RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Monday, August 2, 2010

Resepi Masa Cuti Sem aku (24/7/10-1/8/2010)-Ketiga

Resepi ketiga dan ke-empat aku ni adalah dari hasil kerja tangan spontan dan dari bahan2 tingalan yang tak habis kat dapur aku ni.. so aku pakat hentam je.. tapi alhamdullilah.. menjadi jugak dan yang penting SEDAP. Projek kedua-dua resepi ni aku jalankan serentak pada 31 July 2010 baru2 ni.

RESEPI KETIGA : BISKUT ALA-ALA CHIPSMORE

Bahan-bahan dan cara membuatnya:
1 cawan majerin tesco choice dan Tesco value (yg dah lama tak habis-habis dlm peti ais aku tu...)
1/2 cawan gula perang yang aku beli timbang kilo kat Tesco 2-3 minggu lepas
1/4 cawan saki baki gula castor yg tak habis aku buat kek hari tu..

sumer ni aku blend skali

2 bijik telur , masukkan satu persatu
1 sudu esen vanilla
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
1/4 - 1/2 cawan tepung jagung
3 sudu besar cocoa powder (saki baki kek coklat hari tu)
1 sudu besar baking powder
sumer ni di ayak bersama sebelum dimasukkan sedikit demi sedikit dalam adunan.

3/4 cawan chocolate chips dimasukkan ke dalam adunan bila adunan hampir2 keras untuk di tekap.
(chocolate chips ni banyak jugak la yg masuk ke dalam mulut anak-anak aku sebelum sempat aku nak terap biskut ni...)

Amik seketul adunan tu dan gelekkan atas papan pengelek dan kemudian terap mengikut cita rasa sendiri. Aku dan Intan memilih bentuk ala-ala bunga... al maklum la , kami kan bunga yang sedang berkembang... hiiii

Hiasan: Taburkan colourful of sugar rice yang aku rasa dah hampir2 expired. Yg aku beli tahun lepas rasanya... hiiii

Hasilnya:

 Testimoni; Rasanya sesedap rasa dan ranggup, sumer anak2 aku suka makan termasuk la laki aku jugak..
Lepas dah sejuk aku masukkan dalam botol.. Botol tu tak sempat nak comot pun, biskut aku dah habisssssss

Untuk resepi ke-empat SILA KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker