RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, August 2, 2010

Pengalaman sebelum bersalin dan Medical terms



Ketika aku start menulis artikal ni jam di laptop aku dah menunjukkan jam 4.46 pagi (1 August 2010). Aku tak pasti aku ni mmg tak mengantuk sebab nak menulis artikal ni ke atau artikal ni yg membuatkan aku tak boleh tido. Sebenarnya dah lama hajat nak menaip artikal tapi masa mmg tak mengizinkan kalau kat rumah sibuk dgn anak2, bila kat tempat keje plak idea tak datang.. so bila idea dah ada ni aku nak amik kesempatan pagi ni nak berkongsi pengalaman sendiri. Pertama-tamanya aku nak memanjangkan kesyukuran dengan kelahiran anak ke-empat aku Mohamad Akhil Danish yang dilahirkan pada 2 May 2010 di GH Ipoh jam 4.54 pagi yang sepatutnya EDD nya adalah 12 Jun 2010.
Akhil- day 17
Buat permulaan aku nak beri komen skit.. tahun 2010 ni ramai betul kawan2 aku yang dah meletup, akan meletup dan bakal meletup.. agak2 nya kitaorg ni musim mengawan yang sama kut.. buat Shak yg meletup sejurus lepas aku bulan May ari tu tahniah utk your first baby. Baby boy cam aku jugak!! Walhal sepatutnya hang yang meletup dulu.. Buat K.ida dan Ju yg baru je selesai hari tu..Tahniah!!! Ju dapat baby boy untuk first baby dia dan k.ida plak tersampai jugak hajat untuk dapatkan bby girl.. Buat Tuya, Aliza, Anisah dan siti yg ngam2 hari ni tarikh due dia, I wish you good luck. Kakak aku Ina plak yang kat Trg due dia bulan 12 nanti dan terbaru adik aku newly wed jugak la kiranya akhir tahun lepas pun dengar kabar dah melekat, due maybe early next year la tu… Congrate.. congrate.. buat teman2 dan rakan2 yang lain yang maybe aku terlupa atau buat2 lupa.. I wish you all Congrate pada yang mana dah selesai dan mana yang belum, aku wish good luck..

Apa yang nak aku kongsikan kat sini ialah corak coret pengalaman bersalin aku, anak kedua , ketiga dan keempat lebih kurang sama je kecuali anak pertama aku Intan ni berlainan skit.. aku bukan nak cerita kan pengalaman sakit bersalin ke, kejadian hari bersalin ke, cara bersalin ke, kegembiraan bersalin ke  atau apa2 yang berkaitan perkara biasa di ceritakan orang tapi aku nak berkongsi tahap kepandaian aku tentang medical2 term yang dah jadi rutin sejak aku bersalin anak kedua hingga anak keempat aku ni.. hii…. Cehwah.. kepandaian aku konon!!!!!. Never mind mana yang nak baca , sila baca, mana yang rasa malas nak baca, jangan teruskan pembacaan anda…

Pertama-tamanya sebagai introduction to my story is.. sumer anak aku dilahirkan normal dan awal dari tarikh due.. Intan dan wani kiranya cukup bulan on the dot walaupun awal 3 minggu dari tarikh jangkaan iaitu minggu ke 37, manakala Nasrul awal 5 minggu dan Akhil plak awal 6 minggu.. kira2 dua2 hero aku ni lahir tak cukup bulan la.. Satu lagi setiap kali mengandung aku kena minum air gula ataupun istilah ujian tu adalah MGTT untuk megesan kencing manis masa mengandung (diabetis mellitus) sebab berat aku ni asyik naik mendadak je disebabkan oleh selera makan aku membuak-buak. (untuk info: http://ruanganwanita.blogspot.com/2010/02/mengandung-dan-kencing-manis.html)  Tapi alhamdullilah sumer result aku negative.

Semasa mengandungkan anak aku yang 3 orang tu aku mengalami premature contraction iaitu contraction yang sepatutnya blom dirasai sebelum masanya biasanya minggu ke 30-34 aku dah rasa dah so biasanya aku akan admit ke wad/bilik ABC untuk observation dan treatment sebelum di pindahkan ke wad org yg belum bersalin jika contraction tu dah stabil dan kemudian baru di benarkan untuk discaj jika sumer dah ok, jika tak ok, bersalin awal la kita .. biasanya makan masa berhari-hari jugak .. paling lama aku pernah duk kat wad sampai 5 hari sebelum discaj. Rawatan ni sebenarnya utk memberhentikan ataupun untuk megurangkan premature contraction tu untuk menhalang kita terbersalin awal sebab byk risikonya kalau lahirkan bayi premature ni..  Before that,  bilik ABC tu sebenarnya ada makna ‘ABC’ tu tapi aku lupa apa full terms utk ABC tu..  Kalau di GH Ipoh ni bilik ABC ni berada di bangunan yang sama dengan dewan bersalin.

So dari sini baru aku boleh ceritakan skit2 pengalaman aku ketika mengandungkan ketiga-tiga anak aku tu.. dan ketiga-tiga anak aku ni dilahirkan di GH Ipoh. Tapi sebelum tu aku nak ingatkan apa yg aku ceritakan ni dari pengalaman aku sendiri so dari segi medical terms yang sebenar mungkin ada perbezaannya.. al maklum la aku ni bukannya medical staff ataupun seangkatan dengannya.  Bila sampai je ke dewan bersalin bermula la procedure rawatan di situ, kadang memakan masa berjam-jam-jam dan jam lagi.. biasa la sepital goment.. memula daftar masuk, pastu mesti wat CTG, untuk tgk jantung anak dan jugak patern contraction kita. Pastu Interview dgn pegawai perubatan utk menkaji sejarah dan sebagainya.. pastu kalau perlu derang akan buat VE iatu check bukaan di bawah.. dan kandungan kita akan di scan jika perlu dan disini jugak sample darah dan air kencing kita akan diambil utk di antar ke makmal.. biasanya kalau urine tu yg aku biasa sgt dengar adalah untuk check UTI (kencing kotor) sbb kekadang kencing kotor ni meyebabkan berlakunya contraction pramatang ni..Tapi dalam case aku ni negative ler..  Semasa first day aku berada di bilik ABC tu aku diberikan suntikan ‘dexa’ 2 kali, jarak 12 jam sekali. Suntikan ni diberikan kat punggung so setiap kali kena suntik, bergetarrrrrrr punggung aku!!! Suntikan ni adalah untuk mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan in case kalau kita terbersalin awal , at least paru2 bayi matang skit kut..  suntikan ni hanya di berikan satu set sahaja setiap kali kita mengandung tak kira berapa kali pun kita admitted kat wad ni. Pengalaman aku yang lepas semasa anak kedua dan ketiga aku dimasukkan sekali sahaja tapi masa mengandungkan Akhil aku admitted 2 kali iatu semasa minggu ke 30 dan minggu ke 33. Satu lagi treatment yang akan diberikan ialah Tocolysis ataupun slalu disebut ‘toco’.. sebaik saja kita admit di wad tu bermula la toco ni iaitu kita akan diberikan 2 bijik ubat ni untuk setiap setengah jam selama 3 kali pastu akan di ulang selama 4 jam sekali  sampai la doctor arahkan untuk stopkan treatment ni.. ubat ni sebenarnya untuk memperlahankan ataupun untuk memberhentikan terus premature contraction tu.. jenuh la sampai berhari-hari aku kena telan ubat tu..  paling lama tu yang aku kata 5 hari tu.. klau nasib baik contraction tu berenti kalau tak, terbersalin jugak la macam doctor pernah cakap kat aku.. kalau aku telan ubat tu pun kalau tuhan nak bagi aku bersalin awal, bersalin jugak akhirnya.. Macam masa aku mengandungkan Nasrul, aku admit kat wad ABC tu , dah completekan ‘dexa’ dan dah start makan ubat ‘toco’ tu tapi lps 2-3 hari contraction tu tak mau hilang jugak, malah bertambah kerap dan kuat last2 aku dipindahkan ke wad org sebelum besalin, petang tu doctor arahkan stop ubat toco untuk benarkan aku bersalin, kalau tak silap aku, doctor kata berat bby dah sesuai utk dilahirkan. Then kira2 kul 11 malam tu jugak air ketuban aku pecah sendiri, 4.30 pagi esoknya aku bersalin jugak akhirnya.. masa tu minggu ke 35.

Masa Wani plak, lain skit, aku warded dgn masalah yg sama dalam minggu ke 35 jugak kalau tak silap aku.. , masa tu  aku dah completekan dexa dan start toco then lepas 2-3 hari jugak la, contraction dah kurang so doctor bagi aku discaj. Tapi lepas 2 minggu, nasib baik dah minggu ke 37 kira ngam2 cukup bulan on the dot walaupun masih awal 3 minggu dari tarik jangkaan,  contraction aku kuat balik alaupun takde la brape sakit, then masa aku pegi check up doctor pagi tu doctor kata OS aku dah bukak 3 cm masa tu then dia suruh aku admit ke wad tapi aku tak pegi sebaliknya aku balik rumah then malam tu aku rasa cam takut2 jugak la then suami aku pujuk suh pegi dewan bersalin so aku mengalah.. masa kat dewan bersalin doctor buat VE dan kata OS aku dah bukak 5 cm dan terus admit ke labour room walaupun contraction aku tak la kuat sangat.. Tapi yg menghairankan aku masa tu ngapa derang nak paksa aku bersalin jugak walaupun aku rasa cam nak postpone je bersalin sebb aku rasa takde la sakit sgt masa tu, sampaikan  derang bertungkus lumus tolak perut aku kebawah untuk pecahkan ketuban aku.. masa tu aku mmg marah la jugak dengan perlakuan doktor2 di situ. Aku risau tengok derang ni duk tolak perut aku macam susah jer.. sorang duk tolak, sorang lagi duk seluk bawah try nak pecahkan ketuban, yang aku ni plak duk tahan sakit dgn perlakuan makhluk 2 org tu... Last2 baru ni baru aku tahu kenapa sebb aku ada terdengar sorang doc ni explain kat patient sebelah aku kenapa nak suh bersalin jugak walaupun contraction tu tak kuat tapi OS dah ada.. sebabnya…. Takut ada jangkitan kuman.. yes… that’s the answer.. so buat doctor2 tu aku maafkan Korang yer..

Then yang last skali masa Akhil, ada lah masa yg paling mencabar dan paling meletihkan sampai hari aku nak bersalinkan dia.. Masa minggu ke 30, aku admitted buat pertama kalinya dengan masalah yang sama jugak iaitu premature contraction. Pada mulanya aku nak ignore je tapi makin lama makin kuat la plak.. so aku ingatkan dah terbuka ke kat bawah ni.. so aku tak brani la lagipun masa tu baru 30 minggu so aku decide nak admit jugak at least kalau aku terbersalin awal persediaan untuk dexa dah complete. At least paru2 baby aku akan matang. Nasib baik masa buat VE, OS aku masih zero. Lepas dah complete dexa dan start toco untuk 4 hari, akhirnya contraction tu hilang.. Tapi sebaik saja aku masuk keje balik, contraction tu datang balik.. so aku ingat aku nak tahan je sampai aku betul2 nak bersalin. Skali lagi keberanian aku tercabar, aku dah tak tahan sakit so sekali lagi aku akur untuk ke dewan bersalin .. masa tu minggu ke 33..Masa doctor buat VE, OS aku dah terbuka 2 cm so kena admit lagi walaupun aku dah request nak balik, nak tunggu kat rumah je kalau betul2 nak bersalin baru datang tapi doctor menolak dgn alasan sejarah2 kelahiran anak2 aku yang terdahulu termasuk dgn case IUD anak aku yg terdahulu (anak aku yang meninggal dalam kandungan ketika usia 6 bulan). Pastu kandungan aku plak kali ni ada masalah dengan air ketuban yang berlebihan ataupun medical termnya adalah polihidramnios.(untuk info: http://ruanganwanita.blogspot.com/2010/03/masalah-air-ketuban-berlebihan.html)



Kalau ikutkan hati, aku dah tak sanggup menahan sakit.. lower back dan lower abdomen aku sakit betul masa tu mgalahkan lagi sakit contraction tu.. Sampai ada sorang nurse ni suruh aku request buat operation.. Operation???? Hii..hiii… tak nak aku!!!!  So last2 aku beranikan diri request kat doctor mintak nak bersalin awal dengan alasan estimated berat  baby aku dah cukup ( masa tu kalau tak silap aku 2.2kg)tapi biasa la doctor mesti berkeras taknak bagi aku bersalin jugak.. skali lagi aku kena duk telan ubat toco tu berhari-hari… tercabar betul kesabaran aku masa tu.. tapi takpe, bila aku fikirkan balik risiko beranakan anak tak cukup bulan, aku sabarkan diri dan tahan je la sakit tu.. lepas 5 hari aku kat wad, contraction tu dah kurang dan aku di benarkan untuk discaj.. Yang bestnya doctor dah pesan kalau lagi skali aku sakit macam ni derang dah tak halang kalau baby tu betul2 dah nak kuar dgn alasan berat baby pun dah dikira cukup dan selamat untuk untuk dilahirkan lagipun mesti ada sebab mengapa baby tu dah nak kuar sgt. Masa tu estimate berat baby 2.8kg.. mak oiiii… itu tak cukup bulan, bayangkan kalau dah cukup-cukup 40 minggu, mau 4kg lebih ni…. Masa aku branakkan wani hari tu dgn berat 3.7kg pun, aku dah sparuh nyawa inikan pulak 4kg… isk..isk..

Aku sempat masuk keje sehari je lps discaj hari tu, itu pun sakit contraction tu dah nak mengila balik, hari tu hari jumaat.. nasib baik esok cuti kata hati aku.. Aku cadang Isnin depan aku nak mintak maternity leave awal skit, nak rehat kat rumah la cadangnya sampai bersalin.. Petang sabtu tu aku sempat gi tesco jalan2 ngan family sambil beli barang2 baby untuk last preparation. Malam tu tiba2 je sakit contraction tu datang mengiler dalam pukul 1 pagi.. Dalam sakit2 tu sambil pegang2 dinding bila berjalan, aku kemaskan baju anak2 yg lain , nak ngantar derang pi rumah kakak ipar, nak tumpangkan derang kat situ.. Baby sitter aku pulak takde dirumah depa, depa balik kg.. almaklum hari minggu.. First time aku sakit teruk mcm tu dari rumah, besanya kalau dah macam tu, aku dah kat sepital, siap terbaring  dah, tunggu masa je nak meneran… Itupun sebelum tu  ada hati ajak suami aku tido dulu la.. konon nak tunggu hari siang.. asyik branak hari gelap je..nak la jugak pi sepital siang2 tuk branak.. Nasib baik tak tunggu….  On the way ke sepital aku singgah seven eleven , suh suami beli air Revine, konon nak minum bagi tenaga nak meneran..  aku sempat minum seteguk je.. takleh nak menelan.. sakit nak beranak ni menhalang selera aku.. Sampai sepital, aku nak melangkah dan nak panjat katil bersalin pun dah tak boleh.. terpaksa nurse bantu, gosok2 blakang pastu tunggu selang masa antara contraction tu then baru aku boleh  bergerak ataupun melangkah.. Tak sampai setengah jam dalam labour room, aku dah terbanak.. masa tu baru 34 minggu dan 2 hari tapi alhamdullilah sumer selamat cuma Akhil terpaksa  diletakkan bawah permerhatian NICU selepas sejam kelahiranya selama 4 hari kerana masalah penafasan.. kalau nak diceritakan pengalaman semasa dan selepas kelahiran anak-anak aku especially anak  ke-empat aku ni mmg panjang la artikel ni.. so aku stop disini dulu.. Yang lain2 tu aku sambung kemudian, insayallah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker