Pagi semalam aku terbaca dan join sama dgn discussion dalam page keibubapaan di facebook.. ada sorang ibu yg inginkan pendapat forumer yg lain macam mana nak handle perangai anaknya yang hyperaktif.. aku pun terfikir jugak tentang kerenah anak2 aku dirumah tu.. mmg tak terlayan kita di buatnya.. sorang forumer ni memberi komen yang membuatkan aku terfikir sejenak. Kata-kata ni berbunyi begini :
"anak saya pun sama hyperaktif juga... lagilah sorang lelaki dan sorang perempuan.... tp saya biarkan aje..... sbb time mcm ni minda mereka sedang berkembang... budak hyperaktif ni sebenarnya doktor ckp bagus.... dia nak meneroka dlm setiap apa yg dia belaja nak tahu dlm setiap apa yang dia dengar dan nak fahamkan juga... kadang2 mmg serabut juga..... tp biarkan dia melalui zamannya krn zaman kecilnya hanya sekali... layan aje kerenahnya sbb kenangan itu adalah kenangan yg terindah bila sudah bergelar IBU...."- aku amik petikan ni dari ruangan tersebut.
Aku terfikir perangai anak aku Intan dan Nasrul dan mungkin tak lama lagi si Wani pun akan join the group sebab skrg ni pun dah terserlah bakatnya untuk mengikuti perangai2 Intan dan Nasrul. Setiap hari rasanya aku perlu menjerit pd mereka ni, dengan gaya superman, ultraman, perman, batman dan apa2 man lagi kerenah derang ni.. lompat sana, terjun sini, jatuh disana, tersungkur di sini dan macam2 lagi la.. ditambah plak dgn sikap derang yg suka berkelahi adik-bradik, nak luruh jantung aku dibuatnya .. Tu blom di ceritakan lagi sikap derang kat public serperti kat shopping mall ke, kedai runcit kat umah pun cam tu jugak, kat tempat makan ke, boleh kata dimana-mana saja lah.. aku dah hilang pertimbangan macam mana nak diciplinekan derang ni... huuu..hu..
Apa yang membuatkan aku terfikir untuk menaipkan artikel ni adalah sebab aku rasa aku tak mampu nak menerangkan kepada mereka apa yang aku rasa sebenarnya.
Aku tak nafikan kekadang aku boleh menjadi ibu yang amat penyayang terhadap anak2 aku tetapi kadang aku boleh bertukar menjadi seorang ibu yang amat garang dan tegas sampai kekadang aku kesian melihat mereka takut bila aku dah naik temper. Kekadang selepas aku naikkan tangan terhadap mereka, hati aku benar2 terusik melihat anak2 aku menangis.. aku tak pasti mereka menangis kerana sakit akibat penangan tangan aku ke ataupun mereka sebenarnya takut melihat aku yang tgh naik angin tu.. Kesian anak2 ibu..
Setahu dan sefaham-faham aku, bila suami aku plak naikkan tangan ke anak2, terutamanya si Nasrul, aku berasa sedih, sebak pilu dan kadang2 aku yang menangis sambil memujuk nasrul walhal perlakuan suami aku tu takde la seteruk aku.. Apa yang aku faham kat sini aku tak boleh melihat suami aku medidik anak2 aku dgn kekerasan di depan mata aku walhal kekerasan aku terhadap mereka lagi teruk....
Kat rancangan TV7 cerita The Nanny 911 tu, slalu aku duk tgk derang nasihatkan don't shout kat anak2 bila marahkan derang , aku dah try.. tak jalan punyer.. lagipun bila tak menjerit kat derang ni macam tak lawasssss je rasanya, lagipun derang ni bila kita tegur elok2, mmg tak dengar kata.. so nat wat camner!!! Satu lagi nak suh kita grounded derang kononnya sebagai punishment kat derang bila derang buat salah.. takpun denda derang berdiri ataupun dduduk kat satu tempat untuk certain2 waktu sambil letakkan jam untuk setkan waktu bape lama derang kena denda. Bila aku ajukan soalan kan Intan, boleh ke ibu wat cam tu.. Intan siap jawab nakk!! nak!! pastu siap berkobar-kobar lagi tanya aku, bila nak beli jam tu, nak beli jam yg sama cam dalam rancangan tu ke, nak beli jam warna apa dan macam2 soalan lagi la.. isk..isk... aku rasa tak boleh jadi ni... makin sronok plak jadinya dia ni...
Berbalik pada kata2 forumer tadi, aku mmg setuju sgt2 yang derang ni sebenarnya nak meneroka, meng'explore' dan nak mene'try' benda2 baru yang berlaku dan terdapat di depan mata derang ni dan mmg betul serabut tu mmg berserabut bila derang buat perangai apatah lagi perasaan gerammmmmmmm tu tetap ada .. dan yang paling aku bersetuju dan tersentuh hati nurani aku ni bila forumer tu kata yang zaman kecil anak2 kita ni hanya lah sekali... dan kita sebagi ibu derang haruslah melayan je kerenah2 derang ni sbb kenangan itu adalah kenangan yg terindah bila sudah bergelar IBU... huhhuhu..... betul tu..
Cuba perhatikan dan perasankan perbezaan keadaan masa anak2 kita tiada di rumah dan masa derang ada di sekeliling kita.. anak aku Intan ni kadang2 tido di rumah pengasuh, so bila dia takde mmg besar perbezaannya.. sunyi je rasanya.. tiba2 je rindu pada dia TAPI bila dia ada kat rumah.. ya Allah rasa berserabut je dan mula aku asyik naik angin dgn kerenah dia especially bila dia suka bergaduh dgn Nasrul.. huru hara balik jadinya...
Satu lagi cuba kekadang tu, masa sumer anak2 kita dah tido, dan kita pula masih terjaga, kita pegi dekat dengan anak2 peratikan derang sorang2, kita boleh rasa naluri kita sebagai seorang ibu tu.. aku tak reti nak explain tapi cuba la try sendiri.. sungguh indah dan tersentuh hati kita pada waktu tu.. Ya Allah.. betapa sayangnya aku pada anak2 aku yang aku kandung dan lahirkan ini. Betapa besarnya kuasa Mu ya Allah...
"At night when I look in on my baby sleeping peacefully and my heart fills with the tenderness that only a mother knows..and I keep wondering how could I store those moments so they can be cherished in years to come."
I just wanna try to write something about me: as a person, woman, wife and mother
RUANGAN KELUARGA KITA
Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..
Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..
No comments:
Post a Comment