Resepi kedua aku ni, aku buat dua hari selepas resepi pertama, aku tak puas hati sebab kek pertama tu tak naik... so dengan perasaan berkobar-kobar aku buat kek coklat bersalut coklat dan di hiasi dengan chocolate rice putih dan coklat. Sebelum tu aku ke Tesco Station 18 untuk membeli barang-barang keperluannya. Yang penting barang2 tu still under budget..
RESEPI KEDUA: KEK CHOCOLATE MOIST SKIT-SKIT JE
Bahan-bahan dan cara membuatnya:
250gm Butter Farm Cow
1 1/4 cawan gula castor
Kedua-dua bahan ni di blend skali hingga kembang
3 bijik telur di masukkan satu persatu dan diblend
1- 1 1/2 cawan susu cair di masukkan dalam adunan
1 sudu kecik asen vanilla di masukkan dalam adunan (Part ni aku lupa nak buat so kurang la bau kek aku ni)
2-2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan Nona cocoa powder
1 1/2 sudu besar Nona baking powder
1 sudu besar Nona sodium bikarbonat
sumer jenis tepung2 ni di campur sekali dan di ayak bersama sebelum di masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan.
Dah siap adunan ni aku bakar dalam ketuhar.Bila dah masak aku sejukkan sekejap then kuarkan letak atas dulang then aku buat topping dia plak.
Bahan2 dan cara membuat topping:
Memandangkan aku takde special bekas untuk double boiled so aku guna satu periuk kecik dimasukkan dalam periuk besar yg telah disi air.
200gm Coklat masakan Nona
2 sudu majerin tesco
sedikit susu cair
sedikit susu pekat
Campurkan sumer kacau sampai sumer dah cair, then tuang je atas kek tu , sapu... sapu... sapu... dan rata kan..
Tunggu bagi sejuk sikit dan likat skit then baru taburkan chocolate rice
Hasil:
Kiranya kek ni menjadi dan memang sedap.. nyumm nyumm .. sebelum tido, dlm waktu tido, slps bangun tido dan waktu aku tak tido, benda ni dulu yang aku duk cari... Tak sampai 24 hours kek aku ni habis licin, sedak2 pun takde tinggal... Kurang skit je: manis kurang tapi NYUMM.... NYUMM.. mmg sedap
Untuk resepi ketiga SILA KLIK SINI
No comments:
Post a Comment