RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, August 2, 2010

Resepi Masa Cuti Sem aku (24/7/10-1/8/2010)-Pertama

Cuti kali ni aku banyak buat aktiviti di dapur.. Selain dari mengemas kabinet dapur yang dah jadi tempat penginapan anak cucu cicit lipas, cengkerik dan serangga2 yang seangkatan dengannya, aku jugak tak lupa nak tunjukkan kepakaran memasak kek dan biskut pada anak-anak aku khasnya.. hiiii... Ibu serba boleh katakan...!!!!
Sebenarnya idea nak membuat kek ni di rangsang oleh kawan aku shima bila dia meng'introduce'kan moist chocolate cake kakak ipar nya dengan harga RM35 sekilo ( mana nak dapat lagi dgn harga tu skrg ni...) Thanks shima for introducing us dengan the lovely and sedaply kek tu.. (p/s: next time kalau ada duit, akak beli lagi yer...). Lagi satu, peralatan memasak kek dan biskut aku ni dah lama tak digunakan, sambil2 tu boleh la aku kilat-kilatkan balik.
Di sini aku sertakan empat resepi masa cuti semester kolej aku baru-baru ni.

  1. KEK BIASA-BIASA JE
  2. KEK CHOCOLATE MOIST SKIT JE
  3. BISKUT ALA-ALA CHIPSMORE
  4. KUIH SIRA
    Sebelum tu aku nak perkenalkan pembantu kecik molek aku didapur.iaitu tak lain dan tak bukan anak aku sendiri si Intan. 

    Selain dari tugasnya mengambil barang2 yang di arahkan, mengayak campuran tepung yang aku dah siap campur dan menghias biskut dgn sugar rice yang berwarna warni, misinya jugak adalah mengunyah bahan-bahan kuih yang boleh dimakan sambil tangannya berkerja dan jugak menyepahkan tepung2 yang di ayaknya..

    Pembantu aku yg kedua adalah Nasrul. 

    Misi utamanya adalah sebagai perasa bagi menge'test' rasa campuran bahan adunan. Pantang aku pandang ke tempat lain pasti ada kesan coletan  di dalam bekas adunan kuih aku tadi. Dan misi terakhir beliau adalah sebagai pelicin bekas2 yang digunakan.. (senang skit untuk aku mencuci bekas2 tu nanti).

    Pembantu kecik aku yang terakhir adalah Wani:

    Rasa-rasanya.. dia ni tak membantu langsung... tolong makan ada ler..

    RESEPI PERTAMA: KEK BIASA-BIASA JE

    Bahan-bahannya dan cara membuatnya:
    2 cawan majerin Tesco Choice yang tak habis dimakan
    1 1/2 cawan gula castor

    Dua2 benda ni di blend skali sampai gula hancur dan kembang.

    3 bijik telur di masukkan satu persatu, lepas tu blend lagi sampai kembang.
    (aku pernah dengar sorang chef ni kata lps masukkan telur, tak boleh blend lama2, betul ke idak, tak tau la teman yer...)

    Sesudu kecik asen vanilla dimasukkan.

    2-3 cawan tepung naik sendiri di ayak oleh Intan dan di masukan sedikit demi sedikit dalam adunan.

    Hasilnya:
    No picture 
    (nasib baik takde gambar, kek tak menjadi sangat tapi rasa dia sedapppp.. )

    Testimoni:
    manis2 dan lemak berkrim .. Sedap betul...( betul ni.. aku tak tipu korang).. Habis sumer, tak tinggal habuk pun..
    Kata laki aku mungkin manis sgt sebab tu kek tu bantat..

    Untuk resepi kedua SILA KLIK SINI

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails

    Disclaimer

    Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

    Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker