantu menstabilkan pH vagina supaya sentiasa berada dalam keadaan berasid (3.8 to 4.5). Candida albicans merupakan contoh kulat yang didapati secara semulajadi dalam vagina perempuan. Walau bagaimanapun jika terdapat pengeluaran protein (keputihan) yang banyak, ia akan merangsang pertumbuhan Candida albicans serta mikroorganisma lain dan menyebabkan penyakit lain yang lebih kronik andai dibiarkan dan boleh merosakkan pundi kencing, rahim dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan serta penyakit lain yang lebih kronik.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama mengelakkan memakan makanan yang menjadi penyebab utama masalah keputihan. Dan andai keputihan terlalu banyak, pilihlah pencuci vagina yang bersesuaian untuk mengelakkan bakteria/ kulat dibunuh dengan kadar yang tidak seimbang yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku dengan lebih teruk.

4 comments:

  1. Hοwdy! Thіѕ blog pоst could not be written аny betteг!
    Looκing at thіs post reminds me of my prеvіouѕ roommate!
    He cοnѕtantly kept preaching about thiѕ.

    I аm going tο send this information to him. Pretty surе he ωіll have a νeгy goοd rеаԁ.

    I appгecіate you foг shаrіng!


    my pаgе ... payday advance

    ReplyDelete
  2. have a peek at this website replica ysl bags australia Get the facts replica bags hermes find out here replica bags qatar

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker